Spirit 63-Traitor?

744 66 14
                                    

"Vanishing Rogue..?",kata Mel.Tangan kanannya memegang pinggangnya yang ditendang oleh Totem.

Totem mendiamkan diri sahaja.Tidak boleh tahu jika lelaki itu tersenyum atau tidak,kerana dia memakai topeng mulut berwarna hitam yang terlukis senyuman yang dijahit.

Mel berdiri.

"Tak kisahlah kau siapa..kerana kau tetap musuh!",katanya lalu menuju ke arah Totem dengan laju.

Penumbuknya dikepal lalu dihayun ke arah Totem yang masih berdiri dengan tenang.

KDANG!

Penumbuk Mel mengenai pelindung yang melindungi Totem.Gadis itu mengetap gigi.

Dia menyerang lagi pelindung tersebut dengan laju dan berulang kali,dengan harapan pelindung tersebut akan pecah.

Namun,usahanya sia-sia sahaja.Serangannya langsung tak meninggalkan apa-apa kesan.

"CIS!",Mel mendencit geram.Gadis itu melompat ke belakang.

Totem menghilangkan pelindungnya.

"Kuatnya pelindung kau..",kata Mel mengibas-gibas tangannya yang kesakitan.

"Kerana ianya dari kuasa aku",kata Totem.

"Oh,jadi kuasa kau hanyalah buat pelindung?",soal Mel dengan senyuman sinis.Tangan kanannya menyeluk ke dalam poket belakang seluarnya,mencari kad kuasanya.

"Eh?Huh?",dia berasa pelik apabila kad kuasanya tidak ada dalam poket seluarnya.

"Aku selalu buat pelindung dengan kuasa aku,tetapi juga mencuri barang",kata Totem.

Di sebelahnya ada bebola hitam yang terapung,di dalam bola tersebut ada kad kuasa milik Mel!

"Hah?!",mata Mel terbeliak kerana terkejut.

"B...bila masa kau curi?!",soal Mel menuding jarinya pada Totem.

"Waktu kau cuba tendang muka aku",kata Totem.

Mel mengetap gigi geram.

"Pulangkan ia semula!",gadis itu berlari dengan laju menuju ke arah Totem.

Penumbuk kiri dikepal,dan menghayun laju ke dagu Totem.Serangannya gagal apabila Totem berundur satu langkah ke belakang.

Totem menghayun kaki kirinya ke arah badan Mel dengan laju.

BUM!

Tubuh gadis itu melanggar markas musuh yang Pasukan Penyerang Hendap  berada di dalamnya.

Khemah tersebut runtuh.Pasukan Penyerang Hendap terkejut.

Mel yang terbaring,terbatuk.

"Harkh!Koff..."

"Mel,apa yang berlaku?",soal ketua Pasukan Penyerang Hendap.

"Musuh!",kata Mel lalu berdiri.

Totem yang berdiri tidak jauh di hadapan Mel,

"Oh,kamu semua dah bunuh mereka semua?Jadi mesti maklumat pun dah dapat",kata Totem.

"Ketua,apa kita perlu lakukan?"

"...kamu semua lari!Aku akan lawan dia",balas ketua Pasukan Penyerang Hendap.

Totem yang mendengar,melepaskan keluhan.

"Hargh...cukuplah..gadis kecil tu pun tak berjaya cederakan aku langsung..",kata Totem.

Aura membunuh dapat dirasai oleh Mel dan Pasukan Penyerang Hendap.Totem memandang ke arah mereka dengan pandangan mata membunuh.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now