Spirit 72-Two Shadows

739 57 28
                                    

Aqua Kingdom

Seorang lelaki ketawa dengan riak sambil membunuh semua musuhnya.Dia memakai baju perisai besi yang lengkap dengan sebilah pedang yang besar.

"Heh!Lemahnya kamu semua!Atau aku terlalu kuat untuk kamu semua?!",soal lelaki itu dengan sinis.

Kepala orang yang cuba menyerangnya dari belakang dipenggal.

"Sudah mestilah aku terlalu kuat!Aku adalah orang bawahan kepada salah seorang Bloody Clan!Nama ak--!"

ZWOSH!

BUKK!!!

KRASH!!!

Lelaki itu terpelanting jauh apabila wajahnya ditendang oleh seseorang.Orang yang menendangnya mendarat atas tanah.

"Bising betul..",kata Ayumu yang memakai cape berwarna kelabu di luar pakaian biasanya.Dialah yang tendang muka lelaki tadi.

"Urgh!",lelaki itu berdiri dengan segera.Darah yang mengalir dari celah bibirnya dilap.

Pipi kanannya bengkak.

"Siapa?!Siapa yang berani tendang muka aku ketika aku cuba kenalkan diri dengan bergaya?!",soal lelaki itu.Dia memandang sekeliling dan matanya terhenti tatkala ternampak Ayumu.

Matanya membulat apabila terpandang gadis itu.

'Rambut hitam yang lurus...!Mata yang sangat cantik...kulit yang putih bersih...!Sa....sangat menganggumkan!!'

Fikir lelaki itu.Dia terpukau dengan kecantikkan Ayumu.

Ayumu memandang pelik lelaki itu.

"Heh....aku sangat bertuah kerana mendapat tendangan daripada gadis yang cantik...",kata lelaki itu dengan tersenyum.

Mendengar apa lelaki itu katakan,empat sesiku berwarna merah(💢)muncul atas kepala Ayumu.

Lelaki itu menghulurkan tangannya pada Ayumu.

"Wahai gadis yang cantik...adakah kau akan menjadi isteri aku apabila aku berjaya tewaskan kau?",soal lelaki tersebut dengan tersenyum.

Beberapa kuntum bunga ros berwarna merah kelihatan di sekelilingnya dan berkilauan.Latar belakangnya juga berwarna merah jambu.

Ayumu menayangkan muka menyampah.Dia menghilangkan diri.

SUK!!

Leher lelaki itu ditembusi dengan pedang Ayumu.Dia memuntahkan darah dengan banyak.

Ayumu yang berada di hadapannya,memandang lelaki itu dengan pandangan dingin.

"Aku tak ingin jadi isteri kepada musuh....terutama sekali lelaki yang hanya pentingkan paras rupa sahaja",kata Ayumu lalu mencabut pedangnya dari leher lelaki tersebut.

Lelaki itu jatuh ke tanah.

"Dan lelaki yang lebih lemah dari aku",kata Ayumu.

Darah pada pedangnya dilap pada lelaki tersebut.Pedang itu dihilangkan.

ZUP!

Dua orang lelaki muncul di belakangnya.

"Kamu berdua,lambat..",kata Ayumu kepada Akram dan Shafiq.

"Hello!Kami lambat sebab lawan dengan sekumpulan Michenda ketika dalam perjalanan!",kata Akram.

"Ya,bukannya macam seseorang tu...larikan diri daripada lawan Michenda",kata Shafiq.

Ayumu mencebik.

"Aku bukan larilah!Aku tinggalkan kamu berdua lawan dengan Michenda sebab Misa arahkan aku ke medan perang,lawan dengan seorang musuh!",kata Ayumu.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now