Spirit 88-Two Princesses

716 85 46
                                    

Aqua Kingdom

ZWOSH!!

Ceracak ais yang tajam terhasil atas permukaan air,menuju ke arah makhluk mitos.

ZASH!

Namun,sayang kecederaan yang dialami oleh makhluk tersebut dengan senjatanya hanya mencederakan kulit luar sahaja.

Ice mengetap gigi,geram.

Lengan kanannya dibekukan oleh ais,membentuk meriam aisnya.

Meriam tersebut dihalakan ke arah makhluk mitos tersebut.Tangan kirinya memegang lengannya yang tidak dibekukan oleh kuasanya sendiri.

Meriam tersebut melepaskan tembakan.

Serta-merta,air yang berada berdekatan dengannya beku menjadi ais.Ice berdiri atas permukaan ais tersebut.

Serangannya mengenai makhluk mitos tersebut.Namun,ais-ais yang membeku kulit makhluk tersebut,mula berkecai.

"Cis...!",Ice mendencit geram.

Tubuhnya menggigil kesejukkan.Dia berada dalam air agak lama,dan dirinya basah kuyup termasuk pakaiannya.

"Huss....!Aku dah lah tak ada pakaian lebih...!",kata Ice.

Semua orang yang berada di situ juga menyerang makhluk mitos tersebut dengan kuasa masing-masing.

Namun,sama seperti apa Ice lakukan,ianya langsung tak mendatangkan kecederaan yang serius.

Makhluk mitos yang mereka semua berhadapan adalah Charybdis.

Makhluk mitos yang mereka semua berhadapan adalah Charybdis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kalau ia lakukannya,semua orang mungkin akan lemas..",kata Ice.

Meriam ais di tangannya berkecai.Ais-ais yang berkecai itu mengelilingi Ice apabila jejaka itu mendepakan tangan kirinya.

Ais-ais yang kecil itu berubah menjadi bentuk pedang yang besar.

Ice menghulurkan tangannya ke hadapan.Kesemua ais berbentuk pedang besar itu menuju ke arah Charybdis.

ZAP!

Kesemua pedang ais itu menikam kulit Charybdis.Namun,ianya retak dan berkecai.

"...nampaknya kulit dia sangat keras",kata Ice dengan senyuman senget.

"Kalau macam tu,kita perlu serang dengan banyak kali,untuk lembutkan kulitnya",kata seseorang menyentuh bahu kiri Ice.

Jejaka itu sedikit terkejut.

"Apa yang kau buat kat sini,Zara..?!",soal Ice.

"..sudah tentulah nak berlawan",balas Zara dengan wajah yang blur.

Pipinya dicubit oleh Ice.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now