Spirit 22-Courage

1K 85 20
                                    

Di perpustakaan organisasi,Crystal menyelak beberapa halaman buku tebal yang dijumpainya.Gadis itu nampak rungsing kerana sesuatu.

"Cari buku tentang sejarah kerajaan Alveon?",soal seorang.Crystal tersentak.Dia melihat ke arah pemilik suara itu.

"Ah...Sprainter..",kata Crystal.

Sprainter seperti biasa,memakai topeng kucing putih menutupi keseluruhan wajahnya.Dia tak pernah tunjukkan mukanya kepada sesiapa kecuali beberapa orang sahaja yang tahu wajah sebenarnya.

"Urm..ta..tak adalah..saya cari buku lain...",tipu Crystal memandang ke arah lain.

"Kalau kau cari,tak akan jumpa langsung buku tentang kerajaan Alveon,kerana tiada siapa pun yang tulis tentang kerajaan itu",kata Sprainter.Crystal mengigit bawah bibirnya.

"..kalau macam ni,macam mana saya tahu...",Crystal mengerutkan dahinya.

"Nak tahu tentang perbuatan kejam ayah kau pada Tenshi?Atau keseluruhnya?",soal Sprainter.

"...saya nak tahu semua...kerana selepas kuasa saya terlepas dari kurungan,saya selalu mimpi tentang seorang gadis merayu supaya sesiapa tolong dia..",kata Crystal.

"Dan selepas dengar apa yang Mimi dan Ken katakan semalam",kata Sprainter.Crystal mengangguk.

"Kamu tahu,Crystal..."

Crystal mendongak memandang Sprainter.

"Kuasa kamu sebenarnya memang dah lama terlepas dari kurungan,tapi,memori kamu tentang kuasa itu sahaja yang dikurung",kata Sprainter.

"Eh?",Crystal terkejut.

"Bukan kamu sahaja.Alina,Asya,Asyi,Mel,Risa dan Zara,memori mereka tentang kuasa itu sahaja yang dikurung",kata Sprainter.

"S..siapa yang kurung memori kami?",soal Crystal.

"....jawapan ada pada kamu Crystal",kata Sprainter.

"Jawapan..ada pada saya?",soal Crystal.Sprainter mengangguk.

"Kuasa kamu,Memoir akan tunjukkan jawapan tersebut.Tapi,rasanya kamu tak tahu macam mana nak buat..",Sprainter memegang dagu topeng kucingnya.

"Hm..baiklah.Malam nanti,kamu,sekali dengan Seven Princesses yang lain datang ke bilik aku dan Tenshu,okey?",kata Sprainter.

"..urm...baiklah..",kata Crystal.Sprainter kemudiannya berjalan meninggalkan Crystal.

Gadis itu menyandarkan dirinya pada rak buku.Tapak tangannya diletakkan pada dada.

"...aku...bukan nak tahu itu sahaja...aku juga nak tahu...kuasa aku..boleh lihat masa depan ke..?Sebab...aku nak tahu,adakah...orang itu akan selamanya mencintai...urgh...",air mata Crystal mengalir di pipinya.

Ketika itu,Sara muncul di sebelah Crystal.Tapi,gadis itu tak dapat melihat Sara.Sara yang melihat Crystal menangis,hanya mampu menggeleng.

Dia tak dapat menolong Crystal.

-----------------------

Di bilik rawatan

Mimi masih lagi tidur sejak semalam.Arago yang sentiasa disebelahnya sepanjang masa,juga tertidur.Tangannya masih lagi memegang tangan kanan Mimi.

Sara menembusi dinding bilik rawatan.Dia ingin melihat Mimi.

'Wh...?Pfft!Hehehe...Mimi,Mimi..walaupun kau masih kecil,tapi dah ada orang suka kau ya?'

Wajah Mimi yang tenang ketika tidur memang berlainan ketika gadis itu terjaga,kerana walaupun dia selalu senyum,tapi senyumannya sedih.

Sara berjalan ke arah Mimi.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now