Spirit 58-Old Enemy

815 76 43
                                    

"Kalau berlawan,lebih baik jauhkan jarak kau dengan musuh",kata Sha.

"Eh?Kenapa?",soal Risa kepada Sha yang sedang mengelap senapangnya.

"Kerana,kau berjaya elak serangan aku,yang menggunakan senjata jarak jauh,iaitu senapang.Aku tak boleh ajar kau tentang pertarungan jarak dekat sebab ianya bukan gaya pertarungan aku.

Lagipun,kau selalu cipta senjata tajam kemudian baling pada musuh.Ianya takkan berkesan kalau kau lawan dengan musuh yang mahir bertempur jarak dekat",kata Sha.

"Ah...betul juga...",kata Risa.

"Orang yang berlawan jarak dekat selalunya pantas bergerak.Jadi serangan kau langsung mungkin takkan mengenai mereka",kata Sha.

Risa menundukkan kepalanya.

"Tetapi..."

Kepalanya didongakkan,memandang Sha.

"Tetapi,kalau kepantasan kau mencipta sesuatu,berjaya mengatasi kepantasan lawan kau,keadaan akan berubah",kata Sha tersenyum manis.

"...okey!Jadi saya kena berusaha untuk cipta senjata dengan lebih pantas!",kata Risa bersemangat.

"Haha!Bagus!Jadi,latihan bermula!",kata Sha lalu terus mengacukan senapangnya ke arah Risa.

Risa terkebil-kebil.Matanya berkelip banyak kali sebelum bilik tersebut dipenuhi dengan bunyi tembakan.

"TAK GUNA KAU,SHA!!!",jerit Risa sambil mengelak.

--------------------------

KRASH!

Tangan yang memegang senjata api tersebut terangkat ke atas.Pistol yang dipegangnya terpelanting ke belakang,dengan keadaan berkecai.

Serpihan pistol tersebut jatuh ke tanah.

SLAHS!

Tidak bersenjata dan memberi ruang untuk diserang oleh lawan,dari bahu kanan hingga pinggangnya dipotong oleh pisau.

"GUHRG...!",darak merencik keluar dari luka tersebut,begitu juga dari dalam mulut perempuan tersebut.

BOK!

Tendangan yang kuat di perut diberikan.Perempuan itu terundur beberapa tapak ke belakang.

Perutnya dipegang.Perempuan itu terduduk kesakitan.

"Heh?Bye bye?Bye bye kepada diri sendiri?",soal Risa dengan senyuman sinis.

Gadis muda itu langsung tak mengalami apa-apa kecederaan pada badannya.

"C...celaka...!Ma...macam mana kau langsung tak boleh cedera?",soal perempuan tersebut.Wajahnya menunjukkan dia sedang menahan kesakitan lukanya.

Risa menunjukkan dadanya yang sepatutnya ditembak oleh perempuan tersebut.

Kelihatan ada besi yang berbentuk segi empat di dadanya.

"Sebaik sahaja kau tekan muncung pistol tersebut pada dada aku,aku terus cipta besi untuk lindung diri aku",kata Risa tersenyum.

"Mustahil...!Kau sepatutnya tak ada masa untuk cipta sesuatu dalam masa yang singkat ...HARK!",perempuan itu memuntahkan darah apabila satu pisau dibaling ke bahunya yang luka itu.

"Ya...aku sepatutnya tak boleh cipta sesuatu dalam masa yang sangat singkat...tetapi itu dulu.Selepas latihan dengan Sha,masa aku mencipta sesuatu menjadi singkat",kata Risa.

"Urgh...!",perempuan itu memandang ke arah Risa dengan wajah bengis.

"Daripada 30 saat...menjadi 12 saat...kemudian menjadi..."

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now