Spirit 76-Speed

731 62 23
                                    

BOM!!!

"Urgh...!!",Miyu memandang ke hadapan,mencari kelibat Vega.

Gadis itu terkejut apabila Vega muncul di hadapannya.

Kelima tangan Vega dihayun ke arah gadis itu dengan laju.

BUK!!!

DUM!!!

"Ga...hark..!",Miyu terbatuk darah.

Gadis itu terbaring atas tanah yang berlubang kerana tumbukan Vega yang kuat.

Sejak Vega mengeluarkan empat tangannya,Miyu langsung tak ada pelung untuk serang balas atau mempertahankan diri.

Vega mendarat di tanah yang tidak berlubang.Lelaki itu memandang Miyu dengan tajam.

Miyu mengelap darah yang mengalir daripada mulutnya.Tombaknya dipacakkan ke tanah,membantu dirinya untuk bangkit.

"Hah...hah....",nafas diambil.Rambutnya yang diikat kemas sebelum ini telah serabai sedikit.

Pandangan matanya dialih ke arah Vega yang berdiri di atas.

".....aku yakin yang aku dah serang kamu dengan banyak...sepatutnya kamu tak boleh berdiri dengan kesakitan tersebut..",kata Vega yang terkejut bagaimana Miyu boleh berdiri.

Miyu tersenyum.Tombaknya ditarik lalu dipusingkan sekali.

"Kamu masih nak berlawan dengan aku?Bukan ke kamu sendiri yang kata,kamu takkan dapat elak serangan aku dengan kepantasan sekarang?",soal Vega.

"Kepantasan saya yang sekarang...memang betul,saya takkan dapat elak serangan kau.Tetapi itu hanya kerana kepantasan saya yang sekarang ni"

Kaki kiri Miyu digerakkan lebih ke kiri,membuat ada ruang di antara kedua belah kaki gadis itu.

"ACCEL"

ZUP

BWOSH!!!!!

Tubuh Vega tercampak tinggi ke atas.Miyu muncul di sebelahnya.Kaki gadis itu yang diangkat tinggi ke atas,diturunkan dengan laju,ke kepala Vega.

DUSH!!!

Tubuh Vega menjunam ke bawah dengan laju.Kelibat Miyu hilang dan gadis itu muncul di atas Vega.

Tombaknya diputarkan dengan laju.Vega mempertahankan belakang badannya dengan empat tangannya.

"Hargh!!!!",Miyu menikam tombaknya ke keempat-empat tangan Vega yang mempertahankan belakang badannya,berulang kali.

Dengan itu,tubuh Vega juga menjunam ke bawah dengan lebih laju.

'A....apa ni!!!Kepantasan serangan gadis muda ini....jauh lebih pantas daripada sebelum ini!'

Fikir Vega.

Miyu memijak salah satu tangan Vega yang cedera dan melompat tinggi ke atas.

Corak pada tombaknya bercahaya merah dengan terang.

"HARGH!!!!!",Miyu membaling tombaknya yang bercahaya kemerahan itu ke arah Vega.

Tombak itu menuju ke Vega dengan kelajuan yang lebih tinggi daripada waktu dia mula berlawan dengan Vega!

Apabila tombak yang kemerahan itu mengenai badan Vega,ianya menembusi badan Vega dan membuatkan lelaki itu terus menjunam ke bawah!

BROSH!!!!!

Letupan kuat dan asap tebal terhasil.Miyu yang berada di udara,kelibatnya hilang.

Dalam sekelip mata,dia berada berdekatan tempat Vega jatuh dari atas.Gadis itu memandang lama kepulan asap tersebut.

Apabila kepulan asap tersebut semakin menghilang,dia berjalan ke hadapan.

Langkahnya terhenti apabila dia berada di hadapan tanah yang berlubang besar dan dalam.

Dalam tanah yang berlubang itu,kelihatan Vega yang terbaring dengan bahagian badannya menyentuh tanah.

Tombak Miyu terpacak di tanah,di bahagian  badan Vega yang terputus dua.

Bahagian badan Vega yang ditikam tombak Miyu ketika di udara,telah berlubang besar,memutuskan badannya.

"....kuasa saya adalah Speed.Kuasa ini akan buatkan pergerakkan pemiliknya lebih pantas daripada orang biasa.

ACCEL,adalah salah satu teknik kepantasan bergerak yang saya cipta.Menggunakan ACCEL,pergerakan saya lebih pantas sebanyak 3 kali ganda berbanding kepantasan biasa saya",kata Miyu.

Dia muncul di tepi tubuh Vega yang tak bernyawa.Tombaknya yang terpacak diambil.

"Corak pada tombak saya bercahaya,adalah kerana kuasa saya ditumpukan pada tombak ini.Ianya akan buatkan tombak ini bergerak dengan kelajuan luar biasa,dan akan membawa kemusnahan yang besar",kata Miyu.

Tombaknya diletakkan atas bahu kanannya.Gadis itu memalingkan badannya ke arah lain.

"Namun,kuasa Speed  bukan sahaja mempantaskan lagi pergerakan saya,tetapi juga pemulihan luka.

Luka saya akan pulih dengan sendiri,dengan kepantasan lebih laju daripada kilat,tetapi tidak sepantas kelajuan cahaya.Begitu juga dengan rasa sakit",kata Miyu.

Gadis itu mengeluh.

"Haih...buat apa aku beritahu?Bukannya kau boleh dengar langsung apa aku katakan",katanya lalu kelibatnya hilang.

Miyu menuju ke medan perang,melawan musuh seterusnya.

-----------------------------
Aqua Kingdom

BOM!!!

"Argh!!"

Tubuh Ayumu tergolek atas tanah.Pakaian dibahagian bahunya mempunyai kesan terbakar.

Gadis itu mengalami beberapa kecederaan pada dirinya.

SWOSH

Bebola yang bercahaya kuning menuju ke Ayumu dengan laju.Gadis itu melompat ke atas,namun kaki kanannya terkena salah satu bola bercahaya kuning tersebut.

"Tak....!"

BOOM!!!!

Letupan berlaku pada bahagian kaki Ayumu yang terkena bola tersebut.Gadis itu terjatuh atas tanah.

"Hm?Kekuatan kau langsung tak setanding aku pun,seorang lelaki",kata Vesh.

"Adakah aku terlalu kuat.....atau kau terlalu lemah?",soal Vesh.





Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum