Spirit 70-Cold Stage

714 65 22
                                    

Aqua Kingdom

ZWOSH!

Kad-kad besi yang dibalingnya menuju dengan pantas ke arah Ice.

Ice melompat ke atas,mengelak serangan Rhombus.Rhombus tersenyum sinis.

Ice mengacukan meriam aisnya ke arah Rhombus.

"Temba-!"

SHAK!

Ice terkejut.Darah memancut keluar daripada luka di belakang badannya akibat kad-kad besi menikamnya.

Namun Ice tetap menembak serangannya ke arah Rhombus.

"Heh,serangan yang sama lagi?!",kata Rhombus.

Rhombus ingin mengelak serangan tersebut,tetapi dia tergelincir kerana permukaan ais yang membeku tanah.

"TA--TAK GUNA PUNYA PERMUKAAN AIS!!!",jerit Rhombus sebelum badannya jatuh dengan kuat ke bawah.

Serangan Ice semakin dekat dengannya.Rhombus mengeluarkan beberapa kad besi yang disimpan dalam bajunya dan dibaling ke arah serangan Ice.

SHRAK

Ceracak ais yang besar muncul apabila kad-kad besi Rhombus mengenainya.Muka Rhombus hampir terkena ceracak ais yang tajam itu,dalam 3 cm.

Ice mendarat atas ceracak ais tersebut.

"Kalau kau tak tergelincir,bahagian bawah badan kau pasti dah beku",kata Ice dengan nafas termegah-megah.

Rhombus berdiri perlahan-lahan.

"Shut up...",kata Rhombus.

Kad-kad besinya yang tertikam di belakang badan Ice cabut dengan sendiri lalu menuju  ke tangan kanan Rhombus.

Ice terduduk.

"Urgh!",dia mengerang kesakitan.

".....",Rhombus melihat kad besinya yang mencederakan Ice.

Dapat dilihat,darah yang ada pada bucu kadnya tidak banyak.

"Hm...serangan kad aku sepatutnya buat luka yang lebih dalam,hingga kena organ dalaman...tetapi hanya sampai daging sahaja kau cedera",kata Rhombus.

Ice tersenyum.

"Betul,serangan kau langsung tak cederakan aku dengan teruk,kerana aku bekukan belakang badan aku",kata Ice.

Bahagian belakang badannya dibekukan dengan ais.Lukanya juga dibekukan,untuk mengelakkan kehilangan darah.

"Well,nampaknya kau berbaloi untuk dilawan berbanding gadis semalam",kata Rhombus.

Pandangan mata Ice menjadi dingin.

"Bekukan belakang badan kau...adakah itu bermakna kau tahu cara aku berlawan?"?soal Rhombus.

"Ya...apabila aku tengok video perlawanan kau dan Zara....aku perasan yang pergerakan kad-kad itu berubah dengan pantas.

Jadi,ianya jelas yang kau boleh kawal pergerakan kad-kad kau.Tanpa menggunakan benang atau apa-apa,tetapi dengan fikiran",jelas Ice.Lelaki itu berdiri.

"Hm?Macam mana kau tahu aku tak gunakkan benang untuk kawal pergerakan kad-kad tersebut?",soal Rhombus dengan sinis.

"Ianya jelas sebentar tadi...sebelum kad-kad kau menikam belakang badan aku,aku langsung tak nampak kau gerakkan tangan,mahupun jari-jemari kau",kata Ice.

Rhombus kagum dengan penjelasan Ice.

"Betul,aku kawal ia gunakan fikiran aku",kata Rhombus.

"Tapi..."

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now