Spirit 115-She's Here!

629 53 27
                                    

ZUPP!!!

"Semua portal tertutup sendiri!Tetapi ada banyak Michenda  yang keluar sebelum ia ditutup!",kata Miyu.

"Heh!Serahkan sahaja pada aku!Aku akan hapuskan semuanya dalam satu libasan sahaja!",kata Zircon bersama senyuman sinis.

"Guna otak tu sikit,boleh tak?Kau nak yang lain terkena api kau ke?",kata Hazel dengan selamba.

"Hahaha!!!Peduli apa aku!"

Zircon mengangkat pedangnya tinggi.Api merah mula terkumpul pada pedangnya,begitu juga sekelilingnya.

Fuyumi yang tidak boleh tahan dengan panas,terus menjauhkan diri daripada Zircon.

Knights of Longday  yang lain,hanya mengeluh dan menepuk dahi.

Protectors of Asteon  juga sama.Mereka dah biasa dengan perangai Zircon ini.

"Macam manalah dia boleh mengajar kau berlawan,Luvia",kata Miyu pada Luvia.

Luvia hanya menggaru belakang kepalanya dengan tersengih.

"HAR-!"

BUK!

ZWOSH!

Baru sahaja Zircon nak menghayun pedangnya,kepalanya ditendang oleh seseorang,membuatkan dirinya tercampak jauh.

"Argh...!Who the hell is the bastards  that dare to kick my head?!"

Kata Zircon yang kini dalam posisi duduk.Pipi kanannya ada kesan tapak kasut.Kepalanya dipegang.

"Hmph.Ingatkan dah berbulan-bulan tak jumpa,kau akan bijak sedikit.Rupanya sama jer,otak udang",kata orang yang menendang kepala Zircon.

Mata Zircon membulat,begitu juga yang lain melihat orang tersebut.

"K-kau....?!"

----------------------------

Otto jalan mendekati Sara yang terbaring atas runtuhan.Gadis itu tak dapat bergerak walaupun sedikit.

Crystal dan Ivy terus meluru ke arah Otto apabila jejaka itu mendekati Sara.

Hanya mereka berdua sahaja yang tak pengsan.Yang lain tidak sedarkan diri akibat kepenatan kerana gunakan terlalu banyak kuasa dan stamina.

Otto tersenyum sinis apabila dua gadis itu semakin mendekatinya.

"K...kamu berdua...!Jangan dekat!",kata Sara,memberi amaran.

"Dah terlambat"

Otto menghulur tangan kirinya ke hadapan.Seraya itu,tetiba tubuh Ivy dan Crystal disambar.

"A.....ARGH....!!!"

Ivy dan Crystal tumbang ke bawah.Mereka berdua menjerit kesakitan.

Jeritan itu berterusan sepanjang tubuh mereka disambar dengan elektrik.

Namun,mereka menjerit bukan kerana direnjat,tetapi disebabkan seluruh badan mereka rasa sakit.

"H....hentikannya,Otto...!",kata Sara.

Otto tersenyum mendengar kata-kata Sara.Jejaka itu mencengkam leher Sara yang terbaring.

"Erk...!"

Otto membawa dekat muka Sara dengannya.

"Aku akan hentikannya,selepas aku 'menikmati' kau.Tapi,rasanya baik aku seksa mereka semua dulu.

Dengan berikan mereka rasa kesakitan yang amat,dan gandakan kesakitan luka mereka",kata Otto.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now