Spirit 103-Mother and Child

706 57 99
                                    

CHING!

CLING!

Semua tombak yang keluar daripada portal kegelapan Akemi bertembung dengan pedang yang keluar daripada simbol magik berwarna kuning Tenshi.

Akemi tersenyum gembira.

"Haha!Seperti yang diberitahu,ibu saya memang kuat!",kata Akemi.

Tenshi hanya mendiamkan diri.Dia lebih fokus dengan pertarungannya.

Tongkat magik muncul di tangan Tenshi,lalu meluru ke arah Akemi dengan laju.

Akemi menarik satu tombak keluar dari portal kegelapan.

CTING!!!

Tongkat magik Tenshi yang disasarkan pada badan Akemi dihalang dengan tombak Akemi.

"Siapa yang beritahu kau....tentang aku?",soal Tenshi dengan nada dingin.

"Siapa?Sudah tentulah tuanku,Otto Siegfield!Tuanku beritahu saya tentang ibu,sepanjang dia besarkan saya!",kata Akemi dengan nada ceria.

"Ibu yang kau maksudkan....adalah aku?",soal Tenshi.

Pandangan matanya tajam menikam mata Akemi.

"Ya!!Tuanku beritahu saya,ibu saya adalah perempuan bernama Tenshi!Manakala ayah saya pula ialah ayah bekas puteri Alveon Kingdom!",balas Akemi.

Dia langsung tak rasa takut dengan pandangan mata Tenshi.Sebaliknya,dia gembira sebab Tenshi melihatnya.

"Oh...is that so?"

Bahagian atas tongkat magik Tenshi bercahaya.

BOOM!!!

KRASH!!!!

Tubuh Akemi jatuh atas tanah dengan kuat selepas diserang dengan tembakan magik dari tongkat magik Tenshi.

Gadis kecil itu mengalami beberapa kecederaan.Pakaiannya ada kesan terbakar.

"Badan kau remaja...tetapi umur kau 5 tahun,betul?",soal Tenshi yang terapung di udara.

Akemi bertambah gembira.

"Wah!!Ibu ingat umur saya!!Maknanya,ibu betul-betul sayangkan saya!

Betul!Umur saya 5 tahun!Badan saya seperti remaja,kerana saya gunakan magik transformation pada badan saya!",kata Akemi.

"Nampaknya,kau betul-betul gembira...",kata Tenshi.

Akemi mengangguk dengan senyuman gembira.

"Sudah tentulah!!Saya nak sangat jumpa ibu selama 5 tahun ni!Ibu mesti nak jumpa saya,kan?!"

"Tak"

Tenshi menjawab dengan laju.Akemi masih tersenyum,namun matanya membulat.

Dia terkejut.

"H...huh...?Apa yang ibu...katakan tadi..?",soal Akemi memandang ke arah Tenshi.

Wajah gadis itu dingin.

"Aku langsung tak nak jumpa kau"

KRAK

Ayat Tenshi telah menghancurkan dunia Akemi.

Gadis berambut hijau itu mengalirkan air matanya.Tubuhnya menggeletar.

"O...oh....."

Akemi menunduk ke bawah.Matanya masih membulat.Dia sangat terkejut.

Tenshi masih kekal dengan wajah dinginya.Tiada rasa kasihan atau simpati pada dirinya selepas apa yang dikatakanya.

"Betul-betul......seperti apa yang tuanku katakan..........IBU LANGSUNG TAK SAYANG SAYA!!"

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now