Spirit 16-The Truth

1K 98 17
                                    

Pangkalan,bilik Tenshi

Seven Princesses duduk di sofa depan Tenshi.Manakala Spirits Of Elementals pula duduk atas sofa di kiri dan kanan.

"...kenapa Tenshi panggil kami?",soal Alina.Tenshi meneguk air susu krim panas.

"Saya minta maaf ya sebab panggil kamu bertujuh selepas habis latihan.Saya kumpulkan kamu semua ke sini untuk ceritakan segalanya memamdangkan peperangan akan berlaku bulan depan",kata Tenshi meletakkan cawan atas piring.

Sprainter pula seperti biasa,main game.

"Sebelum tu...mana Mimi dan Mia?",soal Crystal.

"Mereka berdua ada kat atas,istana atas hal-hal tertentu",kata Sprainter tanpa memandang mereka.

"Betul.Dan,saya akan beritahu kamu semua kejadian 3 tahun yang lalu",kata Tenshi.

Halilintar memandang ke arah lain.Kedua belah pipinya ditampal dengan plaster besar kerana ditampar oleh Tenshi semalam.

"Hali,kalau kau tak nak dengar,apa kata kalau kau masuk 'bilik seksaan',dan bersihkan ia?",kata Tenshi.Halilintar terkejut.

"Bilik yang penuh dengan belon tu?!Tak naklah!",kata Hali.

"Jadi sila dengar",kata Tenshi tersenyum.

Seven Princesses kelihatan tak sabar untuk mendengar.Spirits of Elementals pula,muka mereka masam.

"Kejadian 3 tahun yang lalu,hari di mana kami berlawan dengan Michenda",kata Tenshi.

-----------------------
3 tahun yang lalu....

KRAK!SPLASH!

Seekor Michenda mati kerana dipenyek oleh daya graviti.Yaya turun ke bawah perlahan-lahan.Dia mengelap peluhnya.

"Hah...hah...tak guna!Mereka terlalu banyak!",kata Yaya.

Ais-ais yang tajam muncul di sekeliling seorang lelaki berambut putih.Di badannya ada beberapa luka.

"Serang!",kata lelaki itu.Semua ais di sekelilingnya menuju ke arah sekumpulan Michenda.

Michenda yang terkena serangan itu,badan mereka diliputi ais dan membeku sepenuhnya.

Apabila lelaki itu memetik jari,ais itu pecah begitu juga dengan Michenda di dalamnya.

"Dah berapa lama kita berlawan ni?",kata lelaki itu.Seekor Michenda cuba menyerang lelaki itu dari belakang.

Lelaki itu menoleh ke belakang dan emping salji muncul,terapung di atas tapak tangan lelaki itu.

DUSH!BOOM!

Belum sempat lelaki itu melancarkan serangan,Michenda itu ditendang oleh seorang gadis.

Gadis itu berlari ke arah Michenda yang ditendangnya bergolek-golek di tanah dengan pantas.

Pedang putihnya dipusingan beberapa kali.

"Teknik kedua,Angin Kencang,1",kata gadis itu.

Pedang putihnya bercahaya biru.Michenda  itu dibelah kepada dua dengan sekali hayunan pedang gadis itu.Angin yang terhasil dari hayunan gadis itu membelah Micehnda lain yang berada di lingkungan serangannya.

Gadis itu melompat ke belakang,di sebelah lelaki itu.

"Aku rasa dah 15 minit,Frost",kata gadis itu.Dia mengelap kotoran di mukanya.

"15 minit?Heh,tapi aku rasa macam satu jam kita berlawan,Mimi",kata Frost.

"Betul.walaupun semua ahli organisasi dikerah melawan semua Michenda kecuali Mia dan Nuriah,tapi bilangan mereka masih banyak",kata Mimi.

"Kalau aku boleh guna kuasa penuh,dah mati mereka semua ni",kata Mimi.Pedang putihnya dihilangkan.

Satu simbol magik yang lebih besar dari badannya berwarna merah jambu muncul di tapak tangan Mimi.

"Semua,berundur ke tepi!",kata seorang ahli organisasi yang berada jauh di depan Mimi.

Semua ahli organisasi akur dengan arahan dan berundur ke tepi.

"Shoot"

Tembakan berwarna merah jambu yang lebih besar dari simbol magik ditembak dari simbol magik tersebut.

Tembakan itu berlangsung selama 3 minit.Mimi menghela nafas.

Semua Michenda yang berada di tempat serangannya ditembak,mati tanpa meningalkan apa-apa kesan.

"Kembali bertempur!Kita tak boleh berhenti atau leka!",jerit Mimi kuat.

Semua ahli organisasi berlawan semua.Yaya berjalan ke arah mereka.

"Woah,seperti yang dijangkakan dari ahli terkuat kita",kata Yaya.

"Kuat macam mana pun,saya tetap ada limit dalam menggunakan kuasa",kata Mimi.

"..Mimi,boleh kau janji satu benda dengan aku tak?",kata Frost.

"Janji apa?",kata Mimi.

"Kalau aku mati,tolo-",belum sempat Frost habiskan percakapannya,Mimi mencelah.

"Tak nak",kata Mimi.

"Kenapa pula?",soal Frost.Mimi mempalingkan wajahnya ke arah lain sambil berpeluk tubuh.

"Jangan nak cakap yang kau akan mati.Lagipun kau ada adik perempuan yang perlu dijaga,kan?Jadi kau tak boleh mati lagi",kata Mimi.

Frost menggaru kepalanya.

"Hm..baiklah",kata Frost.Mimi tersenyum.

---------------------------

"Mereka bertiga berlawan bersama-sama kemudian.Dalam pertempuran itu,ramai orang mati,termasuk Yaya dan Frost",kata Tenshi.

"Tapi,Yaya dan Frost tak mati dibunuh oleh Michenda ....tetapi,mereka mati dibunuh oleh Mimi",sambung Tenshi.Seven Princesses terkejut.

"T-tapi kenapa?!",soal Mel.

"....saya akan beritahu sebab kenapa Mimi bunuh Frost dan Yaya.Michenda boleh menukarkan manusia menjadi seperti mereka dengan mengigit manusia,ataupun darah Micehnda masuk ke dalam mulut"

"Frost dan Yaya telah digigit oleh Micehnda.Mereka berdua tak bertukar sepenuhnya dan minta Mimi untuk bunuh mereka walaupun,mereka tahu ianya akan tinggalkan parut yang dalam dihati Mimi"

Semua terkejut kecuali Tenshi dan Sprainter.Halilintar yang paling terkejut.

"Sebelum memghembuskan nafas terakhir,Frost minta Mimi untuk lindungi Mia dan tidak beritahu sesiapa tentang punca kematian mereka berdua",kata Tenshi.



Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin