Bonus 1

787 53 6
                                    

Faith's POV

Saya hanyalah seorang gadis biasa.Kehidupan saya normal,tiada apa-apa yang istimewa.

Sehinggalah,saya jumpa dengan seorang Angel.Pertemuan kami berdua tak adalah indah,sebab saya pergi baling bakul ke muka dia.

Habis roti dalam bakul tu kotor...uhuhuhu...

Sejak hari pertemuan kami,saya akan pergi ke gunung ketika tengahari dan berjumpa dengan Angel itu.

Banyak perkara yang kami berdua selalu lakukan bersama di gunung tersebut.Antaranya menyanyi.Kami selalu menyanyi bersama.

Ah,ianya sangat menggembirakan apabila mengingatinya.

Saya berharap kegembiraan itu akan kekal selama-lamanya.

Namun,sudah pastilah tidak.

Ahli sihir dalam kampung telah meracuni saya supaya Angel itu akan datang ke rumah saya.

Ahli sihir itu serta penduduk kampung mahukan sayap Angel itu.Mereka tahu sayap tersebut mampu menyembuhkan apa-apa,selepas Angel itu sembuhkan penyakit saya.

Saya yang terbaring lemah atas lantai kerana diracunu,hanya mampu memerhati Angel itu dicederakan dan sayapnya dipotong.

Tolonglah...hentikannya.Jangan sakiti dia....

Dengan perlahan,saya mengangkat tangan.

Angel itu juga lakukan perkara yang sama,hulurkan tangannya kepada saya.

Tangan kami berdua tak dapat bersentuhan kerana jarak kami yang jauh.

"Elliot...maafkan saya...."

Seraya itu,tangan saya jatuh ke bawah.Pandangan saya gelap.

"ARGHHHH!!!!"

Jeritan Elliot dapat saya dengari.

Elliot....maafkan saya.Kalau kita berdua tak berjumpa,pasti awak takkan lalui perkara tersebut.

Kuasa sayap Elliot ada pada diri saya,kerana dia pernah sembuhkan saya.

Disebabkan itu,God mencipta Angel of Cure yang baru,menggantikan Elliot dengan menggunakan roh saya.

God mengunci kesedaran saya sebagai manusia.

'Saya'  tiada emosi,berlainan dengan Elliot.God beritahu 'saya',Elliot mesti dihapuskan.

Saya hanya mampu memerhati sahaja dalam tubuh 'saya'.Namun,kegembiraan saya tak dapat digambarkan,apabila saya dapat lihat Elliot semula.

'Saya' dan Elliot telah bermusuhan 500 tahun lebih.

Permusuhan tersebut sepatutnya dah tamat lama,jika saya tak masuk campur.

Apabila saya nampak pedang 'saya' menuju ke leher Elliot,saya menjerit,

'JANGAN!'

Akibat jeritan saya,pedang 'saya'  tidak terkena leher Elliot.

Saya gembira.

Namun,sepanjang memerhati Elliot dalam diri 'saya',ia buatkan saya terfikir,adakah Elliot bencikan saya?

Atau dia tak ingat saya?

Kerana apabila pandangan mata dia apabila melihat 'saya',ianya penuh dengan kebenciaan.

Well,sudah pasti dia akan benci saya.Saya yang sebabkan dia kehilangan sayapnya.Saya penyebab dia tak dapat kembali ke Heaven.

Namun,walaupun saya berfikiran begitu,saya tetap tak nak Elliot mati dibunuh oleh 'saya'.

Saya nak dia hidup.Naif kan saya ni?

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now