Spirit 6-Gadis mentah Vs Axel

1.3K 112 18
                                    

TING!TING!TING!TING!

Pedang mereka berlaga.Alina dan Axel menghayunkan pedang ke arah satu sama lain dengan laju.Tiada kecederaan langsung pada mereka berdua kerana hanya pedang sahaja yang bertembunb.

KLING!

Pedang mereka menghasilkan percikan bunga api kerana berlaga.Alina menarik pedangnya dan berundur ke belakang.

NGAP,NGAP

Seven Princesses yang lain sedang mengunyah popcorn sambil menonton perlawanan mereka.

"Berusaha,Alina!",kata mereka berenam serentak.Tapi Alina tidak dengar.Dia fokus pada lelaki di depannya,Axel.

"Aku lebih fokus kalau kamu semua diam",kata Alina.

"Hmph!"

Alina meluru ke arah Axel.Pedangnya dipusingkan sebelum dihayunkan ke Axel.

TING!

Axel menahan pedang Alina menggunakan pedangnya.Alina mengetap gigi.Dia cuba memijak kaki kanan Axel.

"Ops",Axel mengangkat kaki kanannya yang ingin dipijak oleh Alina.

Axel menarik pedangnya ke belakang dan dihayunkan ke arah Alina.

"!",Alina menundukkan badannya supaya kepalanya tidak dipotong.

BOOM!

Libasan berwarna hitam dari hayunan pedang Axel membuatkan satu lagi letupan berlaku.Dan letupan itu berlaku atas kepala Mel.

"N...nasib..baik..",kata Mel menggeletar.Kening kanannya terangkat ke atas membuktikan dia terkejut.

"Hah!",Alina menghayunkan pedangnya ke arah Axel.

Axel berundur ke belakang mengelakkan diri terkena hayunan pedang Axel.

KRAK!

Dinding istana terbelah kerana hayunan pedang Alina.Seven Princesses tak bercakap apa-apa kerana akan menganggu fokus Alina.

"Oh,jadi aku dah tahu rupa sebenar pedang kau",kata Axel.

"Kalau kau tahu pun,tak ada ap--",kata Alina terhenti kerana Axel menuju ke arahnya dengan laju malahan dengan badannya berpusing.

TING!SKERTKK!!!!

Alina menggengam lebih kuat hulu pedangnya.Dia menahan pedang Axel.Serangan Axel tadi sangat kuat hingga membuatkan dia terundur ke belakang.

Tangannya menggigil.Pedang Alina semakin ke belakang kerana Axel menolak lebih kuat pedangnya.

"Tch!",kata Alina.Matanya dibuka luas dan pedangnya bercahaya keemasan membuatkan Axel ke belakang kerana cahaya pada pedang Alina seolah-olah menolak badannya.

"Eik?Kau nak guna dah?",kata Risa.

"Terpaksa...tapi aku takkan gunakan teknik tu..",kata Alina.Cahaya keemasan pada pedangnya hilang.

Rupa sebenar pedang Alina telah ditunjukkan.

"Betul tekaan aku.Rupa bentuk pedang kau adalah pedang King Arthur",kata Axel.

Alina tak bercakap apa-apa.Kaki kanannya dihentakkan atas lantai dengan kuat dan lantai tersebut retak dengan teruk malahan gegaran juga berlaku.

Solar:Beratnya kau,Alina.Sampai pecah lantai.

Alina:Aku tak beratlah!💢

Alina meluru laju ke arah Axel.Kepantasannya bertambah.

TING!BUK!BOOM!

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now