Spirit 116-Looks Like I Need To Join

628 43 6
                                    

"Argh!!Tak guna punya budak kecil!Lepas tendang muka aku,dia pijak kepala aku pula!",kata Zircon.

Yang lain hanya memandang datar ke arahnya.Semua Michenda  dah dihapuskan dengan kerjasama Zircon dan Mimi.

Boleh kata bukan kerjasama sebenarnya...Sebab mereka berdua berlawan,sampai Michenda terkena serangan mereka.

Lawan sebab apa?Mereka berdua tu memang akan berlawan setiap kali berjumpa...

"Tapi,macam mana pula Mimi boleh sedar?Puteri Einhart beritahu yang Mimi dalam keadaan koma sebab jantungnya cedera",kata Cister.

"Entahlah...Tapi,aku risau juga.Luka dia tak pulih lagi,tapi dia nak berlawan...",kata Miyu.

"Siaplah kau budak kecil!Habis sahaja perang ni,aku akan kerjakan kau cukup-cukup dalam perlawanan kita!",kata Zircon yang sedang berapi.

SPLASH

Api yang mengeliligi Zircon terus terpadam apabila Sapphire menyimbah air padanya.

"Saya tahu kuasa abang adalah api.Tapi tak bermakna abang kena sentiasa berapi",kata Sapphire dengan selamba.

------------------------------

"Heh?Kau nak bunuh aku?Agaknya,mampu ke?!",kata Otto bersama senyuman sinis.

Mimi hanya membuat muka tenang.

"Nanti....Mimi,macam mana kau boleh berada di sini?Bukan ke kau dalam keadaan koma?!",soal Crystal.

Mimi mendiamkan diri,tidak menjawab soalan Crystal.Sara meneliti seluruh tubuh Mimi.

Dia terkejut apabila gadis itu hanya memakai pakaian biasa,yang tiada daya ketahanan.

"Mimi,kenapa kau tak pakai baju pertarungan kau?Mana Arago dan yang lain?!",soal Sara.

"....mereka ketinggalan di belakang.Saya terus meluru ke sini selepas sedar",kata Mimi,kemudian gadis itu terus meluru ke arah Otto dengan laju.

Otto menghulurkan tangan kanannya,ke arah Mimi.Pergelangan tangan hingga jari-jemarinya bercahaya.

Seraya itu,tubuh Mimi bercahaya juga!

"Mimi...!"

KBOK!

DUSH!

ZUP!!!

Seven Princesses,Ivy dan Sara,begitu juga Otto terkejut apabila Mimi menumbuk muka dan menendang dada Otto.Kemudian menikam pedangnya ke bahu kanan Otto.

Jejaka itu terseret jauh ke belakang.

Mimi mendarat dengan selamat.Pedangnya dihalakan ke hadapan.

"G....hark...!Budak kecil...kau pandang rendah pada aku ke..?!Gunakan pedang yang patah....!",kata Otto.Darah mengalir dari celah bibirnya.

Mimi masih dengan wajah yang tenang.Pedangnya,bahagian atas memang patah.

Melihat Mimi tak menjawab soalannya,Otto semakin berang.

"Nampaknya...!Kau betul-betul pandang rendah pada aku!"

Tangan Otto bercahaya,begitu juga dengan badan Mimi.

Cahaya tersebut semakin terang,menandakan Otto mengandakan kesakitan pada Mimi.

"Erk....!"

Mimi mengetap giginya.Matanya dikecilkan,menandakan dia dalam kesakitan dan cuba tahan dirinya daripada menjerit.

ZWISH!!

Mata jejaka itu membulat.Seven Princesses,Ivy dan Sara terkejut,apabila Mimi,berada di hadapan Otto,dengan pedangnya ditusuk pada perut jejaka tersebut.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now