Bahagian 17

15.4K 707 11
                                    

Aku dah angau ke?

Hish...tak lah! Tapi, rasanya dah banyak kali aku belek kertas nota ni. Tak masuk-masuk lagi dalam otak kepala. Yang masuk, senyuman manis lemak berkrim Eimad petang tadi.

Aduh, fokus! Fokus Fir!

"Fir, turun jom!" Suara kedengaran dari balik pintu.

Tak ketuk tak apa, tetiba je Eimad muncul di situ. Atas bawah aku pandang dia, kenapa nak turun? Kan dah lewat ni nak makan-makan. Tak akanlah lapar lagi kot? Aku masak makan malam tadi tak sedap ke? Ke macam mana?

"Turun, mama dah sampai."

Kelabut aku bangun. Mama?

Ish, belum pernah lagi mama datang mengejut tengah-tengah malam macam ni!

Sempat aku kerling ke arah jam sebelum turun. Tak sangka pula lama juga aku termenung depan nota. Niat nak sambung baca semula nota ringkas, jadi terlayan perasaan sendiri pula.

Sampai di ruang tamu, mama kelihatan ceria berbual dengan Ayah Jin. Aku perlahan-lahan menempel di sebelah mama sebelum bersalaman.

"Mama ada bawakan kek kesukaan Fir, tadi Eimad dah bawa ke dapur. Katanya nak simpankan dulu."

"Buat susah mama je. Datang sini selalu bawakan kek untuk Fir," berbisik perlahan. Segan pula kalau Ayah Jin tahu pasal ni.

"Apa nak susah. Mama buat. Fir makan. Tak ada susahkan sesiapalah." Mama ketawa.

Menyedari Ayah Jin mula mencelah dengan topik lain, terus aku bangun dan bawa kaki melangkah ke ruang belakang.

Masuk saja ke dapur, kelihatan Eimad berdiri tak berganjak dari meja ruang tengah. Tak tahu apa yang dia buat tapi aku dapat dengar dia mengumam perlahan.

Erm?

"Awak buat apa?"

Berpaling je Eimad dengan riak wajah terkejut, perkara pertama yang aku nampak adalah 'benda' yang ada di dalam mulutnya sekarang.

Benda.

"Awak!" Naik seoktaf nada aku. Lagi-lagi aku dah kenal pasti apa 'benda' yang Eimad sedang jamah dengan rakusnya sekarang.

Mata jatuh ke arah meja. Bekas tupperware yang biasa mama untuk isi kek cokelat basah guna sudah hampir licin.

"Kenapa makan?" terus aku capai bekas yang hanya tinggal calitan cokelat cair dan cebisan kecil kek.

Ya Allah! Dah licin?

"Tergamak awak, kan?"

Eimad langsung tak tunjuk rasa bersalah, lagi ditunjuk rasa puas merakus sampai licin bekas kek ni adalah.

Pandangan dijatuhkan, tepat pula mengena garfu yang elok tercucuk  sebiji ceri merah yang selalu mama letak sebagai hiasan atas kek.

Pantas aku capai. Malangnya yang itupun Eimad sempat masuk ke dalam mulutnya.

Eh?

Turun naik nafas aku sekarang. Rasa dah berasap kepala ni. Ada juga tersembur api amarah nanti, tapi aku masih sedar perihal Ayah Jin dan mama di ruang tamu.

"Nak?" sengaja Eimad memuncung bibir sambil diletak elok ceri tadi pada belahan bibirnya.

Aku merengus perlahan. Hampir saja aku campak bekas kek ke atas meja. Tapi, tak jadi. Aku berganjak ke sinki. Tolong cucikan. Nak buat macam mana? Tak ada rezeki.

Reda. Sabar.

"Sini."

Entah macam mana Eimad paut belakang tubuh aku sebelum ditarik supaya rapat ke dalam dakapannya pula.

Hampir-hampir tersentuh hujung hidung apabila Eimad sudah mula menolak belakang kepala aku pula.

Semakin hampir. Lebih-lebih lagi aku boleh nampak jelas bibirnya yang memuncung tajam itu masih terletak elok ceri merah.

Eimad nak buat apa ni?

"Ehem!"

Mata Eimad membulat. Aku yang dah sedia terbuntang melihat reaksi mengejut dia dari awal sudah tercekik liur.

Cepat-cepat aku loloskan diri sebelum mengintai wajah Ayah Jin di muka pintu dapur.

Ya Allah, malunya!

Eimad tertawa kecil.

Apa yang kelakar? Aku jeling dia sebelum sambung membilas bekas kek tadi.

"Eloklah, ayah pun tak mahu berlama di sini. Tak mahu kacau kamu berdua berbulan madu."

Terkebil-kebil aku cuba hadam ayat Ayah Jin. Apa yang pasti Eimad di sebelah tak balas apa. Sengih je sepanjang masa.

Sebelum dia melangkah keluar, sempat disumbat ke dalam bibir aku ceri yang elok ada di mulutnya tadi.

Erk.

"Makan, ceri kau boleh makan. Kan aku dah kata makanan manis semua dikuarantin masuk ke mulut kau. Mulut aku tak apa. Tapi kalau kau nak makan juga, boleh. Dengan syarat kena masuk ke mulut aku dulu sebelum aku masukkan ke dalam mulut kau dengan cara tadi."

Hah? Apa aku dengar sekarang ni? Rasanya sel-sel otak aku tak  boleh berhubung dengan baik. Apa maksud dia 'dengan cara tadi'?

Eimad! Eiiii...

**maaf lambat update, bergelumang dengan draf mss lain. Jangan risau, cerita ni ada sambungan sampai tamat.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now