Bahagian 15

16.5K 680 3
                                    

Eimad cekak kedua belah tangan pada pinggang. Riak mukanya dah seperti mahu meletus tahap kesabaran di dada. Mana taknya kalau aku beri banyak alasan.

Bermula dengan tak cukup masa nak baca nota, sampailah aku petik nama Eiya. Tapi, betullah sebab yang aku kaitkan dengan Eiya. Katanya ada softcopy nota yang aku tak sempat ambil daripadanya sebelum balik dulu. Dan baru sekejap tadi dia whatsapp beritahu dah emel nota tambahan tu.

Ayah Jin tak kata apa. Mungkin sebab aktiviti jalan-jalan ni hanya Eimad yang suarakan. Aku cuma tahu lepas dia masuk ke bilik tadi.

"Tak apalah Fir tak boleh ikut kita. Lagipun ada perkara lain yang dia nak buat, bukan saja-saja tak nak ikut."

Aku pandang Ayah Jin. Setuju sangat dengan kata-katanya.

"Ada lagi yang lagi penting yang perlu dia utamakan sekarang ni. Kalau setakat dua, tiga helai nota tu. Malam nanti boleh. Tak sampai sejam mengadap, habis juga baca nanti." Eimad mencelah.

Pandangan beralih ke arah Eimad. Dia langsung tak pandang pun ke wajah aku, elok je menonong tuju ke pintu rumah. Aku turun ke ruang tamu ni pun semata-mata nak beritahu sebab kenapa aku tak boleh ikut. Bukan kerana aku tak utamakan Ayah Jin. Masa dia tak kena nak ajak aku jalan-jalan.

Kalau tunggu aku habis baca nota tu petang nanti, sebelah malam boleh saja ajak Ayah Jin jalan-jalan. Lagipun depan kawasan perumahan ni ada pasar malam.

Ayah Jin memang suka cuci mata jalan di pasar malam. Bukan aku tak tahu.

Lama Eimad diam di muka pintu selepas dia sarung kasut tadi. Ayah Jin paling ke arah aku. Entah kenapa hanya pandangan sepi saja yang Ayah Jin berikan.

"Aku kunci pintu ni dari luar. Apa-apa hal, kau telefon aku. Jangan nak pandai-pandai tunjuk pandai!" Eimad loloskan diri terlebih dahulu.

Aik, sebelum ni aku tinggal seorang diri elok saja. Tak ada pula pesanan macam tu. Yang ada ayat sama. Fir, aku gerak dulu! Fir, aku ke office dah ni! Fir, aku keluar dulu!

Kenapa eh, lain macam pula Eimad lepas dia berbual dengan Ayah Jin tadi? Ke... Erm. Aku tak nak spekulasi apa-apa. Selalunya apa yang aku speku, tak akan sama. Macam soalan final ni juga. Aku tak boleh speku. Nanti lain topik yang masuk.

"Ayah keluar dulu dengan Eimad." Ayah Jin senyum sebelum pintu ditutup kemas.

Baru beberapa saat aku menapak ke pintu, sudah kedengaran bunyi kunci dari arah luar.

Terus aku bawa kaki naik ke atas. Dahlah ajak pergi joging macam nak bergaduh. Yang ni, ajak keluar jalan-jalan macam nak berperang.

Masuk saja ke bilik, aku tuju ke arah meja solek. Telefon di atas meja sempat aku capai sebelum kaki dibawa melangkah ke katil. Nota di tangan kiri aku letak di atas ribaan sambil jari tangan galak bergerak di atas skrin.

Eh, kenapa banyak sangat mesej Eiya ni? Dua puluh lebih!

Sedar yang Eiya masih menaip mesej, aku terus baca mesej awal yang sudah masuk.

Yaya_chomel : Skandal eh?

Dua gambar yang Eiya hantar aku muat turun terlebih dahulu.

Terkelip-kelip mata tengok dua orang yang ada di dalam gambar itu.

Ni, bukan waktu aku dengan Eimad pergi joging pagi tadi ke?

Eh! Alamak! Alamak!

Yaya_chomel : Habislah kau Fir! Satu kuliah kita dah tahu! Ni semua salah Bai. Kata nak gosip dengan aku pasal kau keluar dating ni. Sekali dia tersalah send. Masuk pula grup kuliah kita. XD

Aku skrol sampai ke mesej paling baru.

Yaya_chomel : Lelaki tu siapa? Bai kata sepupu kau. Betul eh? Sebab tengok dari cara kau berdua dalam gambar tu, aku rasa lebih lagi ni. Bukan setakat seorang sepupu.

Aku getap bibir. Adoi! Masalah betullah. Boleh pula Bai curi ambil gambar kami. Dahlah waktu tu elok pula aku pergi tarik tangan Eimad.

Nak salahkan siapa? Memang aku tak sangka pula jadi macam ni. Dah nak final exam, sibuk pula Bai bergosip pasal aku.

Baru nak balas mesej Eiya, dah ada panggilan yang masuk. Nak tak nak terpaksa aku jawab.

"Kau ada apa-apa ke dengan lelaki tu, Fir? Aku tak boleh percaya lagi ni! Kau ada skandal? Sepupu sendiri?"

Adoi...nak naik pekak telinga dengar Eiya menjerit di hujung talian. Mesti dia di dalam bilik seorang diri ni. Mahu bergegar hostel kalau dia menjerit macam tu.

"Tak fahamlah." Aku beri jawapan pendek.

"Eleh, tak payahlah cakap tak faham apa-apa. Mesej aku, kau seen je kan? Maksudnya betullah tu! Kau tak boleh berdalih dah."

Aku hela nafas. Inilah akibatnya kalau perkara macam ni jadi bahan gosip.

"Bai tak nak minta maaf ke kat aku?" Aku betulkan duduk.

"Tak. Dia kata buat apa nak minta maaf. Benda betul."

Eiii...geram pula aku!

"Dia dah sebarkan gambar aku di dalam grup kuliah kita kot! Mana boleh tak minta maaf!"

"Lah, kau call jelah dia. Serang habis-habis."

"Nombor dia, aku dah delete."

"Hah? Dashyat cemburu sepupu kau tu eh? Nombor Bai pun dia suruh delete." Eiya sengaja je nak buat aku panas!

Aku tahan geram. Kalau Eiya ada depan mata aku sekarang. Memang aku cekik-cekik dia!

"Ya, dia kuat cemburu. Jadi, kau tolong sampaikan pesan aku ni kepada Bai. Kata pada dia. Kalau dia tak buat kenyataan maaf secara rasmi kepada aku, siaplah dia nanti. Eh, sepupu aku tu bekas juara Muay Thai tahu! Pernah kalahkan Ong-Bak!"

Hah, puas hati aku!

Eiya mengekek gelak pula.

"Kau, kalau nak menipu memang selalu gagal! Eh, apa nama sepupu kau tu?"

"Kau nak tahu kenapa?"

"Aik, aku nak tahu namapun kau marah? Jangan-jangan kau pun sama cemburu juga ni!"

"Eiya!" Geramnya!

"Aku dah emel nota tu. Selamat membaca nota baru! Eh, lupa nak beritahu. Isnin nanti, Prof. Amin ada buat extra class. Kalau kau nak pergi, pukul sepuluh pagi di bilik kuliah empat belas."

Talian dimatikan.

Kesat rasa liur sekarang. Habislah kalau Eimad tahu dia dah jadi bahan gosip di kolej pula. Ni, kalau aku minta dia hantar ke kelas nanti mesti lagi berpanjangan gosip yang ada ni.

Nak beritahu dia ke diamkan saja?

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now