Spirit 29-Dark Memories(1)

966 79 15
                                    

"Kau suruh kami tengok,tapi masalahnya mesti lama...",kata Asya.Asyi  mengangguk setuju dengan Asya.

'Okey,okey.Aku akan skip terus'

Sara memetik jarinya dan dalam sekelip mata mereka ada di tempat lain.Iaitu di mana keluarga diraja kerajaan itu sedang menyaksikan tarian Arisa dengan alat muzik dimainkan oleh Shafiq dan Akram.

'Cuba kamu tengok tempat duduk kerabat diraja'

Sara menuding jarinya ke arah semua kerabat diraja duduk,menyaksikan tarian Arisa.

Seven Princesses tergaman dan terkejut.Apa yang mereka dapat lihat adalah tujuh kanak-kanak perempuan yang memakai pakaian diraja,menyerupai mereka bertujuh ketika kecil.

"I...ini adalah...kerajaan Alveon?",soal Zara.Sara mengangguk.

"T...tapi kami tak ingat pun ada penari istana di istana kami sebelum ni!",kata Asyi.

'Ianya ada dalam memori kamu,cuma disembunyikan'

"Tapi kenapa nak sembunyikannya?Dan siapa yang lakukan?",soal Risa.

Sara mendiamkan diri.Wajah seorang gadis yang mukanya penuh dengan luka tersenyum muncul dalam mindanya.

'.........'

"Hello?",Mel melambai tangannya depan muka Sara apabila tidak mendapat jawapan.

'Lelaki yang duduk sebelah Raja itu adalah ayah kamu,kan?'

"Eh?Ya,kenapa?",soal Zara.

'Ayah kamu,selepas melihat persembahan Arisa,hatinya terus tertarik kepada gadis itu.Dia berkata dengan datuk kamu bertujuh,bahawa dia ingin Arisa menjadi gundiknya pada malamnya...'

Mereka berlapan kini berada di koridor istana.Yang ada di situ adalah ayah dan datuk Seven Princesses.

"Apa yang kamu nak bincang dengan ayahanda?",soal datuk Seven Princesses.

"Ayahanda,ini mungkin terlalu tergesa-gesa...tetapi...saya nak jadikan Arisa sebagai isteri kedua saya..."

"Arisa?Isteri kedua kamu?"

Si ayah mengangguk kepalanya.

"Tak boleh!Kamu dah berjanji dan bersumpah,yang kamu akan bersama dan hanya mencintai isteri kamu sekarang,Alice!",kata si datuk.

Si ayah mendencit geram.

"Alice?Oh,tolonglah ayahanda!Saya kahwin dengan Alice pun sebab ayahanda dan bonda yang tentukan!Saya tak pernah pun cintakan dia,dan saya langsung tak kenal dia!",kata si ayah dengan nada suara yang tinggi.

"Ayahanda buat macam tu sebab ayahanda rasa Alice sesuai dengan kamu.Apa yang tak sempurna tentang Alice?Dia kan perempuan yang lemah lembut,baik hati dan jujur orangnya!",kata si datuk.

"Apa yang tak sempurna tentangnya adalah Alice tu langsung tak cantik!Dia tak ada kecantikkan yang luar biasa!Dia ada rupa yang biasa sahaja!Sebab tu saya terpaksa masukkan sesuatu ke dalam perut dia ketika dia mengandung!"

"A...apa?!Kenapa kamu buat macam tu?!Patutlah sejak kebelakangan ni Alice tak sihat!"

"Supaya anak-anak dia tak ada paras rupa macam dia!Kalau dia mati pun,bukannya saya kisah!Lagi senang untuk saya kahwinkan Arisa dengan saya,ayahanda!"

Seven Princesses yang menyaksikan sikap ayah mereka yang dikatakan baik hati itu terkejut dan tidak percaya itu adalah sikap sebenarnya.

"A...ayahanda...sebenarnya...tak cintakan bonda langsung..",kata Asyi.Gadis itu yang paling menerima tamparan yang hebat.

Sara yang melihat,hanya mampu mendiamkan diri.Kerana tiada apa yang dia boleh lakukan,kerana apa mereka lihat adalah benar dan memang terjadi.

"Ayahanda tak benarkan!Lagipun Arisa masih muda,dan dia dalam proses penyucian!",kata si datuk.

Terkejut si ayah apabila mendengar apa yang dikatakan olehnya.

"Proses penyucian..maknanya..Arisa adalah keturunan itu .?",kata si ayah.

"Ya...sebab tu ayahanda tak benarkan...jadi...",si datuk menghentikan percakapannya apabila mendengar suara ketawa seseorang.

"H...ha...hahahahahahahaHAHAHAHAHA!"

"K...kenapa kamu ketawa..?",soal si datuk.

"Hah..ta...tak sangka!Dia adalah keturunan itu!Hebat!Ianya buatkan saya makin tertarik dengannya!Dia sangat sempurna!Sesuai untuk jadi isteri saya!",kata si ayah.

"A...apa?Tapi,tak kira apa yang kamu buat,Arisa takkan jatuh cinta dengan kamu...dan kamu tahu kan akibat berbuat sesuatu yang tak patut pada dia ketika gadis itu dalam proses penyucian?"

"Mestilah saya tahu.Tapi,saya kisah apa?Selain jadi isteri saya,hal lain saya takkan peduli",kata si ayah tersenyum .

"Kalau cara lembut tak boleh,saya akan gunakan cara kasar",katanya lagi dengan tersenyum besar.

"...kesiannya bonda...selama ini dia ditipu..." kata Risa.

'Tak ada gunanya kalau kamu nak kesiankan dia.Kerana dari awal lagi dia bersama dengan ayah kamu,dia tahu ayah kamu takkan cintakan dia langsung.Lagipun...sepanjang perbualan mereka berdua ni,ibu kamu mendengarnya'

"Eh?!Di mana?",soal mereka bertujuh serentak.

'Dia dengar melalui bola kristal.Aku rasa mungkin kamu tak tahu,tetapi ibu kamu adalah seorang ahli magik yang bagus dalam meramal'

"...jadi sebab itulah ketika hari kerajaan Alveon diserang...bonda langsung tak lari.."

'Kerana dia tahu yang dia akan mati,dan terlepas dari ayah kamu selama-lamanya'

"Tak boleh!Selagi aku masih ada di dunia ni,kamu tak boleh kahwin dengan Arisa!",kata si datuk.

"Ya ke?Saya dah agak ini yang akan berlaku.Jadi...."

BANG

"A....ap...?",si datuk memegang dadanya yang ditembak.Tubuhnya rebah ke lantai dan darah mengalir.

"Kalau ayahanda tak ada di dunia ni,jadi saya boleh bersama dengan Arisa dan menjadi pemerintah kerajaan ini.Selamat tinggal,terima kasih kerana membesarkan saya",kata si ayah mengacukan pistolnya ke kepala si datuk.

Si ayah melepaskan das tembakan banyak kali tanpa berhenti sehinggalah peluru habis.Darah mengalir begitu banyak di lantai dari tubuh si tua yang mati akibat ditembak.

Seven Princesses menekup mulut mereka,apabila menyaksikan sesuatu yang tak disangka oleh mereka.

"T...tapi ayahanda kata datuk mati akibat sakit jantung..",kata Alina.

'Demi menyembunyikan kesalahan yang dibuatnya,manusia akan menipu dan menyalahkan orang lain untuk lepaskan diri.Itulah apa yang berlaku pada Arisa '

"Eh?Apa?"

Sara memetik jari dan mereka berada di penjara bawah tanah istana.Keadaan penjara itu sangat kotor dan berbau busuk.

'Ayah kamu telah menuduh Arisa adalah pembunuhnya kerana gadis itu menjumpai mayat datuk kamu keesokannya harinya.Dia juga fikir bahawa itu adalah peluang untuk buatkan Arisa miliknya'

"A...apa jadi pada Shafiq dan Akram?",soal Risa.

'Mereka juga ditahan kerana ayah kamu rasakan kalau mereka tidak dipenjara sekali,mereka pasti akan cari cara untuk selamatkan Arisa'




Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now