Spirit 26-Evil Personality

1.3K 73 24
                                    

3 tahun yang lalu

Kawasan hutan tersebut dijilat api kerana peperangan yang berlaku.Dapat dilihat pi yang menjulang tinggi membakar kawasan hutan tersebut.

Bahang kepanasan dapat dirasai.Satu susuk badan yang terbaring di tanah dalam hutan yang terbakar dengan kecederaan parah pada badannya .

Penglihatannya semakin kabur.

"...jadi...inilah pengakhiran hidup aku...?"

Seekor naga besar yang terbang tinggi di atas langit,melepaskan serangan bebola api yang besar ke arah susuk tubuh itu.

"...aku kena elak..atau aku akan mati...tapi.."

Serangan naga besar itu semakin laju jatuh kearahnya,dan kelopak matanya tertutup,membiarkan dirinya diserang serangan yang akan menamatkan riwayat hidupnya.

"Defense:Shield Absorb"

Satu bulatan berwarna ungu gelap yang besar muncul di atas susuk badan tersebut.Serangan bola api naga itu terkena bulatan tersebut.

Bulatan ungu gelap itu menyerap serangan tersebut dan hilang.

"Shield Absorb:Reflection"

Bulatan ungu gelap itu muncul semula.Serangan bola api yang diserap tadi dipantulkan semula ke arah naga yang terbang di langit,tetapi bola api itu lebih besar dan laju menuju ke sasaran.

BOOM

Serangan mengenai naga tersebut.Naga itu jatuh ke bawah dengan laju.

Kelopak mata susuk tubuh yang terbaring di tanah itu dibuka.Dia berasa pelik,kenapa dirinya masih hidup.

Pandangan matanya teralih kepada seorang manusia yang berdiri tidak jauh darinya.Manusia itu memakai jaket berhud putih dan dress hitam yang skirtnya mencecah lutut kakinya di dalam.

"..ma..manusia..perempuan..?"

Gadis itu melihat ke arah susuk tubuh itu dan perasan ianya cedera parah.

"Saya,tanya kamu ",kata gadis itu.

Susuk tubuh itu terkejut tetapi tidak dapat tunjukkan reaksi tersebut pada wajahnya kerana kesakitan yang dialaminya.

"Adakah kamu,masih ingin hidup,wahai naga?",soal gadis itu dengan menunjuk jari telunjuk kanannya ke arah naga yang terbaring atas tanah.

-------------------------
Sekarang,di pangkalan

"Kamu berdua kata yang Mimi tidur!Tapi ni dah masuk hari kedua dia masih tak sedarkan diri!",suara seorang gadis muda memecahkan kesunyian bilik rawatan.

Yuuki dan Gempa yang berdiri depan gadis muda itu hanya mampu tersenyum sambil ber sweatdrop😅.

"Na,na.Janganlah marah,Mia..",kata Gempa cuba tenangkan Mia.

"Macam mana saya tak marah kalau tak risau!",kata Mia mengembungkan pipi gebunya.

"Okey,okey.Saya akan terangkan.Pada hari pertama,ketika saya rawat Mimi,dia memang dalam keadaan sedang tidur.Saya fikir mungkin dia tidur kerana kepenatan berlawan,jadi saya fikir dia akan bangun dalam beberapa jam",jelas Yuuki mengusap kepala Mia.

"Oh...",Mia yang sudah bertenang menganguk kepalanya.

"Kalau dah masuk dua hari,mungkin Mimi sedang cuba pulihkan kuasanya semula.Kerana kalau kita tidur,kuasa kita akan pulih cepat dibandingkan dalam keadaan sedar",kata Yuuki senyum manis.

Mia merenung lama muka Yuuki.

"Betul ke,Cycle?",soal Mia.Haiwan kecil berbulu putih bersih muncul keluar dari baju Mia.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now