Spirit 45-Reason to Life

861 78 31
                                    

Serangan di bandar A kerajaan Asteon berhenti selepas satu bunga api ditembak ke langit,menandakan berundur.

Dalam serangan itu,semua penduduk yang selamat walaupun ada dua orang yang pengsan kerana kuasa Asya,ditempatkan dalam bilik perlindungan yang berada dalam istana.

Seorang ahli organisasi cedera,iaitu Halilintar,manakala seorang lagi diculik,Crystal.

Halilintar kini berada dalam bilik rawatan khas,yang terasing dengan bilik rawatan yang diuruskan oleh Yuuki.

Racun yang ada pada badan Halilintar tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya walaupun dengan kebolehan Yuuki.

Bilik rawatan khas terasing dengan bilik rawatan yang lain kerana ianya menempatkan pesakit yang keadaannya teruk.

Bilik rawatan khas itu penuh dengan teknologi yang canggih dan ada robot yang akan mengawasi keadaan pesakit sepanjang masa.

"Racun apa yang ada pada badan Hali?",soal Gempa pada Yuuki.

Mereka berada di depan bilik rawatan khas,memerhatikan Halilintar melalui tingkap kaca yang besar.Mereka tak dibenarkan masuk.

"Ianya racun dari darah mahkluk mitos,Lernaean Hydra",kata Yuuki menyelak sebuah buku yang tebal.

"Lernaean Hydra?Apa tu?",soal Blaze.

"Lernaean Hydra adalah serpent berkepala sembilan.Dalam lagenda mengatakan Hydra mempunyai nafas dan darah yang beracun,dan ia sangat bahaya.Tambahan lagi,kalau satu kepala Hydra dipotong,ianya akan tumbuh lagi dua kepala.Kepala di tengah adalah immortal.Itu adalah ringkasan tentangnya",kata Solar membetulkan kaca matanya.

Di pipinya ditampal dengan plaster putih yang besar.(Kesan kena penumbuk Alina semalam).

"Wah~tapi,Hydra tu kan makhluk mitos,macam mana mereka boleh dapat racunnya?",soal Thorn.

Semua yang berada di situ terdiam.

"...err...itu...",Yuuki menyelak halaman buku itu dengan laju.Solar pula sedang memikirkan jawapan kepada soalan Thorn.

"Berkemungkinan ada orang yang boleh gunakan kebolehan Lernaean Hydra dalam kerajaan Alvisa",kata seseorang.

Spirits of Elementals(kecuali Halilintar) dan Yuuki memandandang ke arah pemilik suara itu.

"Puteri Einhart!",kata mereka semua dengan suara yang kuat.

Einhart tersenyum ke arah mereka.Puteri itu tidak memakai pakaian dirajanya.Dia memakai T-shirt berwarna putih,jaket ber hoodie hitam dan seluar berwarna hitam.Kasutnya berwarna kelabu.

"Luka tuan puteri macam mana?",soal Gempa.

"Ah,jangan risau.Luka saya dah sembuh sepenuhnya,berterima kasih kepada Yuuki.Berbanding dengan saya,saya lebih risaukan Mia dan Halilintar",kata Einhart.

"Ah,ya...Mia masih tak sedarkan diri walaupun luka dia dah pulih...",kata Gempa.

"Keadaan Halilintar paling teruk saya rasa...racun Hydra bukannya senang untuk dipulihkan.Penawar Fatini pun tak dapat pulihkannya",kata Einhart.

"Ya...tetapi keadaan dia sekarang stabil",kata Yuuki.

"Tapi racun tu kena dibuang dengan cepat.Racun tu merebak dengan lambat kerana kuasa kau,tetapi hanya boleh tahan beberapa hari sahaja",kata Einhart.

Mendengar apa Einhart katakan,Taufan dan Thorn terkejut.

"Adakaha itu bermakna....Hali...akan mati...?",kata Taufan dengan suara yang perlahan.

Mendengar apa Taufan katakan,Einhart mengetahui dia terlepas cakap perkara yang teruk.

"Urh....hisk...Waaaa!!!!!!!!!!"

Taufan dan Thorn menangis.Mereka menangis seperti budak kecil.

Einhart gelabah.Gempa pula cuba sedaya upaya untuk tenangkan mereka berdua.

Spirits of Elementals yang lain menolong Gempa.Yuuki masih membaca buku,mencari maklumat bagaimana untuk membuat penawar racun Hydra.

"Memang betul Halilintar akan mati kalau racun itu merebak ke seluruh badannya.Tetapi kalau kita berjaya jumpa penawarnya,dia dapat diselamatkan",kata Tenshi yang baru muncul.

Di belakangnya adalah Sprainter dan Kaizo(abang Kassim!).

Taufan dan Thorn terus berhenti menangis.

"Betul ke...Tenshi?",soal mereka berdua.Tenshi mengangguk sambil tersenyum manis.

Senyuman terus terukir di muka mereka berdua.Spirits of Elementals yang lain menghela nafas lega,begitu juga Einhart.

"Sekarang,baik kamu semua pergi ke bilik mesyuarat.Kita akan berbincang mengenai penculikkan Crystal",kata Tenshi.

"Baik!Nanti...Seven Princesses yang lain,keadaan mereka macam mana?",soal Gempa.

"Kalau aku tak beritahu,kau tahu kan apa perasaan mereka sekarang.Walau macam mana pun,mereka tetap kena hadir mseyuarat tu",kata Sprainter.

Gempa mengangguk lalu dia beredar bersama dengan adik-beradiknya yang lain.Kaizo Sprainter,dan Yuuki juga sama.

Tenshi memandang ke arah Halilintar yang berada dalam bilik rawatan khas.Dia memikirkan sesuatu.

"......."

"Aku rasa kau terfikir untuk lakukan benda tu,betul tak?",soal Einhart.

Tenshi memandang ke arah Einhart.

"...kalau aku nak tipu pun,kau pasti dapat tahu dengan kebolehan mata kau",kata Tenshi.

"Jangan sesekali fikir untuk lakukannya.Walaupun badan kau kekal abadi,tetapi kau masih dapat rasakan kesakitan.Ditambah lagi dengan sumpahan pada badan kau",kata Einhart sebelum meninggalkan Tenshi.

Tenshi tersenyum,namun senyumannya sayu.

"Betul...kerana aku dapat badan yang kekal abadi ni....sampai bila aku takkan dapat merasai makna untuk hidup",kata Tenshi.




Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now