Spirit 36-Training and A New Bodyguard ..?

1K 70 52
                                    

BUMP!

TING!

CLING!

BUK!

Bunyi letupan,pedang berlaga dan lantai retak memenuhi bilik latihan.

Semua ahli organisasi sedang berlatih dengan bersungguh-sungguh sebagai persediaan untuk perang yang akan berlaku bulan depan.

"Hargh!!!"

Asya menghayun kakinya ke arah muka Nuraiza yang berdiri dengan tenang.

BUK

Serangan Asya ditahan dengan senang oleh Nuraiza.Nuraiza menahan tendangan Asya hanya dengan sebelah tangan.Ternganga Asya dibuatnya.

"Aku langsung tak rasa apa-apa",kata Nuraiza.Kaki kanannya dikebelakangan.Tangan kanannya juga dikebelakangan.

"Nampaknya kau kena kuatkan kaki kau",kata Nuraiza.

Tangan kanannya menuju laju ke arah dada Asya.Apabila tapak tangannya menyentuh kuat dada Asya,gadis itu terpelanting jauh ke belakang.

"Argh!",Asya jatuh ke bawah,diluar gelanggang.Bunyi jatuh yang menyakitkan jelas kedengaran.

Asya terbatuk.

"Apa...!Bukan ke kuasa kau tidak boleh effect kekuatan fizikal?",soal Asya berdiri.Nuraiza tersenyum bangga.

"Memang macam tu.Disebabkan dia mengetahui perkara itu,Nuraiza pelajari sena bela diri dan melakukan latihan untuk kuatkan daya fizikalnya" ,kata Fatini yang berdiri dengan tenang.

Gelanggang yang digunakannya ditutup dengan pelindung magik yang dibuat oleh Tenshi.Fatini berada dalam gelanggang itu bersama dengan Asyi yang terduduk lemah.

Mulut Asyi ditekup dengan tangannya.

"Haih..Asyi,kuasa kau angin kan?Jadi aku rasa latihan ini sepatutnya mudah untuk kau",kata Fatini bercekak pinggang.

Asyi berdiri perlahan-lahan.Dia masih menekup mulut dan hidungnya supaya tak terhidu aroma berbisa Fatini yang memenuhi gelanggang mereka.

"Kalau kau bertembung dengan lawan aku,pasti kau akan tiup aroma berbisa dengan kuasa kau.Tapi itu hanya akan berlaku kalau berada di tempat terbuka".kata Fatini.

"Jadi,kau kena fikirkan macam mana nak hilangkan aroma ini di tempat tertutup",katanya lagi.

Asyi mengangguk lemah.

"...aku risau kalau Asyi mati..",kata salah seorang ahli organisasi yang sedang berehat.Lukanya sedang disembuhkan oleh Yuuki.

"Haha,jangan risau.Sebab Fatini akan berikan penawar racun pada Asyi kalau dia terhidu aroma itu lebih dari 5 saat",kata Yuuki tersenyum.

Melihat senyuman Yuuki,lelaki itu tersenyum bahagia.Namun senyumannya mati apabila mendapat pandangan maut dari Ayumu.

Ayumu yang berdiri atas gelanggang,mengalih pandangannya semula ke depan.

"Takkan itu sahaja yang kau ada,Alina",kata Ayumu pada Alina yang sedang berdiri dengan termegah-megah.

Dirinya penuh dengan luka walaupun ringan dan dia juga berpeluh teruk.Pakaian mode kuasanya diaktifkan,perisai besi retak dan bajunya koyak teruk.

Sejak latihannya dengan Ayumu bermula,Alina langsung tak dapat cederakan atau dekat dengan Ayumu.

Hulu pedangnya digenggam kuat dan memandang tajam ke arah Ayumu.

"Kita,yang berlawan menggunakan pedang,hanya boleh bertarung pada jarak dekat.Itu adalah satu kekurangan dalam pertarungan.Kita mesti ada teknik pedang yang boleh menyerang jarak jauh juga.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя