Bahagian 26

14K 645 9
                                    

Blaus labuh warna peach muda ni nampak memang sedondon dengan kemeja coklat muda yang tersarung elok pada tubuh Eimad sekarang.

Lama aku belek blaus ni. Padan pula dengan saiz tubuh badan aku. Pandai Eimad pilih. Sesuai.

Mungkin Ayah Jin yang banyak beri bantuan. Sebab sewaktu aku mula sambung belajar dulu, memang Ayah Jin selalu temankan aku beli pakaian. Tak salah lagi tekaan aku.

"Bila kita nak mula bergerak ni?" Eimad ketuk perlahan daun pintu.

Aku bukan termenung berangan, cuma tak percaya je Eimad belikan aku pakaian semata-mata untuk jamuan Nazim malam ni.

"Mama dah pergi?"

"Lama dah mama ke rumah sebelah. Katanya nak tolong Nazim sediakan meja makan."

Aku pandang riak wajah Eimad. Tiada pula riak wajah yang pada awal pertemuan dengan Nazim tadi kelihatan. Kali ini dia dalam emosi yang baik.

"Mama baik juga dengan Nazim ye?" dugaku.

"Kalau dibandingkan Nazim dengan abang, mama lagi suka Nazim daripada anak sendiri. Yalah, Nazim tu ada rupa macam artis Nazim. Nama pun dah sama. Apalah ada pada seorang lelaki bernama Eimad ni."

Eh, eh... Aku tengah dengar apa ni? Luahan hati ke ketidakpuasan Eimad kepada Nazim?

"Abang ada saya."

Dan, dan naik merah muka Eimad. Ya Allah, kelakar sungguh!

"Saya dah siap. Jom!" Aku datang ke arah Eimad tapi dia pula yang menapak ke arahku.

Aik, tadi kata nak pergi rumah sebelah. Ni dah kenapa lain pula laluan Eimad.

"Tunggu. Seminit." Eimad berjalan melintasi sebelahku. Dia menuju ke beg kertas yang elok terbaring di atas tilam katil.

Oh, lupa pula!

"Tadi saya ada nampak satu bungkusan lain di dalam beg tu."

"Ya. Memang abang yang letak hadiah tu di dalam beg ni." Eimad keluarkan bungkusan asing tersebut.

Hadiah dia kata?

"Untuk siapa?" soalku apabila Eimad sedang membelek-belek bungkusan tersebut.

Tak besar mana saiznya. Sedang-sedang sahaja. Tak tinggi tapi bukan nipis. Tak pasti apa isi hadiah tersebut.

"Fir tolong berikan kepada Nazim." Eimad hulur kotak hadiah ke arahku pula.

"Kenapa saya?"

"Sebab abang tak pandai nak berbaik dengan orang yang dah banyak buat abang cemburu selama ni."

Okey. Alasan Eimad ni agak logik. Eh, boleh je dia bagi sendiri! Hadiah je kot.

"Abang tahu kan saya dengan Nazim..." tak tahulah macam mana nak terus-terang dengan Eimad sekarang.

"Abang malas nak fikir apa dah, sebab abang tahu yang Fir dah mula suka dengan abang kan?"

Ya Allah, soalan Eimad ni memang boleh buat aku tertelan kerongsang tudung sekarang!

Ish, malu nak mengaku! Gila nak mengaku?

"Jadi, Fir pun kenalah lepaskan apa yang pernah Fir simpan untuk dia selama ni. Abang tak nak masih ada sisa perasaan suka kepada Nazim di hati Fir. Fir dah jadi isteri abang. Mana boleh bercinta dengan lelaki lain kecuali abang."

Eimad yang berdiri di depan aku sekarang ni, memang Eimad ke atau klon dia?

"Okey." Aku beri jawapan pendek walaupun masih terpinga-pinga dengan apa yang telah aku dengar tadi.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now