Bahagian 18

15.2K 740 16
                                    

Lepas naik saja ke bilik, memang aku tak senang duduk. Alahai... Kenapalah Eimad nampak lain sangat tadi?

Eh, jangan-jangan memang rancangan dia agaknya. Sebab tak nak Ayah Jin duduk lama kat sini, suka hati dia je buat aku gelabah macam tadi. Konon nak buktikan kepada Ayah Jin yang kami ni okey-okey je.

Hurm...

"Duduk berangan ke? Duduk menelaah nota?"

Tersentak aku, cepat-cepat aku paling ke muka pintu. Memang Eimad, tak salah lagi.

Dia menonong je ke almari sebelum menapak ke bilik air. Soalan perlian dia tadi, aku tak balas apa. Dah sah-sah aku memang termenung panjang tak ingat dunia.

Nota kuliah aku belek. Bersungguh-sungguh dengan semangat jitu tapi tetap adegan yang sama pula terlayar di fikiran.

Ni yang rasa nak pindah balik ke bilik sebelah. Lagipun, Ayah Jin tak akan perasan apa sebab dah tengah malam.

Sedar yang Eimad pun belum keluar dari bilik air, aku susun buku dan nota. Menjengket kaki melangkah ke pintu yang sedia tertutup rapat.

Perlahan-lahan aku pulas tombol, tak nak perilaku aku ni ditangkap Eimad.

Baru sikit pintu terkuak, aku dah rasa semacam. Naik bulu roma belakang tengkuk. Dan, dan je hidung terbau haruman wangi.

Erk!

Nak pusing belakang tak berani, mana tahu terjojol muka hodoh dan menakutkan benda tu.

"Berapa kali aku nak cakap, dah masuk sini tak payah nak pindah keluar balik."

Berdentum daun pintu ditutup rapat. Masalahnya bukan pintu saja dikunci, dengan badan aku sekali terkunci dalam kurungan Eimad.

Aku tutup muka dengan buku dan nota yang masih ada dalam pegangan apabila Eimad pusingkan badan aku mengadapnya.

Ya Allah... Tolonglah hamba-Mu yang lemah ini!

"Tak payah nak drama sangatlah, aku bukan nak goda kau ke apa. Dah, pergi sambung ulangkaji. Kata nak habiskan sem ni dengan cemerlang. Tak nak terkandas. Aku pun tak suka kau belajar lama sangat. Dah jadi isteri aku, kenalah hari-hari ada depan aku. Kalau kau dah balik kampus, aku nak mengadap apa? Tangki air belakang rumah tu, almari bilik sebelah, ke bantal peluk kau?"

Terdiam aku. Ya, tak pernah-pernah Eimad membebel panjang macam ni. Dan, dia luahkan perasaan sendiri ke membebel sebab aku nak lari keluar bilik?

Terkebil-kebil aku pandang Eimad. Dia pun sama. Agaknya tak sangka panjang sangat alasan dia bagi sebab tak nak aku pindah ke sebelah semula.

"Dah?"

Hah, apa yang dah?

"Tu, study nota. Dah ke belum? Aku nak tidur."

Aku teguk liur. Tersekat pula suara nak keluar. Lebih-lebih lagi apabila aku jatuhkan pandangan, baru perasan yang dia belum sarungkan baju. Hanya berseluar tidur sahaja.

"Dah. Eh, belum... Belum..." cepat-cepat aku loloskan diri dari kurungan Eimad.

Rebah saja punggung di atas kerusi, aku curi pandang Eimad dari imej yang terpantul pada cermin meja solek ni.

"Dah siap nanti, tolong tutup lampu." Eimad rebahkan badan di atas tilam. Nampak yang dia sekadar menutup matanya dengan lengan. Mesti tak biasa tidur dengan lampu terpasang.

Aku pandang nota semula. Dah tak boleh masuk apa dah. Jam pada skrin telefon aku curi tengok. Mungkin ada baik kalau aku kunci jam dan bangun awal esok.

Kasihan pula tengok Eimad. Lagipun, aku memang dah mengantuk. Nak ke bilik sebelah ambil lampu meja yang biasa aku gunapun aku dah malas.

Kaki melangkah ke dinding di mana suiz lampu berada. Aku tutup suiz. Melangkah ke katil sebelah kiri Eimad.

Perlahan-lahan aku naik. Empuk je tilam Eimad ni. Tak macam bilik sebelah.

Nampak yang Eimad dah lena tidur, akupun perlahan-lahan tutup mata. Rasanya tak sampai lima minit aku pejam, dah rasa tilam sebelah tenggelam.

Macam...

"Ermmm..."

Erk. Alamak! Eimad buat apa ni?

Semakin aku cuba tolak tubuh dia, makin rapat pula pelukan tangannya pada tubuh aku.

"Tidurlah, aku tak ada bantal peluk. Kau jelah jadi bantal peluk aku malam ni."

"Jadi bantal peluk je, tak boleh lebih-lebih..."

Belum sempat nak beri amaran, satu kucupan singgah ke pipi. Tak lama, sekejap. Dan senyuman halus kelihatan di bibir Eimad walaupun matanya terpejam rapat sedari tadi.

Erm, dia sedar ke tak sekarang ni?

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now