Spirit 96-Elliot & Faith

705 65 59
                                    

LightNight Kingdom

SUU....

Luka Asya beransur pulih dengan magik pemulihan Qistina.

"...hah...setakat ni jer aku boleh pulihkan..."

Qistina menghela nafas penat.Gadis itu berpeluh.

Magik pemulihan bukan sahaja memakan magik yang banyak,tetapi juga tenaga badan.

Kerana itu,hanya beberapa orang sahaja yang berjaya kuasai magik pemulihan dengan sempurna.

Berbeza dengan Yuuki yang memang lahir dengan kebolehan untuk memulihkan luka.Dia tak perlu berlatih langsung.

"Hah...hah....saya tak dapat kuasai magik pemulihan dengan sempurna...jadi tak dapat pulihkan semua luka...",Qistina berkata lagi dengan nada suara yang lemah.

Asya tersenyum.

"Tak apa.Sekurang-kurangnya ia pulihkan tangan dan kaki saya yang patah,dan begitu juga organ dalaman saya yang cedera",kata Asya.

Qistina tersenyum lega.

"Macam mana dengan gadis tu?Dapat diselamatkan?",soal Zircon yang sedang berjalan ke arah mereka bertiga yang ada di atas telapak tangan golem.

"Ya.Terima kasih sebab tewaskan Minatour tu",kata Qistina.

Gadis itu turun daripada tangan golem tersebut.

"Kalau saya tak silap,kamu berdua adalah Knights of LongDay ?Berdasarkan apa yang Misa beritahu sebentar tadi",kata Qistina.

"Ya!Nama penuh aku terlalu panjang,jadi panggil aku Zircon,salah seorang dari Knights of Longday!",kata Zircon.

"Panggil sahaja saya Bow,but that's not my real name.Saya Knights of Longday juga",kata Bow.Senyuman di wajahnya masih kekal.

"Nama saya Qistina.Saya ahli organisasi yang berkhimat secara rahsia di Asteon Kingdom.Yang berada di atas golem,si lelaki bernama Gempa,si perempuan bernama Asya",Qistina memperkenalkan dirinya serta  Gempa dan Asya.

"Organisasi yang berkhidmat secara rahsia?Ada ke dalam Asteon Kingdom?Aku tak ingat pun...",kata Zircon.Jejaka itu memegang dagunya,berfikir.

'Memanglah kau tak tahu sebab ianya rahsia'

Fikir Asya.

Bow mengeluh.

"Adalah.Organisasi yang ada Mimi!Takkan kau boleh lupa",kata Bow.

Dia nak ketuk kepala Zircon,tapi sebab Zircon tinggi sangat,nak hampir 2 meter,Bow tendang kaki Zircon.

Qistina,Asya dan Gempa terkejut.Mereka berdua kenal Mimi?

Memanglah Mimi dikenali ramai,tetapi dengan gelaran Undeafeated Queen.Tak ramai yang tahu nama dia.

"Kiranya,mereka ni rakan gadis pendek tulah?",soal Zircon.

ZUP!

Panah seolah-olah menikam jantung Qistina apabila dia panggil Mimi 'gadis pendek'.Gadis itu menggengam baju bahagian dadanya dengan air mata palsu mengalir.

Mimi lagi tinggi dari Qistina kot~Kalau Mimi dipanggil pendek,dia lagi sangat pendeklah maknanya!

"Aku tahulah kau tu tinggi,tapi perlu ke panggil Mimi pendek?",soal Bow.

"Mestilah kena.Dia lagi pendek dan lagi muda dari aku,kan?Jadi aku berhak panggil dia apa-apa sahaja",kata Zircon dengan angkuh.

Satu lagi panah menikam jantung Qistina.Gadis itu terus terduduk dengan lampu menyinarinya.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now