Spirit 25-Memory World(3)

1K 82 8
                                    

Memory World

"Rasanya..kita ada dalam memori Tenshi ke?",soal Risa mengelap rambutnya yang basah dengan tuala selepas mandi.

"Mungkin....atau kita ada dalam memori Shafiq atau Akram....",kata Zara.

Sedutan chapter sebelum ini,Seven Princesses telah di bawa ke Memory World dengan kuasa Crystal.Mereka jatuh atas taman bunga ros istana dan bertemu dengan seorang gadis berambut hitam,Arisa,penari istana.

Wajah Arisa membuatkan Seven Princesses terkejut kerana serupa dengan wajah Tenshi,cuma agak muda.Mereka juga bertemu dengan Shafiq dan Akram.Mereka berdua memaikan alat muzik ketika persembahan tarian Arisa bermula.

Melalui apa yang mereka tujuh dengar dari perbualan orang yang menyaksikan persembahan tadi,Shafiq dan Akram adalah abang kepada Arisa,dan mereka berdua berada dalam memori 5 tahun lepas.

Paling mengejutkan,Arisa mengetahui nama Seven Princesses walaupun hanya Crystal,Zara dan Alina sahaja beritahu nama mereka pada Arisa.

"Tapi macam mana dia tahu nama kita?",soal Alina.

Tiada jawapan diberikan kepada Alina,kerana tiada siapa yang tahu.

Crystal pula berdiri di tepi tingkap,memandang ke luar,memerhatikan langit malam.Namun,gadis itu sedang fikirkan sesuatu dalam fikirannya.

"Kak Crystal?Kenapa ni?",soal Mel menyentuh bahu kanan Crystal.

"Eh?Ah....tak ada apa..",balas Crystal memandang ke arah adiknya.

Mel memandang lama muka Crystal sebelum mengangguk.

"Haih...apa yang kita nak buat dalam dunia ni?Hanya memerhatikan sahaja?",soal Asya.

"Mungkin?Lagipun kenapa kita ada kat sini?",soal Asyi yang memeluk bantal.

"Sebab,aku nak tahu semua perkara",kata Crystal.Gadis itu memandang ke arah semua adik-beradiknya yang duduk atas katil besar.

"Kau nak tahu apa lagi?Dah banyak kan pengetahuan dalam otak kau sebab habiskan banyak masa dengan membaca buku",kata Zara.

"Aku nak tahu,tentang sejarah kerajaan Alveon",kata Crystal.

Mendengar apa Crystal katakan,mereka semua terkejut.

"Sejarah kerajaan kita?Buat apa?",soal Mel.

"Sebab,aku langsung tak jumpa buku yang terangkan tentang kerajaan kita...aku nak tahu...perangai sebenar ayahanda",kata Crystal.

"Perangai sebenar ayahanda?Bukan ke dah jelas,ayahanda seorang yang baik dan bertangg...",belum habis lagi Asyi menghabiskan kata-katanya,Crystal memotong.

"Jadi,perbuatan kejam pada Tenshi apa pula?",soal Crystal.

Asyi terdiam.Dia tak tahu nak jawab apa.

"...betul juga...dan..kenapa Halilintar nampak bencikan kita sangat waktu kita jumpa dia pertama kali?",kata Alina.

"Dan kenapa kerajaan Alvisa serang kerajaan lain",kata Crystal.

Mereka semua mengangguk kemudian memandang ke arah Crystal.

"Jadi,inilah sebab kau heret kitorang...dahlah waktu kami sedang ber dating ",kata Zara.

"Dating tu lain kali boleh buat",kata Crystal memandang Zara dengan muka menyampah.

Yelah~Dia seorang sahaja tak ada boyfriend lagi antara adik-beradik tu~Kasihan...

---------------------

Arisa berjalan dengan perlahan menuju ke biliknya.Pakaian gadis itu basah begitu juga dengan dirinya.Kain putih yang panjang diletakkan atas kepalanya dipegang erat.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now