Spirit 87-Protectors of Asteon vs Fenrir(1)

720 63 10
                                    

Asteon Kingdom,pangkalan organisasi

"Urgh...!Saya tak boleh hubungi mereka!",kata Misa.

Sebaik sahaja musuh melancarkan pergerakan mereka,talian Misa kepada semua orang terputus.

Bukan itu sahaja,semua monitor juga tidak dapat berfungsi.

"Boleh sambungkan?!",soal Misa.

"Tidak boleh!Komunikasi kita memang tak dapat disambungkan semula!"

"Urgh....cuba sekali lagi...!",arah Misa.

"Baik!",semua operator akur akan arahannya.

Misa mengetap giginya.

Dia merasakan yang komunikasi terputus bukan kerana gangguan,tetapi seperti ianya sengaja diputuskan oleh seseorang.

--------------------------

"Haha~nampak seperti dia sedar yang komunikasi diputuskan oleh seseorang",kata gadis berambut hijau,yang menyeru semua makhluk mitos.

Gadis itu duduk di tebing dengan komputer riba di atas ribanya.

Ya,dialah yang putuskan komunikasi dengan menggodam sistem tersebut.

"Hm,hm~memandangkan aku berjaya godam sistem mereka,aku akan ceroboh maklumat rahsia Asteon Kingdom",katanya.

Baru sahaja dia nak menekan papan kekunci,tangan kirinya dipegang oleh seseorang dari belakang.

"!"

Gadis itu menoleh ke arah orang yang memegang tangannya.

"Apa kau nak?",soal gadis itu.

"Berhenti godam sistem mereka.Kerana mereka akan dapat godam sistem kita nanti",kata orang tersebut.

Gadis itu mendencit lalu menarik tangannya.

"Aku tak perlu dengar arahan kau.Lagipun,tuanku benarkan aku buat apa-apa sahaja",katanya.

"....just do what you want.I just give your a warning",kata orang tersebut lalu beredar pergi.

Gadis itu mencebik.

"Hmph!Menganggu betul!"

----------------------------

HWORH!!!!

Tanah retak dengan teruk apabila serigala gergasi itu mengaum.

"Wargh!!!",beberapa orang tercampak jauh ke belakang.

Ada juga  tanah yang retak  terangkat ke atas.

Miyu,antara yang tercampak jauh ke belakang memegang tombaknya dengan erat.

Di belakangnya ada ketulan tanah yang besar.Dia memusingkan badannya ke belakang,dan kakinya menyentuh ketulan tanah tersebut.

SWOSH!!!

Ketulan tanah itu berkecai apabila Miyu memecut dengan laju.Dia memijak semua ketulan tanah yang berada di udara sepanjang menuju ke arah serigala gergasi tersebut.

Apabila jaraknya semakin dekat dengan serigala tersebut,tombaknya diputarkan 360 darjah sebanyak 5 kali.

"HARGH!"

ZUSS!!!

Akibatnya,serigala tersebut terseret ke belakang.Tetapi hanya beberapa sentimeter sahaja.

Miyu mendencit.Tangannya yang memegang tombak menggeletar kerana tombaknya mengenai perisai helmet yang tersarung di kepala serigala tersebut.

Dari atas,sesuatu yang panjang tetapi besar menuju ke arah Miyu yang masih di udara.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now