Spirit 50-Feelings

951 75 24
                                    

"Macam mana keadaan kau,Halilintar?",soal Yuuki yang sedang duduk atas kerusi.Gadis itu sedang menulis sesuatu.

Halilintar  berada di hadapannya,tanpa pakaian di bahagian atasnya.Topinya tidak dipakai.

"Okey jer",balasnya.

"Ada rasa sakit?",soal Yuuki.

"Tak ada langsung",kata Halilintar.

"Hm..nampaknya kau dah sembuh sepenuhnya.Tetapi,masih tak boleh berlatih lagi.Kau kena berehat",kata Yuuki.

"..okey...",balas Halilintar.Jejaka itu termenung,memikirkan sesuatu.

"Kalau tentang Crystal,dia tak ada di sini.Kerajaan Alvisa dah culik dia",kata Yuuki.Gadis itu tahu apa yang bermain dalam fikiran Halilintar.

Halilintar menunduk sedih.Dia berdiri lalu mencapai bajunya yang tergantung.Dia tak memakai topi kerana topinya berada dalam bilik.

"Terima kasih..",balasnya dengan suara yang perlahan.Tombol pintu dipulas lalu ditolak sedikit pintu tersebut.

"Dia pasti selamat.Kita boleh selamatkan dia pada bulan depan,ketika peperangan",kata Yuuki.

Halilintar mendiamkan diri.Dia keluar dari bilik tersebut dan menutup pintu dengan perlahan.

Yuuki mengeluh.

"Huh...nampaknya dia rasa bersalah sebab tak dapat selamatkan Crystal",kata Yuuki.

-------------------------

Halilintar berjalan seorang diri menuju ke biliknya.

"........"

Otaknya mengimbas waktu Crystal diculik oleh  Mizuki.Wajah Crystal yang menangis bermain dalam fikirannya.

Dia menunduk sedih.

"...kalaulah...aku tak cakap macam tu pada dia...",gumamnya dengan nada yang sedih.

Tombol pintu biliknya dipulas apabila sampai di depan biliknya.Apabila dia menolak pintu tersebut...

BAM

Sesuatu yang lembut hinggap di mukanya.

Suasana bising dalam bilik itu jadi senyap sunyi apabila penghuni dalam bilik itu melihat ke arah Halilintar.

Bantal yang hinggap di muka Halilintar jatuh ke bawah.Halilintar memandang ke arah mereka dengan pandangan mata yang serius.

Mereka semua menelan air liur,risau Halilintar akan mengamuk.Namun kerisauan itu lenyap apabila Halilintar jatuh ke belakang.

"Eh?!Halilintar!",semua Spirits of Elementals mendapatkan Halilintar.

Gempa menepuk pipi Halilintar perlahan.

"Halilintar!Kau okey tak?!",soalnya.

Taufan menolak Gempa ke tepi.Taufan memegang kolar baju Halilintar lalu digoncang kuat jejaka itu.

"Hali!!!Bangun Hali!Jangan pergi dulu!!Kau baru jer pulih!!!!Hali!!!"",kata Taufan dengan kuat sambil mengoncang badan Halilintar.

"Kalau kau buat macam tu,makin teruk jadinya",kata Solar.

"Oh,betul juga",kata Taufan serta-merta berhenti menggoncang badan Halilintar.

Kelihatan muka Halilintar pucat,dengan mulutnya berbuih.

"Wah!Hali!",jerit mereka berenam serentak.

----------------------------

Halilintar yang berbaring atas katil tidur nyenyak.Mereka semua menghela nafas lega.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now