Spirit 62-Unknown Group of Enemies

874 61 31
                                    

Sempadan LightNight Kingdom

Gempa menumbuk tanah dengan kuat lalu beberapa ceracak tanah yang tajam muncul,melindungi dirinya daripada serangan musuh.

Qistina melompat ke atas menggunakan bahu Gempa sebagai tempat loncatan.Musuh yang berada di hadapan pelindung Gempa,terkejut melihat Qistina.

Gadis kecil itu tersenyum manis.Tapak tangan kanannya dihulurkan ke depan.

Tiga simbol magik yang bersaiz sederhana berwarna hitam muncul di belakang Qistina.Burung berwarna hitam yang bilangannya tak terbilang terbang keluar daripada simbol magik tersebut,menuju ke musuh.

BOOM!!

"ARGH!!"

SPLASH

Qistina mendarat dengan selamat atas tanah yang dilumuri darah musuh yang terkena serangannya.

"Urgh...",dia melihat kasutnya yang terkena darah.

Musuh-musuh yang terkena serangannya,mayat mereka bertaburan kerana burung-burung hitam Qistina meletup saat mengenai badan.

"Kalau rasa jijik,janganlah guna serangan tu",kata Gempa.

Qistina hanya tersenyum melihat Gempa.

"Hm,what can i do?Aku suka tengok badan manusia meletup,kemudian mayat mereka bertaburan~hanya darah mereka sahajalah",kata Qistina.

".....nak kata kau ni psiko,tak..nak kata sadis pun tak...apa nak panggil kau agaknya",kata Gempa.

"Just call me,Darkness Princess",kata Qistina tersenyum manis dengan meletakkan jari telunjuknya pada bibir.

Gadis itu terus menumpukan membunuh musuh yang cuba melepasi mereka.

Gempa menghela nafas.

"Huh..misteri betullah dia ni",kata Gempa.

'Agaknya...macam mana dengan keadaan Asya?'

-------------------------

"YARGH!"

DUSH!

"HARGH!!"

BOK!

"ARGH!!!"

KDUSH!

Semua musuh yang menuju ke arahnya ditumbuk dan ditendang.Dia menyerang tanpa henti musuhnya.

Seorang musuh yang bersenjata pedang menyerangnya dari belakang.Perasaan akan musuh tersebut,dia menundukkan kepalanya,mengelak pedang tersebut.

Musuh tersebut terkejut dengan tindak balasnya.Kedua kakinya diangkat,menendang dagu musuh yang berada di belakangnya dengan kuat.

BOK!

Pedang di tangannya terlepas.Musuh itu kehilangan keseimbangan dan matanya berpinar-pinar.

Memalingkan badan ke arah musuh tersebut,penumbuk kirinya dikepal.Tangan kirinya menuju ke musuh tersebut,ingin menumbuknya.

BOK!

"Garg...!",titisan air liur keluar daripada mulut musuh tersebut apabila dadanya ditumbuk kuat,sehinggakan baju perisainya pecah.

Musuh tersebut terpelanting jauh.Dia menghela nafas,lalu mengukir senyuman.

"Yosh!Itu yang ke-35!",kata Asya.

"Hargh!",seorang musuh yang memakai zirah menutupi seluruh badannya menghayun kapak besar ke arahnya dari belakang.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now