Bahagian 03

17.9K 816 22
                                    

Yaya_chomel: Tak syoklah study tanpa kau~

Fifi_pun_chomel: Mengada!

Yaya_chomel: Weh, aku dapat topik spot untuk subjek Dr. Leena. Kau nak, kau datang sini. Study dengan aku.

Fifi_pun_chomel:  Kasi lah!

Yaya_chomel:  Tak boleh. Kau ni kenapa rajin sangat duduk rumah? Bukan kau memang suka study week kat hostel je ke?

Fifi_pun_chomel:  Rumah ni aman. Tak ada gangguan, lebih-lebih lagi gangguan mak cik kepoh Ieya ni! :P

Yaya_chomel:  Kurang asam!

Fifi_pun_chomel: Cepatlah bagi topik spot...

Bunyi ketukan jari di meja mengganggu tumpuanku.

“Ni nak study ke nak main phone?” suara garau Eimad menyapa.

Aku dongak. Pandang Eimad yang entah bila ada di dalam bilik aku. Pandangan beralih ke arah pintu yang terbuka luas. Mata jatuh semula ke arah skrin telefon, belum sempat jari menekan butang hantar jari-jemari Eimad sudah selamat meragut kasar telefon aku.

“Eh?”

Study.”

“Sekejaplah... bagi balik!”

Eimad geleng-geleng. Matanya tajam memandang buku rujukan yang terbuka luas di atas meja.

“Saya nak balas WhatsApp Ieya,” tegasku walaupun aku tahu Eimad tidak pernah hairan dengan cara aku.

“Hah, nak balas apa? Aku boleh tolong balaskan.” Eimad sudah merenung skrin telefonku.

Aku cuba rampas tetapi semakin dekat pula dia bawa ke wajahnya. Geram!

“Tak naklah study!” Aku tunjuk protes.

“Tak nak study, tidur.” Eimad tutup lampu meja.

Aku mencemik. Cepat sahaja jariku menekan suis lampu semula.

"Tadi kata tak nak study, tak payahlah bazirkan elektrik.” Lampu meja ditutup semula.

“Nak study kat bawahlah.” Aku bawa buku rujukan tadi dengan sebatang pen menuju ke pintu bilik.

“Dah lewat malam, jangan makan. Study je. Minum air boleh. Badan ni dah naik semenjak study week.” Jari-jemari Eimad singgah pada pinggangku.

Terlompat tubuhku dengan reaksi spontannya itu. Cepat-cepat aku tepis tangan Eimad yang masih melekap di situ.

Berkerut aku pandang Eimad. Dia boleh selamba sahaja keluar dari bilik dan menuju ke anak tangga. Seolah-olah perbuatannya itu tidak mendatangkan apa-apa kesalahan bagiku.

Gatal!

Aku peluk kemas buku rujukan tadi. Apabila melihat Eimad berdiri di anak tangga, aku cuba berhati-hati. Tidak mahu dia ambil kesempatan kali kedua pula.

“Lepas ni kalau aku ada terpegang kat mana-mana nanti, kau kira halal. Lagipun aku terpegang dengan niat.” Sengaja ditekankan sebutan terpegang itu.

Aku getap bibir. Selepas dia sambung melangkah turun, aku tarik baju tidur agar tidak melekap pada tubuh badan. Mujurlah lengannya panjang, kalau pakai yang singkat tadi memang habislah aku jawabnya. Pasti dia beri alasan lain pula.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now