Spirit 12-The Reason Behind It

1.2K 91 40
                                    

"Hah...hah..."

Peluh mengalir keluar dari kulit mereka.Seven Princesses mengelap peluh mereka dengan menggunakan lengan baju.

"Come on,kita baru buat pemanasan badan,dan kamu bertujuh tak larat dah?",kata Shafiq.

"Betul,kamu semua hanya lari 5 kilometer berturut-turut,bukannya 35 kilometer atau apa",kata Qistina.Rambut hitamnya diikat kemas ke belakang.

"Dah,jangan nak berehat,cepat pergi ke bilik latihan menembak",kata Sha dengan tersedia senapangnya.

"Ba...baik..."

Seven Princesses berjalan masuk ke dalam bilik latihan dengan perlahan.Sebaik mereka masuk ke dalam,pintu dikunci rapat oleh Ayumu.

"Saya perlu kunci,atau kamu semua akan lari",kata Ayumu memusingkan kunci dijarinya dengan tersenyum manis.

"Latihan apa yang kami akan jalankan di sini?",soal Risa.

Bebola api biru muncul di sekeliling Nuriah.Seven Princesses melangkah menjauhi Nuriah kerana haba bola api biru itu terlalu panas.

BAM!

"Woah!",Mel melompat ke belakang mengelak peluru yang ditembak dari atas.

"Peluru?",kata Asyi.

"Latihan kamu adalah,elak tembakan Sha dan bebola api Nuriah",kata Akram.

"Apa?!Kena elak dua serangan yang datang dari atas dan bawah?!",kata Alina terkejut.Akram mengangguk.

"Dan,dengan bola api biru Nuriah,suhu bilik ini juga akan menjadi semakin panas setiap kali Nuriah mengeluarkan bebola api.Jadi,cuba sedaya upaya untuk tak pengsan atau terkena serangan mereka",kata Fatini.

"Tapi,bagilah kami ber-!"

BAM!BAM!BAM!BAM!BAM!BAM!BAM!

Seven Princesses mengelak setiap peluru yang ditembak Sha.Zara yang melompat tinggi ke atas,masih tak mendarat ke bawah,dijadikan sasaran bebola api Nuriah.

"Ahh!",bebola api tersebut terkena Zara.Gadis itu jatuh berguling-guling di lantai.

Lengan bajunya terkoyak kerana terkena serangan Nuriah.Tapi dia tak mengalami apa-apa kecederaan kecuali lebam ditangannya.

"Dan mereka berdua menurunkan kuasa serangan mereka,jadi kalau terkena,kamu bertujuh hanya akan dapat lebam",kata Mia tersenyum.

"Betul.Dan berdiri cepat,sebelum kamu terkena",kata Nuriah yang terapung tinggi di udara dengan sekelilingnya terdapat banyak bebola api biru.

"W-woah!Elak cepat!",kata Crystal.

Semua bebola api Nuriah menuju ke bawa dengan pantas.Seven Princesses berlari dengan kelam kabut mengelakkan diri dari terkena serangan Nuriah,namun..

BAM!BAM!BAM!BAM!BAM!BAM!BAM!BAM!BAM!(x100)

Lebih dari 500 peluru ditembak ke arah mereka dengan pantas dan bertubi-tubi oleh Sha.

Hampir melopong Seven Princesses.

"Woah!!!",jerit mereka bertujuh mengelak tembakan Sha.

"Kenapa aku rasa macam Sha sengaja tembak begitu banyak sekali?",kata Nuraiza.

"Mungkin dia nak kenakan mereka bertujuh",kata Akram.

"Yelah,dia kan Ratu Prankster",kata Shafiq.

Di atas,tempat Sha menembak.Sha tersenyum gembira melepaskan tembakan yang banyak ke arah Seven Princesses.

"Hahahah!Bestnya!",kata Sha dengan gembira.

"Macam mana Mia boleh tahan berkawan dengan dia..",kata Fatini.Yang lain mengangkat bahu tanda tak tahu.Mia pula hanya ketawa kecil mengaru pipinya yang tak gatal.

-------------------------
Selepas 3 jam terseksa dalam latihan mengelak

Seven Princesses terbaring lemah atas lantai dengan badan mereka berpeluh teruk.Cerberus pula langsung tak berpeluh atau penat.

Badan Seven Princesses juga ada banyak lebam.

"Jadi,macam mana dengan latihan mereka?",soal Mimi.Dia sedang makan crepe strawberi.

"Memang betul apa kau katakan.Reaksi mereka dalam mengelak serangan dan stamina mereka semakin lambat dan lemah",kata Akram memberikan kertas yang tercatat tentang Seven Princesses kepada Mimi.

Mimi menghabiskan crepe nya dan mengambil kertas tersebut.

"Betul ke latihan mereka biar kami tentukan sahaja?",soal Shafiq.

Mimi mengangguk.

"Ya,ianya terserah pada kamu semua.Asalkan mereka bertambah mahir dengan cepat",kata Mimi.

"...kenapa kau nak mereka bertambah kuat?",soal Akram.Mimi tidak menjawab apa-apa.

"Aku tak rasa ianya sebab kau perlukan kuasa mereka untuk hapuskan sumpahan yang ada pada Tenshi",kata Shafiq.

"...memang aku bercadang macam tu,tapi sebabnya adalah,kerana peperangan akan bermula",kata Mimi.

Cerberus yang mendengar apa Mimi katakan terkejut.Seven Princesses pula sudah tertidur kepenatan.

"Perang?Sekali lagi?",soal Qistina.

"Betul,dan esok,aku takkan ada dalam pangkalan sampai malam sebab aku kena teman Einhart",kata Mimi.

"Maksudnya,tuan puteri Einhart buat rundingan perdamaian dengan kerajaan lain?",soal Mia.Mimi memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Tidak,Einhart bukan buat rundingan perdamaian dengan kerajaan Alvisa.Tetapi rundingan untuk berkerjasama dengan semua kerajaan yang belum diserang",kata Mimi.

"..bila perang akan berlaku?",soal Sha.

"Bulan depan.Setakat itu yang aku tahu melalui misi yang aku jalankan selama sebulan",kata Mimi.

"..baiklah",kata Ayumu.Mimi menunduk sedikit kepalanya sebelum berjalan pergi.

Dia terus terdudui atas lantai sebaik sahaja dia keluar dari bilik tersebut.

"....kenapa...perang mesti berlaku lagi...dapat ke...aku tak ulang kesalahan yang sama dengan 3 tahun yang lalu?",kata Mimi menutup telingannya.Air mata mengalir dengan laju dari matanya.

"Maafkan aku,kalau aku tak dapat lindungi Mia....Ice(abang Mia)...",kata Mimi menekup mukanya.




Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now