Spirit 9-Eight Stars Shining Together

1.3K 102 30
                                    

TING!TING!

Bunyi pedang berlaga berbunyi.Mimi melompat ke belakang manakala Axel berundur ke belakang.

"Woah,ini lah lawan yang aku cari selama ni!",kata Axel tersenyum gembira.

"Hm.Mungkin aku ni jenis yang kau cari,tetapi kau langsung tidak",kata Mimi mengeluh.

Axel geram dengan kata-kata tersebut lalu meluru laju ke arah Mimi.Mimi juga meluru ke arah Axel,dengan wajah yang tenang.

TING!BUK!

Axel tercampak ke belakang dan jatuh dengan kuat atas runtuhan istana.Mimi memutarkan pedangnya sebelum dipacak ke bawah.

"Ceh,pandai ambil kesempatan betul",kata Axel mengusap dadanya yang ditendang oleh Mimi ketika pedang mereka berlaga.

"Mestilah.Lagipun dalam pertarungan,kita kena pandai ambil kesempatan pada musuh",kata Mimi dengan selamba.

"Oh..macam tu rupanya...",kata Seven Princesses lalu mencatat apa yang Mimi katakan atas buku yang entah dari mana datang.

Axel berdiri.Dia mengesat darah yang mengalir dari celah bibirnya.

"Hmph!Kalau macam tu,aku pun sama!",kata Axel.

Mimi terkejut kerana dia tak boleh bergerak langsung!

"A..pa..?",kata Mimi yang cuba mengerakkan tangannya.

"Terima kasih sebab kau suruh aku ikat lawan aku.Jadi aku buatlah apa yang kau nasihat",kata Axel.

Seluruh badan Mimi tak dapat bergerak kerana sesuatu seperti tali yang berwarna hitam mengikat badannya.

"Oh,lepas aku kata,baru kau terfikir nak buat?",kata Mimi.Dia berhenti bergelut.

Mimi tak boleh potong benda tersebut dengan pedangnya kerana benda itu juga ikat pedangnya.

"Hehe,macam mana rasanya bila terkena serangan dari musuh yang kau nasihatkan?",kata Axel.Mimi mendiamkan diri dan memandang sekeliling.Dia sedang berfikir.

Mimi memandang ke arah Axel.

"Entah.Secara jujur,saya tak rasa apa-apa",kata Mimi.

Axel sedikit terkejut dengan apa yang Mimi katakan.

"Hmph,apa-apa sahajalah.Kau dah tak bergerak,dan...pedang tu sahaja senjata yang kau ada",kata Axel memetik jari.Ikatan pada pedang Mimi makin kuat.

KRAK!

Cebisan besi yang kecil jatuh ke bawah.Seven Princesses terlopong.Pedang Mimi hancur berkecai.

"Dengan keadaan kau yang macam tu,mesti kau tak dapat lakukan apa-apa",kata Axel.

"Mestilah.Kau ni buta ke lembap?Tak nampak ke badan aku kena ikat oleh kuasa kegelapan kau?",kata Mimi selamba.

Seven Princesses memandang pelik Mimi kerana jawapannya terlalu...!

"K..kau ni..!",empat sesiku muncul atas kepala Axel.Dia memang geram dengan apa yang Mimi katakan.

"Apa?Betullah,kan?",soal Mimi dengan wajah innocent.

Axel bertambah geram lalu dia memunculkan rupa pedangnya.Perbuatan yang dia lakukan ketika berlawan dengan Alima dilakukan semula,tetapi kuasa yang terkumpul pada pedang itu lebih kuat dan besar!

"Apa?!Dia boleh gunakan serangan itu lagi ?!",kata Alina terkejut.

"Mestilah.Sebab dia berjaya kawal kapasiti kuasa untuk serangan itu",kata Mimi.

"Hm..pedang yang sangat cantik.Tetapi,ianya penuh dengan kegelapan dan kejahatan",kata Mimi perlahan.

"Matilah kau!Excalibur Morgan!",Axel menghayunkan pedangnya.Mimi yang berdiri jauh di depannya dengan tidak boleh bergerak hanya membuat muka tenang memandang serangan Axel yang semakin mendekatinya.

"BARRIER"

Seven Princesses terperangkap dalam pelindung yang berbentuk sfera yang dibuat oleh Mimi.

"Nanti,Mimi!",jerit Risa merisaukan Mimi yang langsung tak buat apa-apa untuk melindungi diri dia sendiri.

BOOOOM!!!!!

Cahaya hitam berbentuk palang terbentuk dan angin yang kencang terhasil.

Debu-debu mula menghilang.Seven Princesses langsung tak mengalami kecederaan kerana pelindung Mimi melindungi mereka.

Crystal mencari kelibat gadis itu apabila debu makin menghilang.Matanya membulat begitu juga dengan yang lain.

Mereka nampak Axel berdiri dengan bantuan pedangnya yang dipacakkan ke tanah.Manakala,kelibat Mimi langsung tidak kelihatan!

"Mi...mi...?",wajah tujuh gadis itu pucat.Wajah Mimi yang sedang tersenyum muncul di minda mereka.

Sekali lagi.Mereka sekali lagi dilindungi oleh orang yang sama,diselamatkan oleh orang yang sama.

Dan orang tersebut,mati depan mereka sekali lagi.

"Heh.Jangan risau,kamu semua akan jumpa dia di dunia sana",kata Axel tersenyum.

"Tapi,saya tak rasa begitu"

"Huh?",Axel memandang ke belakang.

"Attack:Shoot of Magic",bebola magik berwarna kuning yang berunsur elemen petir muncul di sekeliling Mimi.

Semua bola magik tersebut ditembak ke arah Axel secara serentak dan ianya menuju dengan laju.

BOM!BOM!BOM!BOM!BOM!BOM!

Axel terpelanting jauh ke depan,malahan hilang dari pandangan Seven Princesses dan Mimi.

"Hm.Aku rasa agak jauh dia 'terbang'",kata Mimi tersenyum manis.

Pelindung magik yang dipasang untuk melindungi Seven Princesses hilang.

Seven Princesses terus berlari ke arah Mimi dan cuba memeluknya.

"Mimi!!!!",kata mereka bertujuh serentak.

"Woah!Wall!",Mimi mengangkat tangan kanannya ke atas.

BAM!

Wajah tujuh gadis itu melekat pada dinding halimunan yang dicipta oleh Mimi.Mimi berpura-pura batuk.

"Ehem!Maaf ya.Walaupun kamu semua rindu dengan saya atau apa,tapi tolong jangan peluk saya",kata Mimi menghilangkan dinding halimunan tersebut.

"Adeh!",Seven Princesses jatuh serentak selepas dinding tersebut dihilangkan.

"Tapi-!Macam mana kau-!",kata Mel dipotong oleh Mimi.

"Saya akan terangkan di pangkalan.Sekarang,mari kita pulang",kata Mimi menghulurkan tangan kanannya pada Seven Princesses.

"Erm,betul.Mari kita...balik ke pangkalan"


Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now