Bahagian 35

15K 568 12
                                    

Habis kering kolam air mata. Sudah hilang segala rasa lara di hati. Walaupun hanya seketika aku bertemu tubuh tak bermaya Kak Izara, aku cukup rasa lega. Aku dah lihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana keadaan dia sekarang.

Keluar ke ruang menunggu berdekatan lif. Jelas kelihatan Nazim duduk di kerusi panjang. Aku berpaling mencari Eimad, kelihatan dia masih berada berdekatan mak ngah.

Perlahan-lahan aku atur langkah. Mendekati Nazim yang sekadar duduk tanpa menghiraukan sesiapa yang lalu-lalang di hadapannya.

"Nazim," seruku.

Tengadah dia seketika. Diangkat wajah memerhati aku yang masih berdiri.

Nazim senyum. Senyuman yang cuba menghindar rasa sebak tetapi aku cukup yakin Nazim kuat. Dia sangat kuat mengawal emosinya sekarang.

Aku ambil duduk di hujung kerusi panjang. Sememangnya hanya ada kami berdua yang ada di ruang tersebut. Waktu melawat sudahpun tamat. Ruang legar kembali tenang.

"Aku selalu tunggu dia sedarkan diri, Fir. Selalu. Aku jumpa kau di kolej tadi, sedaya upaya aku cuba rahsiakan keadaan Zara sebenarnya. Kau fikir, aku sempat tak nak nikahi dia?" Nazim tunduk. Di genggamannya ada sekotak kecil yang tak perlu diteka lagi isinya.

"Kau dah tahu?" dugaku. Ya, Nazim nampak sangat tenang bertemu aku tadi. Dan tak tahu pula dia mengejar masa untuk ke sini pula.

"Aku ada semasa dia kemalangan. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri bagaimana dia terbaring kaku di bahu jalan. Aku yang lap kesan darah pada wajah dia, Fir. Aku yang ucap kalimah syahadah di tepi telinganya sebelum dia tak sedarkan diri." Nazim bercerita walaupun suaranya tenggelam dengan nada sebak.

"Kandungan dia tak dapat diselamatkan. Fir, kenapa Allah duga dia macam ni? Kenapa Fir?" Nazim pandang aku.

Aku cari sisa kekuatan yang ada. Tak sangka Nazim menceritakan hasratnya kepada aku di kolej tadi walaupun dia sendiri tahu keadaan Kak Izara bagaimana waktu sekarang ini.

"Allah duga kita sebab Dia sayang kita," suara Eimad kedengaran pula.

Secepat mungkin aku palingkan wajah, mencari susuk tubuh Eimad. Dia menapak mendekati kami sebelum diambil tempat duduk di antara aku dan Nazim.

Eimad capai tangan aku, dibawa ke atas ribaannya sebelum dia menyeru nama Nazim pula.

"Allah masih menguji aku dan Fir, Allah masih menguji kau, Nazim. Dia tak pernah tidur. Dia hadirkan semua dugaan ini termasuk apa yang berlaku kepada Zara bukan atas sebab untuk menghukum. Tapi, Dia tahu ujian itu mampu menyedarkan kita yang masih lalai ini."

"Aku tak sangka... Semuanya jadi macam ni. Aku dah buat yang terbaik untuk jaga Zara, tapi... Aku tak mampu..." Nazim tunduk. Dihentak-hentak genggaman tangannya pada dahi kepala.

"Zim, kau kena bersyukur. Allah bagi kau dan Zara lagi satu peluang. Kau kena rebut peluang yang ada ni. Perbaiki apa yang sepatutnya. Sama macam yang aku dengan Fir pernah lalui. Sekurang-kurangnya, kita masih ada kesempatan." Eimad paut bahu Nazim.

Aku balas genggaman tangan Eimad pada tanganku. Terima kasih aku ucapkan kepada Eimad walaupun sekadar bahasa bibir. Dia bantu aku jawab segala persoalan yang Nazim timbulkan tadi. Dan dia memujuk Nazim sama seperti dia memujuk aku agar tak pernah lalai dengan kesempatan yang Allah dah berikan sekarang.

***

Pintu lif bertutup rapat. Eimad di sebelah aku pandang walaupun sekadar belakang tubuhnya sahaja.

"Abang," seruku perlahan.

Eimad berpaling. Hanya senyuman yang dia balas. Perlahan-lahan dia mengundur dan menempel di sebelahku pula.

Aku cari jari-jemari tangan Eimad. Capai dan genggam kuat.

"Saya berharap sangat yang Kak Izara akan sedar dan pulih sepenuhnya nanti."

Eimad angguk dengan sisa senyuman yang masih ada.

"Kita doa yang terbaik untuk keluarga mak ngah."

Aku balas senyuman Eimad tadi.

Keluar dari perut lif. Wajah Ayah Jin menyapa kami berdua. Terlebih dahulu Eimad menapak ke arah Ayah Jin. Nampak yang riak wajah Ayah Jin tidak lagi tegang.

"Ayah minta maaf, Fir. Ayah bukan mahu rahsiakan apa yang terjadi daripada kamu tapi apabila fikir yang kamu masih lagi ada exam, ayah minta Eimad diamkan dahulu. Bukan sebab kamu langsung tak ada kaitan dengan keluarga mak ngah, ayah tak pernah bezakan kamu. Kamu tetap anak ayah." Ayah Jin pandang aku.

"Fir tak marah ayah. Fir pun tak marah Abang Eimad. Fir rasa bersyukur sangat Kak Izara masih selamat daripada kemalangan. Sekarang, yang lebih penting kita doakan kesihatan dia bersama." Aku balas pandangan Ayah Jin dengan senyuman.

"Ya, ya. Ayah tahu mesti susah untuk kamu hadapi selepas apa yang Zara dah pernah buat sebelum ni, tapi ayah yakin pilihan ayah untuk kahwinkan kamu dengan Eimad tak pernah salah." Ayah Jin senyum lebar memandang Eimad di sebelah.

Dan, dan juga Eimad senyum penuh makna. Makna apa, aku tak nak tahu. Rasanya ada banyak makna.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now