Spirit 111-Secret

543 38 15
                                    

Elliot termenung.Dagunya ditongkat dengan tangan kirinya.

Dia bosan.Sangat-sangat bosan.

'Lambat lagi nak tengahari.....'

Fikir Elliot.

Sudah beberapa hari berlalu sejak dia berkenalan dengan gadis itu.Mereka berdua telah menjadi terlalu rapat.

'Aku nak tengok senyuman dia....'

Elliot mengimbas semua senyuman gadis itu sepanjang mereka berdua meluangkan masa bersama.

"Kau sengih seorang diri dah kenapa?",soal seseorang membuatkan Elliot tersentak dari lamunannya.

"Hm?Mungkin sebab aku dah jumpa mangsa penyakit aku seterusnya,Astral?",kata Elliot dengan senyuman jahat.

"Hmph.Suka hati kau lah.Aku takkan halang,sebab itu memang tugas kau sebagai Angel of Diseases and Cure.

Menyebarkan penyakit kepada manusia,dan memulihkan mereka...",kata Astral.

Elliot menghela nafas lega.Bagus pembohongannya berjaya.

Dia tak boleh beritahu kawannya,Astral yang merupakan Demigod sebab kenapa dia menunggu waktu tengahari.

Jika Astral tahu yang dirinya yang merupakan Angels,menantikan waktu tengahari untuk berjumpa dengan seorang manusia perempuan,pasti dia tidak akan percaya.

Angels berkomunikasi dengan manusia biasa,akan membuatkan Angels tersebut sangat mudah terpengaruhi.

--------------------------

"Hah...hah....nampaknya saya lambat hari ni",kata gadis itu,tersenyum.

Dia mengelap peluhnya dengan belakang tapak tangannya.

Elliot yang duduk bersandarkan pada pokok,tersenyum.

"Tak apa.Aku tak kisah langsung",kata Elliot.

Gadis itu berjalan mendekati Elliot.Pakaiannya comot seperti biasa,tetapi wajahnya kali ini bersih.

Gadis itu duduk sebelah Elliot,bersandar pada pokok juga.

"Hah....nyamannya udara di sini~",kata gadis itu.

"Sebab itu ke kau selalu datang ke sini waktu tengahari?",soal Elliot.

Gadis itu mengangguk.

"Di sini sangat selesa dan tenang.Itulah sebabnya saya selalu datang ke sini apabila waktu tengahari.

Lagipun,saya boleh lihat langit biru dengan lebih jelas di sini"

Gadis itu mengangkat tangan kanannya ke atas.Kepalanya juga mendongak ke atas,ke arah langit biru.

"Oh ya..saya tertanya-tanya...Elliot,kenapa sayap kau tak pernah disimpan?",soal gadis itu menunjuk ke arah sayap Angel Elliot.

"Ah,sayap Angels memang tak boleh disimpan.Kami takkan dapat simpannya,kecuali God berikan kami kelebihan tersebut.

Lagipun,agak bahaya juga kalau sayap Angels ini tak boleh disimpan",kata Elliot.

"Kenapa?",soal gadis itu.

"Setiap sayap Angels memiliki keistimewaan.Jika manusia yang berhati jahat mengetahui tentang ini,mereka pasti akan cuba dapatkan sayap Angels.

Angels takkan mati.Tetapi,jika mereka kehilangan sayap seperti dipotong oleh manusia yang memburu Angels,sayap itu takkan tumbuh balik.

Bukan itu sahaja,mereka yang kehilangan sayap,takkan boleh kembali ke Heaven.Kekal berada di Bumi",ucap Elliot  dengan panjang.

Gadis itu terkedu mendengar apa Elliot katakan.Matanya tertumpu kepada sayap Elliot.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now