Spirit 74-Jealous

832 66 12
                                    

Dark Kingdom, keadaan Pasukan Penyerang Hendap

BAM!

ZUSH

BAM!

ZUSH

BAM!

ZUSH

Ketiga-tiga peluru yang ditembak ke arahnya dielak dengan mudah oleh Nuraiza.

Sambil mengelak,dia menuju ke musuh.

BOK

Tendangan yang kuat diberikan pada dagu musuh tersebut.

"Arg...!"

THUP

Kepala musuh tersebut dipegang oleh Nuraiza.Wajah gadis itu didekatkan dengan musuh tersebut.

"Sleep..",katanya lalu satu aroma keluar dari badannya.

Aroma itu akan membuatkan seseorang tidur dan mengalami mimpi ngeri yang akan rosakkan minda mereka.

Terhidu akan aroma tersebut,musuh itu menutup matanya.Nuraiza melepaskan kepala musuh tersebut.

Musuh itu terbaring atas tanah.Selepas beberapa saat,matanya terbuka luas.Bola matanya membulat,ketakutan.

"AR...ARGH!!!!!TAK...!TAK...!!!JANGAN DEKAT!!!!!!",jerit musuh tersebut dengan kuat.

Jeritannya berhenti apabila mata lelaki itu menjadi putih sepenuhnya.Hingus keluar daripada lubang hidung begitu juga air liur,mengalir dari mulutnya.

"Aku teringin juga nak tahu...mimpi jenis apa yang mereka alami sampai boleh mati?",soal Fatini.

"Manalah aku tahu...aku hanya tahu kuasa aku akan keluarkan aroma yang membuatkan mereka mimpi yang boleh rosakkan minda mereka,itu sahaja.

Kalau kau nak tahu,apa kata kalau kau hidu aroma aku?",soal Nuraiza.

BOK

Pukulan diberikan pada kepala gadis yang pendek itu oleh Fatini.

"Kau nak hidu aroma berbisa aku ke,huh?",soal Fatini dengan geram.Dia mengibas-gibas tangannya yang mengetuk kepala Nuraiza.

"Aku gurau jerlah!",kata Nuraiza.Wajahnya langsung tak tunjukkan riak sakit diketuk oleh Fatini.

Sebab dia memang tak rasa sakit.Tangan Fatini jer yang rasa sakit.

"Sudah-sudahlah tu kamu berdua.Tumpukan perhatian kepada misi kita",kata Ketua Pasukan Penyerang Hendap mengetuk kepala Fatini dengan tangan.

Manakala kepala Nuraiza diketuk dengan penukul besi.

"Adoi!!Kenapa aku jer yang diketuk dengan penukul besi?!",soal Nuraiza yang matanya berair kerana sakit di kepalanya.Kedua tangannya diletakkan atas tempat menerima ketukan.

"Kalau aku ketuk guna tangan,yang sakitnya tangan aku,bukan kepala kau",kata ketua Pasukan Penyerang Hendap.

Nuraiza mencebik.Fatini menjeling ke arah Nuraiza.Wajahnya seolah berkata;

'Semuanya salah kau kepala aku kena ketuk!'

Nuraiza membalas jelingan Fatini.Wajahnya seolah berkata;

'Siapa yang mulakan dahulu,hah?!Kau kan!'

'Kau yang mula dulu!'

'Kau!'

'KAULAH!'

POW!POW!BUK!BUK!

Fatini dan Nuraiza terduduk atas tanah,memegang kepala mereka yang diketuk oleh ketua Pasukan Penyerang Hendap.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now