Spirit 80-Pain

701 68 23
                                    

Thunder Kingdom

"HARH!!!"

TING!

Halilintar menahan libasan pedang seorang musuh.

"Heh...idiot..",ucap Halilintar dengan senyuman sinis.

Arus elektrik yang mengalir di tangannya,mengalir pada pedangnya juga.

Akibatnya,lawan Halilintar direnjat.

"ARGH!!!",lawannya menjerit kesakitan.

Halilintar menarik pedangnya semula,kemudian menghayun semula pedangnya ke lawannya.

ZUP!!

Pedang Halilintar memotong badan lawannya kepada dua.

Bahagian atas lawan tersebut jatuh ke tanah.Darah memancut keluar dengan banyak.

"Hargh!!!",beberapa musuh menuju ke arah Halilintar.

Halilintar memandang ke arah mereka semua.Tangan kirinya mengalirkan arus elektrik berwarna merah.

"Shooting Stars,verse Ice"

Beberapa ais yang tajam menuju ke musuh dengan laju.Kesemua musuh yang meluru ke arah Halilintar terkena serangan tersebut.

".....",Halilintar terkebil.

Seseorang mendarat tidak jauh di belakangnya.Halilintar memalingkan wajahnya,melihat ke arah orang tersebut.

"Ah...kau rupanya",kata Halilintar.

Mia hanya tersenyum kecil.Tangan kanannya menurunkan cloak yang menutupi kepalanya.

"Kau seorang jer?",soal Halilintar.

"Ya,sebab Mimi suruh saya pergi dahulu,sementara dia lawan dengan salah seorang Bloody Clan..",kata Mia.

"Kau tak bantu dia lawan ke?",soal Halilintar.

Mia menggeleng.

"Lagipun,saya percaya yang Mimi dapat kalahkan dia",Mia berkata dengan senyuman di wajahnya.

Dia pasti,yang Mimi akan menang melawan Avra,walaupun realitinya berlainan dengan apa Mia fikirkan...

-----------------------------
Kembali ke tempat pertarungan Avra..

Avra masih tak percaya dengan apa yang dilihatnya.Crystal,yang sepatutnya ditahan dalam penjara bawah tanah,kini berada di depan matanya!

Namun,apa yang lebih mengejutkannya adalah orang yang dah mati,berdiri di hadapannya juga,iaitu Sara.

"A....!Bukan ke kau dah mati?!Macam mana kau..!",kata Avra.

Sara,dengan kedua matanya tertutup,hanya tersenyum mendengar soalan Avra.

"Well...Rasanya aku tak perlu nak beritahu pada musuh,terutama sekali orang yang cederakan Mimi",senyuman Sara luntur.

Avra,mendengar apa Sara katakan,terus menarik tali busurnya dan anak panah berwarna kelabu muncul.

Baru sahaja Avra nak lepaskan tali busur tersebut,Sara menghayun tangan kirinya.

BAM!!!

Akibatnya,bukit tanah yang Avra berada hancur.Bahagian bukit tanah yang hancur tersebut,betul-betul sebelah Avra.

Gadis itu tergamam.Sara melihat tangan kirinya.Entah macam mana dia lihat dengan kedua matanya ditutup sepanjang masa.Jari-jemarinya digerakkan.

"Urh...aku tersasar...aku masih tak dapat kawal kekuatan aku..",kata Sara.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now