Spirit 101-Defeated....?

578 54 19
                                    

KRACK!

"Argh!!"

Akemi tumbang ke belakang apabila pelindung halimunannya hancur kerana libasan kapak Astral.

"Kalau kau ada pelindung di sekeliling kau,jadi aku hanya perlu hancurkannya!",kata Astral dengan senyuman.

Akemi mengetap gigi,geram.

SPLASH

Darah memancut keluar daripada badan Liliana begitu juga pinggang Mizuki yang ditikam dengan pisau.

"Argh.....!"

Mizuki menarik sabitnya yang melekat pada pinggang Liliana.

"Ergh!",Liliana merintih sakit.

Gadis itu menarik pisau yang menikam pinggang Mizuki,kemudian menendang luka tersebut dengan kuat.

Mizuki terbatuk darah kerana itu.Dia memegang luka tersebut.Darah mengalir dengan banyak.

Matanya menatap tajam ke arah Liliana yang terduduk di hadapannya,memegang pinggangnya.

Badan gadis itu mengigil.Air matanya dapat dilihat mengalir,mungkin kerana kesakitan lukanya.

"Liliana,kau okey tak?",soal Astral memandang ke arah gadis itu.

Liliana tidak menjawab soalan Astral.Mizuki,melihat musuhnya tidak dapat bergerak,tersenyum jahat.

BOK

"Urgh..!"

Liliana terbaring apabila wajahnya ditendang Mizuki.Topengnya hancur,menunjukkan wajahnya.

Mata kanan gadis itu mempunyai parut.

"Oh?Jadi sebab itu reaksi sebelah kanan kau lambat.Ianya sebab mata kanan kau tak boleh melihat"

Mizuki memijak kuat pinggang Liliana yang luka teruk.Mata gadis itu membulat.

"ARGH!!!!"

Liliana menjerit kesakitan.Air matanya semakin laju.

"Bengang juga aku...Kerana aku adalah pengguna magik....tetapi manusia biasa macam kau telah cederakan aku!"

Mizuki mengangkat kaki ke atas,dan memijak semula luka Liliana.

Gadis tu hanya mampu menjerit kesakitan.Mizuki ketawa jahat melihat keadaan Liliana yang terseksa.

Astral yang melihat,menggengam kapaknya dengan kuat.Dia terus meluru ke arah Mizuki.

"Lepaskan dia!"

Kapaknya dihayun laju ke arah Mizuki.

KTING!!

KRAK!!

Ketika itu juga,Sara yang sedang lawan dengan Michenda,berhenti menyerang apabila dia perasan sesuatu.

"Tenaga ni....."

--------------------------

Di dalam istana Alvisa Kingdom

Lantai dan dinding ada yang basah,ada yang beku.Ada juga yang berlubang dan retak.

Tapi,lawan Zara,iaitu Kayden masih berdiri dengan tegak.Manakala dirinya pula terduduk,memeluk tubuhnya sendiri.

Wajahnya nampak pucat,dan seluruh tubuhnya menggigil.

'A...apa ni...?Kenapa aku rasa sejuk......'

"Masih tak nak menyerah kalah?",soal Kayden.

"Su...sudah tentulah.....aku tak...kan menyerah...kalah....!",kata Zara dengan suara yang menggigil.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now