Spirit 51-Goodbye Kiss

878 80 20
                                    

Di istana,bilik pejabat Einhart

Waktu malam yang sejuk.Malam yang sangat best untuk berbaring atas katil dan tidur.

Namun,kerana ada banyak kerja yang perlu dilakukan olehnya,Einhart tertidur atas meja.

KREK...

Robert menolak pintu pejabat Einhart,perlahan-lahan.

"Haih...kan aku dah kata,kalau penat,tidur.Dia ni...",kata Robert apabila melihat Einhart tidur atas meja kerjanya.

Dia berjalan ke arah Einhart.Selimut putih yang tebal yang dibawa oleh Robert,diletakkan atas Einhart.

Cermin mata Einhart ditanggalkan oleh Robert lalu diletakkan di tepi.

"Have sweet dream,Princess",kata Robert.

Dia menguap sebelum menutup pintu.

Einhart yang dibuai mimpi,satu senyuman yang manis terukir.

--------------------------

Di pangkalan organisasi,bilik Mimi

Arago keluar dari bilik mandi.Rambutnya yang basah dilap dengan tuala.

Mimi yang sedang tidur dengan lena atas katilnya menjadi tumpuan mata Arago.Kuro Mimi tidak mengambil alih badan Mimi ketika itu.

Arago duduk atas katil,sebelah Mimi yang tidur sambil memeluk Arie,adik perempuan Arago yang dalam bentuk manusia.

"......"

Arago merenung lama wajah Mimi.Dia juga teringat kejadian pada siang hari.

Flashback

"Sampai bila kau nak ambil alih badan Mimi ni?",soal Sprainter kepada Kuro Mimi.

Kuro Mimi ketika itu baring atas sofa dalam bilik Mimi,sambil makan keropok kentang.

"Cis.Biarlah lama sikit.Lagipun baru lima hari jer kan aku ambil alih badan si pengecut ni!",kata Kuro Mimi yang bengang sebab dia asyik ditanya soalan yang sama.

"Mana boleh!Walaupun kuasa kau disekat,tapi itu tak bermakna kau boleh ambil alih badan Mimi sesuka hati!",kata Sprainter.

Kuro Mimi mengetap giginya.Dia berdiri.

"Kenapa pula?!Biarlah aku nak ambil alih badan ni ke tak!Kenapa nak risau sangat?!Kuasa aku disekat,kan?Jadi tak payahlah nak risau sangat!",jerit Kuro Mimi.

"Memanglah risau!Sebab kau ni tak boleh dipercayai!Kau cuba hapuskan personaliti Mimi dan ambil alih badan ini sepenuhnya sebelum ini!Bukan itu sahaja,kau juga serang ahli organisasi waktu kali pertama kau ambil alih badan Mimi!

Mana tahu kau akan cuba buat perkara yang sama sekali lagi!",jerit Sprainter,tak nak kalah dengan Kuro Mimi.

Kuro Mimi mengetap giginya.Penumbuk kanannya dikepal.Dia memusing ke belakang.

"Fine!Aku akan berhenti ambil alih badan si pengecut ini.Tetapi dengan satu syarat",kata Kuro Mimi.

"Apa syaratnya?",soal Sprainter.

Arago yang berada dalam bilik itu,hanya memerhati mereka berdua.Kalau nak mencelah,entah apa jadi agaknya.

Kuro Mimi memandang ke arah Arago sekilas.

"Arago,kena dating dengan aku esok",kata Kuro Mimi mengejutkan Sprainter dan Arago.

"Eh?!Apa?",soal Arago.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now