Spirit 24-Memory World(2)

1.1K 86 3
                                    

Sebaik sahaja persembahan tamat,semua kanak-kanak tak kira lelaki atau perempuan,datang ke arah Arisa,Shafiq dan Akram.

Kanak-kanak yang datang pada Arisa,ada diantara mereka untuk belajar menari,bersembang dan berikan hadiah pada Arisa.

Shafiq dan Akram pula untuk tunjuk cara main alat muzik dan bersembang.

Seven Princesses hanya berdiri tak jauh dari mereka.Salah seorang kanak-kanak lelaki yang bersama Arisa terpandang mereka bertujuh.

"Siapa mereka bertujuh tu,kak Arisa?",soal kanak-kanak lelaki tu menunjuk ke arah Seven Princesses.

"Ah,kawan baru saya.Kami baru jumpa hari ni.Kamu semua nak cakap dengan mereka tak?",soal Arisa.

Semua kanak-kanak yang ada bersama Arisa mengangguk.Arisa pandang ke arah Seven Princesses dan memanggil mereka bertujuh.

Seven Princesses pandang antara satu sama lain.Mereka berjalan ke menuju ke tempat Arisa,Shafiq dan Akram duduk.

Sebaik sahaja mereka bertujuh duduk,semua kanak-kanak menyerbu ke arah mereka.

"Wah!Kawan baru kak Arisa semuanya cantik dan comel belaka!",kata seorang kanak-kanak perempuan pertama.

"Urm,betul!",kata kanak-kanak perempuan kedua.

"Eh...ah..apa kamu cakap ni,kami bertujuh biasa sahaja",kata Risa.

"Mungkin untuk kamu bertujuh,rupa kamu semua adalah biasa,tapi untuk kanak-kanak ni semua,rupa kamu semua bagaikan bulan dipagari bintang",kata Shafiq.

Meremang bulu Seven Princesses mendengar ayat Shafiq.

"Urgh...aku rasa nak muntah dengar ayat terakhir dia...",kata Mel.

"Hehe.Maaf ya sebab ayat Shafiq buat kamu tak selesa.Lagipun,dia ni jenis yang gentle pada perempuan",kata Arisa.

"Oh..."

Tiga orang kanak-kanak perempuan meletakkan mahkota bunga yang mereka buat menggunakan bunga di taman atas kepala Arisa.

"Ah...terima kasih",kata Arisa tersenyum.

'....memang tak salah lagi,dia adalah Tenshi.Tapi,kenapa mereka semua panggil dia Arisa?Arisa bukan nama Mimi ke?'

Crystal masih tak mengalihkan pandangnya dari Arisa.Mata gadis itu asyik tertumpu pada Arisa.

"By the way,kamu semua datang dari mana?"

Lamunan Crystal terhenti apabila mendengar suara Akram.Crystal memandang ke arah Akram.

"Datang...dari mana?",soal Crystal.Akram mengangguk.

"Ya,sebab Arisa dan Shafiq kata,mereka jumpa kamu semua di taman bunga istana ni",kata Akram.

Crystal memandang ke arah adik-beradiknya yang lain.Semuanya buat isyarat 'kami bergantung pada kau,Crystal!'

"Urm...entahlah.Tak ingat",kata Crystal.

"Eh?Tak ingat?",kata Akram.Crystal mengangguk.

"Mungkin sebab hantukan yang kuat pada kepala mereka",kata Arisa.Gadis itu berdiri.

"Apa-apa pun,saya nak masuk ke dalam istana.Saya nak tunjukkan bilik mereka bertujuh",kata Arisa.

"Oh,betul juga.Lagipun,sekarang ni waktu untuk kau ke tempat penyucian",kata Shafiq.Arisa mengangguk.

Seven Princesses dan Arisa berjalan pergi dari taman bunga istana tersebut.

"Hm...misterinya tujuh gadis itu.Agaknya siapa mereka ya?",fikir Shafiq.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя