Spirit 42-Grim Reaper

895 76 20
                                    

Di istana kerajaan Asteon

Beberapa orang misteri masuk ke dalam istana selepas memecahkan pintu.Keadaan dalam istana gelap gelita dan sunyi.

"Nampaknya pemerintah kerajaan ini masih tak dapat berita tentang serangan di bandar.Mari kita dapatkan maklumat tentang kekuatan tentera ini selagi ada masa",kata seorang perempuan berambut biru tua.

"Baik",sahut anak buahnya dalam nada suara yang perlahan.

CING

"!"

Mendengar satu bunyi,mereka semua memegang senjata masing-masing,kecuali perempuan berambut biru tua itu.

"Salah satu peraturan jika mahu jumpa pemerintah kerajaan Asteon,hanya berjumpa pada waktu siang.Dan kamu semua melanggarnya"

SWOSH!

Sesuatu yang panjang menuju laju ke arah salah seorang anak buah perempuan berambut biru tua itu.

CLING!

Namun,apabila sedikit sahaja rantai besi itu hampir mengenai anak buah itu,ianya ditendang oleh perempuan berambut biru tua itu.

"Di sana!"

Perempuan itu menukar posisi dirinya yang masih di udara,lalu menuju ke arah rantai besi itu datang dengan laju.

Penumbuk tangan kanannya dikepal,ingin menyerang pemilik rantai besi itu apabila jarak mereka semakin dekat.

KDANG!

Perempuan berambut biru tua itu melompat ke belakang apabila serangannya dihalang oleh rantai besi yang terapung di sekeliling pemilik rantai besi itu.

"Apa...kerasnya rantai besi itu...",kata perempuan berambut biru tua.

"Sudah mestilah keras...ianya diperbuat daripada keluli dan dicampur juga dengan berlian dan emas ketika dalam pembuatan",kata pemilik rantai besi itu sambil menuruni tangga perlahan-lahan.

Wajahnya yang tidak kelihatan kerana kegelapan dalam istana,dapat dilihat apabila memasuki kawasan yang disinari cahaya bulan.

"Ah...tak sangka kami akan bertembung dengan kamu,puteri Einhart",kata perempuan berambut biru tua.

Einhart tersenyum manis.Dia masih memakai pakaian tidur dengan jaket biru menutupi bahagian atas badannya.

"Disebabkan kamu semua,saya terpaksa bangun dari tidur yang nyenyak",ngeluh Einhart.

"Maafkan kami,tuan puteri.Jadi,untuk tidak ganggu masa tidur tuan puteri,boleh benarkan kami mengambil semua fail yang ada dalam istana ni?",soal perempuam berambut biru tua itu dengan tersenyum.

Einhart memandang lama ke arah perempuan itu dengan riak muka yang biasa sebelum tersenyum.

"Hehe♡mestilah tak boleh♡sebab kamu semua adalah penceroboh",rantai besi Einhart yang panjangnya tidak diketahui itu terapung di sekeliling Einhart.

Perempuan berambut biru tua itu tersenyum.

"Tak sangka...yang saya dapat berlawan dengan puteri kerajaan Asteon,yang terkenal dengan gelaran Grim Reaper",katanya.

Einhart tersenyum,tetapi senyumannya kali ini menakutkan,bukan senyuman yang suci.

"Grim Reaper..jadi itu gelaran untuk saya ya.....tapi.....gelaran itu tak sesuai langsung untuk seorang perempuan dan puteri!",pandangan mata Einhart juga menjadi tajam.

Rantai-rantai besinya yang ada senjata kecil tajam  menuju laju ke arah perempuan berambut biru itu bersama dengan semua anak buahnya.

Perempuan itu terkejut melihat serangan Einhart,tetapi dia tersenyum gembira lalu melompat,mengelak semua serangan Einhart dengan mudah.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now