Love 1-A Day Before Valentine's Day

1.2K 100 25
                                    

"Hari Valentine?",kata Seven Princesses serentak pada Yuuki.

"Ya.Esok",kata Yuuki tersenyum.

"Valentine Day tu hari apa?",soal Mel.

"Kamu semua tak pernah dengar ke?",kata Yuuki dengan rasa pelik.

"Tak pernah",balas mereka bertujuh serentak.

Yuuki mengeluh.

"Valentine Day ini adalah hari untuk berikan coklat kepada orang yang mereka suka.Tetapi kita boleh juga bagi coklat kepada kawan",kata Yuuki.

"Maknanya..ianya lebih kurang sebagai Hari Kekasih la..." ,kata Alina.Yuuki mengangguk.

"Oh,patutlah hari ni aku nampak ramai orang bawa coklat ke sana-sini.Mereka nak sediakan coklat rupanya",kata Risa.

"Ya,dan kamu semua nak bagi coklat kat siapa?",soal Yuuki.

"Hm..entahlah.Mungkin tak akan bagi kepada sesiapa",balas Crystal.

"Oh ya ke..kalau macam tu,apa kata kalau kamu semua balik ke bilik jer?Saya nak siapkan coklat ni",kata Yuuki.

"Hehe,maaf menganggu...kami minta diri ya!",Seven Princesses berlari keluar dari bilik masakan yang dipenuhi dengan kaum wanita.

"Tapi kenapa mereka buat coklat pada waktu malam?",soal Asyi.

"Urm..entahlah.Mungkin sebab nak pastikan coklat tu tak rosak?",kata Mel.

"Tapi...kalau kita buat coklat pun,nak bagi kat siapa agaknya?",kata Zara.

"Entahlah",jawab Crystal.Crystal ternampak Mimi yang sedang berjalan seorang diri.

"Hah!Kita bagi kat Mimi!",bisik Crystal perlahan.

"Oh,betullah!Kita boleh bagi coklat pada kawan kan!",kata Risa.

"Kenapa kamu semua berkumpul kat situ?",soal Mimi.

"Woah!!!!!",jerit mereka bertujuh serentak.

"Ka...kau buat kitorang terkejut!",kata Asya.

"Maaf..",kata Mimi.

"Oh ya,Mimi.Kau nak beri coklat pada siapa?",soal Crystal.

"Oh?Untuk esok?",Crystal mengangguk.

"Entahlah.Tapi aku akan bagi pada Misa dan ibu aku",balas Mimi.

"Eh?Kau tak bagi kat mana-mana lelaki ke?",soal Zara.

"Memang ada,tapi coklat persahabatan.Aku ingat nak bagi pada Shafiq dan Akram,",kata Mimi.Seven Princesses mengangguk faham.

"Kamu semua pula?",tanya Mimi.

"Eh?"

"Kamu semua nak bagi coklat dekat siapa?",tanya Mimi sekali lagi dengan tersenyum.

"Urm....secara jujur,tak tahu nak beri kat siapa...",kata Alina mewakili yang lain.Mimi memandang lama Alina kemudian dia ketawa kecil.

"Aik?Kamu tak tahu nak bagi coklat dekat siapa?Kenapa tak bagi jer dekat Solar?",kata Mimi.

"Eh?Solar?Kenapa dia pula?",tanya Alina pelik.

"Mestilah dia.Lagipun waktu Axel hampir bunuh kau,bukan ke kau teringat wajah Solar?",kata Mimi tersenyum.

Asap keluar dari kepala Alina.Mukanya merah kerana rahsianya terbongkar.

"Oh..jadi maknanya kakak Alina dah jatuh cinta dengan Solar lah...",kata Mel.

"M-mana ada!!!",jerit Alina.

"Tapi,bukan dia jer.Yang lain pun sama kan?",kata Mimi.

"Huh?!",Seven Princesses yang lain terkejut.

"Hahaha.Nampak sangat kamu semua tak jujur.Apa-apa pun,saya nak masuk tidur.Bye bye",kata Mimi berjalan pergi meninggalkan mereka bertujuh.

--------------------------
Bilik masakan

"Baiklah!Coklat untuk Thorn dah siap!",kata Sha.

"Kau letak bahan yang pelik ke dalam coklat tu?",soal Qistina.

"Tak.Aku letak bahan yang normal jer.Lagipun takkan lah aku nak buat macam tu pada kawan baik",kata Sha.

"Kau ada buat kat kitorang ",kata yang lain dalam bilik masakan dengan serentak.Sha hanya tersengih.

"Mia buat coklat untuk siapa?Sampai ada tiga",soal Fatini kepada Mia yang sedang menghias coklat.

"Ah,untuk Taufan,abang Akram dan satu lagi ni untuk.....",raut muka Mia jadi sedih.Fatini mula rasa serba salah.

"Coklat untuk Taufan?Coklat persahabatan ke sebaliknya?",soal Nuraiza.

"Huh?Apa yang kau cakapkan ni Nuraiza,mestilah coklat persahabatan.Termasuk yang abang Akram punya",balas Mia.

"La...ya ke...bosan betul.Ingatkan coklat cinta",kata Nuraiza.Muka Mia terus merah.

"Saya tak kan bagi coklat cinta lah!",Nuraiza dan Mia berkejar-kejaran dalam bilik masakan.

Meletus tawa semua orang yang ada dalam bilik masakan melihat karenah dua gadis itu.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now