Spirit 82-Love

819 79 98
                                    

Alvisa Kingdom

PRANG!

"Apa?!Semua tentera mati?!",soal Otto,terkejut mendengarnya sehingga cawan yang dipegangnya terlepas dari genggaman.

"Ya,tuanku...mereka semua mati terkena serangan kilat yang kuat"

"Siapa yang lancarkan serangan tersebut?",soal Otto.

Orang bawahannya menunduk sebelum menjawab soalan Otto.

"Yang lancarkan serangan itu adalah..Sara..tuanku.."

Mendengar jawapannya,mata Otto terbuntang dek terkejut.

"Apa?Macam mana dia-!"

"Dia larikan diri daripada istana bersama bekas puteri itu,Crystal semalam",seseorang memotong percakapan Otto.

Dia duduk di tingkap.

Otto memandang orang itu dengan tajam.

"Macam mana kau tahu?",soal Otto.

Orang itu memandang ke arah Otto sebelum ketawa perlahan bersama senyuman sinis.

FLASHBACK

Sara memandang tabung ekperismen besar,yang klon badannya berada di dalam.

Gadis itu menarik nafas.Dia ingin melangkah ke hadapan,mendekati tabung tersebut,tetapi terhenti apabila satu suara menyapanya.

"Terus nak tinggalkan istana walaupun perang baru mula hari ni?"

Sara yang terkejut,memandang ke tepi.Dapat dilihat seorang lelaki duduk di salah satu mesin yang berada dalam makmal kajian tersebut.

"Ma....macam mana...",soal Sara dengan terkejut.

Lelaki itu turun dari tempat duduknya.

"Terkejut kerana tak dapat kesan kuasa magik saya?",soal lelaki itu.

Melihat lelaki itu cuba melangkah ke arahnya,Sara berada dalam posisi menyerang.

Lelaki itu mengangkat kedua tangannya sehingga paras bahu.

"Ops,bawa bertenang.Saya takkan cuba cederakan kau,atau halang kau",kata lelaki tersebut.

"Jadi,kenapa kau ada kat sini?",soal  Sara.

Lelaki itu menurunkan tangannya lalu mengambil sesuatu yang terletak atas mesin.

Benda itu kemudiannya dihulurkan kepada Sara.

"Huh...Baju?",kata Sara.Pakaian itu kemudiannya disambut oleh Sara.

"Aku ke sini hanya nak berikan kau pakaian.Sebab,takkan kau nak lari dari istana ni tanpa berpakaian,betul tak?",soal lelaki iti menuding jari ke arah klon badan Sara yang langsung tiada pakaian padanya.

Mendengar apa lelaki itu katakan,muka Sara merah padam dan dia cuba menumbuk muka lelaki itu.

Tetapi lelaki itu menghilangkan diri.

"Lagipun...aku lepaskan kau pergi,supaya aku dapat lawan dengan kau nanti.Memandangkan kuasa kau hampir setaraf dengan perempuan Angel itu...",kata lelaki itu,muncul di belakang Sara dengan menyentuh bawah dagu Sara yang berada dalam badan Crystal.

Sara memandang ke arah belakang.Sekali lagi,lelaki itu hilang.

Dia muncul di depan pintu makmal.

"Baik kau pergi sekarang,memandangkan Otto tak tahu kau keluar dari penjara.Sebab dia sedang sibuk memerhatikan perang yang dilancarkan olehnya",kata lelaki itu.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now