Spirit 35-Angel or Demon?

990 81 20
                                    

Sejuk...

Gelap...

Di mana aku..?

Matanya yang tertutup rapat dibuka perlahan-lahan.Dia melihat keseluruhan badannya.Badannya tersarung gaun putih yang cantik dan mewah.

"Aku...dalam air..?",katanya apabila perasan dirinya tenggelam ke bawah.

Di sekelilingnya tiada apa-apa.Hanya kegelapan yang menenami dirinya.

Gadis itu cuba untuk ingat apa yang terjadi pada dirinya.Namun dia langsung tak dapat ingat satu perkara.

Lutut didekatkan pada bahagian dadanya dan dipeluk.

"....aku mesti cari jalan keluar dari sini...tapi bagaimana...?",katanya.

Apabila matanya hampir dipejam semula,satu cahaya yang muncul dalam kegelapan itu membuka matanya semula.

Gadis itu memandang ke arah cahaya itu.

"Cahaya...apa itu...?",kata gadis itu.

------------------------

TIK

Permukaan air berkocak apabila tapak kasut Arago menyentuhnya.Jejaka itu memandang ke sekeliling.Kesedarannya kini berada dalam minda Mimi.

Kelibat gadis yang penting buatnya dicari.

"Milady...!Mana milady?",soal Arago.

Di sekelilingnya hanyalah gelap,air yang dia boleh berjalan atasnya,dan ada banyak batu kristal yang terapung.

"Haish...aku sekarang ni dalam minda milady..jadi aku mesti berada di tempat yang milady berada",kata Arago mengeluh.

Salah satu batu kristal yang dekat dengan Arago bercahaya dan membuatkan dirinya terkejut dan hampir terjatuh.

Kepalanya dipusing,memandang ke arah batu kristal yang bercahaya.Batu kristal itu masih bercahaya.

Arago berjalan ke arah batu kristal itu.

"Kenapa batu kristal ini bercahaya?",kata Arago menyentuh batu kristal itu.

Sebaik sahaja dia menyentuhnya,cahaya yang terang terpancar dari batu kristal itu hinggakan mata Arago ditutup kerana silau.

"Apa...!",Arago membuka matanya kembali apabila cahaya itu hilang.

Keadaan sekelilingnya terus berubah.Tidak lagi gelap,berubah menjadi warna putih yang menenangkan hati.

Air yang dia boleh berjalan atasnya juga masih sama,hanya warna air sahaja menjadi jernih dan ada banyak bunga teratai terapung atas air.

Batu-batu kristal kini digantikan dengan mutiara kecil yang terapung.

"Haish...kat mana pula ni?Jangan nak bazirkan masa aku!Aku nak cari milady!",kata Arago geram.Dalam fikirannya hanyalah mencari Mimi.

PLUP

Arago memandang ke arah bunyi tersebut.Kelihatan seorang gadis berambut panjang hitam paras pinggang,memakai gaun putih melebihi lutut tapi tak lebih dari kaki berada tidak jauh di depannya.Gadis itu duduk atas air.

Bunga lili putih berada kemas pada rambutnya,diletakkan pada atas telinga.Gadis itu tersenyum manis.

Arago terpaku melihat gadis itu.Gadis itu menoleh ke arah Arago.Senyuman manis dihadiakan kepada jejaka itu.

Bunga teratai yang mekar dengan cantik yang berada di sebelahnya diangkat.Gadis itu berdiri dan berjalan ke arah Arago.

Senyuman masih terukir pada bibirnya.Bunga teratai itu dihulurkan kepada Arago apabila gadis itu berada di depannya.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now