Spirit 10-Unpardonable Sin

1.2K 110 34
                                    

Seven Princesses berada dalam bilik mereka.Setiap dari mereka buat hal masing-masing.

"Aduh..tak guna punya cikgu...",kata Crystal mengusap pipinya yang bengkak.

"Sakit lagi?",soal Risa.Crystal mengangguk.

"Apalah Hali tu.Kesian kau kena tampar.Lagipun apa yang kau kata tu memang betul",kata Zara.

Crystal hanya mendiamkan diri.Dia teringat semula kejadian beberapa jam sebelum ini selepas mereka diteleportkan semula.

-----------------------
Flashback

"Lain kali saya akan jelaskan segala-galanya,sekarang ni saya ke--"

ZUP!TING!

Kata-kata Mimi dihentikan kerana serangan mengejut Halilintar.Dia sedang menahan pedang Halilintar dengan pedang putihnya.

Seven Princesses terkejut melihat kejadian tersebut.

"Hali!!",jerit Gempa berjalan laju ke arah mereka.Tapi Halilintar langsung tak dengar apa yang Gempa cakap.

Tumpuannya fokus kepada gadis yang berdiri di depannya.Pandangan matanya pada Mimi sangat menakutkan.

"HARGH!!!",Mimi menolak kuat pedangnya membuatkan Halilintar terbuang ke belakang.

Gadis kecil itu berundur ke belakang.

"Hali!Berhenti serang Mimi!",kata Gempa.Spirits of Elementals yang lain cuba menghentikan Halilintar,tetapi remaja itu langsung tak mendengar arahan mereka dan meluru ke arah Mimi sekali lagi.

Mimi mengetap kuat giginya.

"Teknik ketiga,Lighting Slash!",kata Mimi.Pedang putihnya bercahaya kuning.Gadis itu juga meluru ke arah Halilintar.

ZUP!

Mimi mendarat dengan selamat.Halilintar jatuh tergolek atas lantai.

Seven Princesses terkedu.Spirits of Elementals pula hanya mengeluh dan menggeleng kepala.

Halilintar bangkit dengan cepat.Kedua belah lutut dan bahunya tercedera kerana serangan Mimi.

Belakang badannya juga sama.

"Hali!Berhenti!",kata Gempa.Halilintar masih tak mendengar arahan.

Dia masih hendak menyerang Mimi.Mimi pula mengerutkan dahi dan wajahnya tampak ketakutan.

Melihay wajah takut Mimi,Crystal melangkah ke arah mereka dan berdiri di tengah-tengah.

"Crystal?",kata Mimi pelik dengan tindakan Crystal.

"Halilintar,tolong berhenti serang Mimi!",kata Crystal dengan berani.

"Ke tepi!",kata Halilintar.Crystal menggeleng.Mimi mendiamkan diri,begitu juga dengan yang lain.

"Aku tak nak!Mimi kawan aku!",kata Crystal.

"Aku cakap ke tepi!Aku mesti balas dendam un--!"

"Kemudian apa?!",jerit Crystal kuat.Halilintar terkejut.

"Apa yang kau akan dapat selepas balas dendam pada Mimi?",tanya Crystal.

"Aku tak kisah dengan apa yang aku akan dapat!Apa yang aku nak,aku mesti b-!"

Sekali lagi,kata-kata Halilintar dipotong oleh Mimi.

"Dan perkara tu akan buat orang yang kau cinta gembira?"

Kata-kata Crystal membuatkan Halilintar terus diam,begitu juga dengan yang lain.

"Aku tak rasa orang yang kau cinta akan gembira dengan perbuatan kau!Apa yang kau buat,hanya akan menyebabkan mereka menangis!"

PAP!

Kesan tamparan di pipi Crystal jelas kelihatan.Crystal memegang pipinya yang ditampar kuat oleh Halilintar.

Mimi berlari ke arah Crystal risau akan keadaan kawan baiknya.

"Diam!Kau tak--!"

"CHAIN OF HEAVEN",ucap seseorang.

Enam simbol magik yang kecil muncul di sekeliling Halilintar.Rantai besi berwarna emas keluar dari simbol magik tersebut dan melilit tubuh Halilintar.

"Baiklah.Apa yang jadi kat sini?",kata Shafiq berjalan ke arah mereka.Semua mendiamkan diri.

"Haih...tak ada siapa nak beri jawapan?",kata Shafiq mengaru kepalanya yang tak gatal sambil mengeluh.

Jejaka tampan itu perasan kehadiran Mimi.

"Oh,Mimi",kata Shafiq.Mimi terkejut dengan namanya dipanggil.

"Kalau kau ada kat sini,bermakna misi kau dah tamatlah?",soal Shafiq berjalan ke arah Mimi.

"Ya.Dan malam ni,saya minta semua Cerberus berkumpul di bilik mesyuarat",balas Mimi.

"Baiklah.Termasuk Mia?",soal Shafiq.Mimi mengetap giginya.Dia menunduk kepalanya perlahan-lahan.

"Ya.Termasuk Mia...",balas Mimi dengan suara yang perlahan.

Shafiq memandang ke arah Halilintar yang pengsan dililit oleh rantai emasnya.Remaja itu pengsan kerana tenaganya diserap oleh rantai tersebut secara perlahan-lahan.

Shafiq menghilangkan rantai tersebut.

"Hm.Saya tak berapa jelas dengan apa yang berlaku di sini,tapi saya nak laporan dari kamu,Spirits of Elementals",kata Shafiq.

"Baik",kata Solar.

"Urm..Crystal,terima kasih...untuk tadi...dan saya minta maaf...sebab saya...awak kena tampar..",Mimi berjalan pergi mengekori Shafiq dari belakang.Hud hitamnya dinaikkan ke atas .

---------------------

"Tapi aku tak sangka sampai macam tu sekali Hali benci Mimi",kata Asya.

"Betul.Aku ingatkan sekadar tak layan atau apa.Tapi..",Asyi menghentikan katanya.

"Sampai dia sanggup nak bunuh Mimi",kata Mel.Yang lain mengangguk.

Crystal menekan sapu tangan yang diletakkan air dalamnya ke pipinya untuk surutkan bengkak.

"Macam mana dengan esok ni...dah lah aku berlatih dengan Halilintar",kata Crystal mengeluh lalu membaringkan badannya.

"Mungkin esok kau kena belasah dengan teruk oleh dia",kata Alina.

"100%",kata yang lain serentak.

"Teruknya korang ni!",kata Crystal geram lalu membaling bantalnya pada Alina.

"Oh,nak lawan ya?Okey,mari kita main pillow fight!",kata Alina.

---------------------------
Pada masa yang sama,di bilik mesyuarat

Keadaan bilik tersebut gelap.Lampu tidak dipasang.

"Baiklah.Semua orang ada di sini.Jadi,apa yang kau nak bincangkan,Mimi?",kata Qistina memandang ke arah Mimi yang duduk di kerusi paling depan dengan beberapa makanan di depannya.

"Saya nak bincang tentang latihan Seven Princesses",kata Mimi.







Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now