Bahagian 08

16.5K 722 35
                                    


Termengah-mengah aku menapak ke kerusi yang Eimad sedang duduk berehat. Botol air di sebelahnya aku pandang. Tadi, semasa aku hampir terjelepok nak putus nyawa dia yang selamatkan botol itu terlebih dahulu. Dan, bukannya aku.

“Rehat sekejap. Nanti kita breakfast kat situ.”

Aku pandang ke arah warung yang ada berdekatan taman rekreasi ini. Tidak jauh dari tempat letak kenderaan.

Peluh yang menyimbah wajah aku lap dengan tuala kecil di leher. Eimad pandang aku seketika. Matanya tidak singgah lama pada wajah. Entah ke mana dia bawa pandangannya kali ini. Aku sengaja memusingkan badan, tidak mahu dia menelaah tubuhku pula.

“Tak cukup sehari. Kalau boleh, kita pergi sini tiga kali seminggu.”

Aku dengar sahaja.

“Nanti pemakanan pun kena jaga. Jangan minum banyak sangat three in one. Aku tak suka. Mana-mana makanan yang manis di dalam peti tu, dikuarantin daripada masuk ke mulut.”

Aku mencemik perlahan. Mama selalu bawa kek cokelat kukus. Favourite aku. Gila nak buang?

“Lagi satu, selepas subuh work-out dengan aku kat bilik. Aku ajar kau cara nak kuruskan pinggul. Sedang nanti nak buat kerja lapangan.”

Terkebil-kebil mata. Aku jeling Eimad.

Dia senyum senget sebelum bangun dari dudukan.

Rasa nak menyumpah lagi, tapi apabila fikirkan dia suami aku. Tak baik pula kata dia gatal banyak kali.

“Cepat sikit, kata nak sambung study tadi.”

Aku mula menapak. Mengekori belakang Eimad. Sebenarnya sewaktu melewati warung makan tadi, tak perasan pula ada seseorang yang menyeru namaku sehinggalah Eimad menjuihkan bibirnya ke arah meja di hujung warung.

Aku pusing wajah.

Erk...

“Fir!” Tangannya melambai mesra. Ya, dia memang mesra orangnya.

Aku kalih ke arah Eimad pula.

“Siapa?” tegur Eimad.

“Kawan.”

“Oh... Bai?” tebak Eimad.

Aku angguk.

“Jomlah, makan sekali dengan dia. Dah alang-alang dia tegur," putus Eimad.

Belum sempat jelaskan apa-apa Eimad sudah menapak ke meja di mana Bai berada. Segan dan geram. Segan sebab Bai selalu berlawak dengan aku. Kata nak kahwin dengan aku. Geram sebab Eimad langsung tak tahu nak tutup malu aku ni.

Eimad hulurkan tangan. Bai sambut mesra. Matanya saja yang tak kalih daripada memandang aku.

“Patutlah aku call kau tak angkat pagi ni.” Bai senyum simpul.

Terjungkit kening. Dia ada call aku? Tak perasanpun.

Aku betulkan duduk. Pandangan Eimad sudah beralih ke arahku pula.

“Kenapa tak jawab call dia?” duga Eimad.

Aku balas pandangan Eimad. Mana ada dia call? Bai ni... sengajalah!

"Dia ni siapa Fir?” Bai mencelah.

Eimad jungkit kening apabila dengar soalan Bai itu.

“Dia ni... erm. Dia...”

“Siapa aku ni?”

Terhenti bicara. Soalan Eimad lagi mencabar daripada soalan Bai.

Aku nak jawab apa?

“Entah.” Aku beri jawapan selamat.

Terjungkit kening Bai. Tak percaya dengan jawapan aku mungkin.

“Berani betullah Fir ni, keluar dengan mamat entah siapa-siapa ni.”

Aku berdeham perlahan. Tidak suka mendengar ayat balas Bai. Apatah lagi aku sedar angin Eimad mula berubah.

“Aku ni memang entah siapa-siapa kepada dia.”

Aku tunduk wajah apabila Eimad mencelah.

Bai terhenti gelak.

“Fir, sepupu kau ke ni? Aku tak pernah nampak pun.”

Nak tak nak aku angguk perlahan.

“Kan dah betul aku teka! Selamat aku, ingat dah melepas...”

Aku tahan geram. Tidak langsung berani angkat wajah.

Aku curi jeling Eimad. Tak sangka dia sedang merenung aku tajam. Pasti terasa dengan ayat Bai. Bai memang suka main-main. Itu gurauan bagi dia tetapi bagi aku, itu umpama umpan supaya Eimad naik angin.

Sewaktu pelayan warung datang untuk ambil pesanan. Eimad langsung tak pesan apa, bersungguh-sungguh Bai pujuk dia bersarapan sekali. Dia hanya geleng.

Aku yang rasa bersalah lihat riak wajah dia sekarang.

“Kita makan kat tempat lainlah.” Aku beri cadangan.

“Lah, makanlah dengan aku. Kenapa, segan ke? Aku tak akan bocorlah rahsia kau keluar dating dengan sepupu kau ni.”

Aku pandang Bai. Lihat dia sedang menjamah mi goreng itu, rasa seperti mahu cekik dia je sekarang.

“Dia tak suka makan kat sini.” Aku terus tarik lengan Eimad supaya bangun dan tinggalkan warung tersebut.

Rasa lain pula apabila Eimad mengikut sahaja kehendak aku. Dia melangkah di belakang, sambil lengannya aku tarik.

Sempat aku kerling ke arah meja di mana Bai duduk, dia terpinga-pinga seketika.

Tiba di kereta, aku lepaskan pegangan pada lengan Eimad. Tidak berani pandang dia. Aku sekadar mengintai melalui bayang-bayang yang terpantul pada cermin tingkap kereta.

“Dia suka bergurau...”

“Aku tak suka gurauan kasar macam tadi.” Eimad terus hempas pintu kereta apabila dia masuk ke dalam.

Aku berdiri di luar sahaja. Langsung tak berganjak, apatah lagi Eimad pangkah hidup-hidup penjelasan aku tadi. 

Hon kereta ditekan berkali-kali secara mengejut. Mendesak aku supaya meloloskan diri masuk ke perut kereta.

Delete nombor dia. Jangan berhubung dengan dia lagi.”

Aku keluarkan telefon dari poket seluar. Nombor Bai di dalam senarai kenalan aku delete.

Siap tayang lagi paparan di skrin kepada Eimad dengan harapan mood dia kembali okey, tetapi tetap sama. Mencuka sahaja.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now