Bahagian 19

15.1K 701 16
                                    

Celik je mata awal pagi tadi. Tiada sesiapa di bilik. Lepas solat subuh, aku turun ke bawah.

Hujung minggu macam ni, selalunya Eimad ada je di rumah tapi macam sunyi pula suasana.

Kelibat Ayah Jin pun aku tak nampak. Jangan-jangan Eimad dah hantar Ayah Jin ke stesen bas kot?

Aku masuk ke dapur. Sediakan apa yang patut. Kopi panas dan roti bakar. Cukuplah nak alas perut pagi ni. Eimad pun macam tak kisah je aku sediakan apa sebelum ni. Dia makan tak komen apa.

Sedang elok letak piring di sebelah teko, bunyi suara yang datang dari arah ruang hadapan menarik tumpuan. Bergegas aku susun langkah, nak pastikan ke mana Eimad pergi awal pagi ni.

"Awak ke mana?" tak sempat dia nak tarik nafas aku dah soal.

"Aik, hilang sekejap pun dah rindu?"

Ish, tanya elok-elok dia belok kanan, kiri pula!

"Tanyalah sebab hilang tanpa jejak." Sengaja aku buat-buat main tarik tali. Lagipun, tiada pula nampak Ayah Jin dengan Eimad sekarang.

"Aku ambil angin sekejap. Tak kan dah lupa rutin pagi aku. Eh, ke sebab jadi bantal peluk semalam dah lupa ingatan? Jangan-jangan nota yang dah dibaca semalam pun dah lupa." Eimad gelak mengejek. Menonong dia melangkah ke meja makan di ruang dapur.

"Ayah Jin mana?"

Eimad yang dah duduk sekadar angkat bahu. Sebab diapun dah tak ada jawapan untuk soalan aku tadi, segera aku menapak ke bilik tetamu di mana Ayah Jin berada.

Tak sempat nak ketuk daun pintu, kelibat Ayah Jin muncul dari balik pintu.

"Ayah nak ke mana?" terpinga-pinga aku tengok Ayah jIn dan siap berkemeja kemas sambil menjinjing beg pakaian di tangan.

"Nak ke rumah Kak Laila kamu."

"Eh, cepatnya? Ayah duduk lama lagi kat sini."

"Nanti apa pula kata anak ayah yang lain, duduk kat sini lama tapi langsung tak singgah bermalam kat rumah mereka?"

Aku diam. Ya tak ya. Jika dibandingkan aku dengan anak-anak kandung Ayah Jin, mereka lagi ada hak ke atas Ayah Jin. Aku nak halang Ayah Jin pun rasa tindakan aku akan buat anak-anak Ayah Jin rasa lain pula.

"Kalau macam tu, sebelum Kak Laila jemput ayah. Ayah sarapan dengan kami. Fir dah bakar roti, banyak. Rugi pula kalau membazir."

"Iye, iye..." Ayah Jin angguk-angguk.

Beg pakaian yang dipegangannya, beralih tangan. Aku atur langkah mengekori Ayah Jin dari belakang.

***

Sunyi pula rumah ni. Padahal dua, tiga hari lepas memang aku berdua je dengan Eimad. Entah kenapa lepas Kak Laila jemput Ayah Jin, aku rasa sunyi.

Nota kuliah di atas meja, aku susun cantik. Rasa tepu pula otak asyik mengadap benda sama berulang kali. Sesekali aku urut belakang tengkuk.

Paling saja ke kiri, mata menangkap tubuh Eimad yang berdiri berhampiran katil. Tak sedar pula yang dia memang ada di dalam bilik.

"Ke sini sekejap."

Pendek arahan Eimad. Nak tak nak, aku bangun dari duduk dan menapak menghampirinya.

"Cuba pilih kemeja mana satu yang kalau aku pakai, semua mata terpaku, terkesima, tergamam tengok aku?"

Erk. Dah kenapa ni?

"Cepatlah pilih!"

"Nanti. Awak nak ke mana hujung minggu ni?"

Eimad pandang aku tapi dia tak jawab soalan cuma sengihan semakin melebar di bibirnya.

"Majlis Nazim kan malam ni?"

Er...

"Saya tahu tu tapi takkanlah..." Aku jatuhkan pandangan pada beberapa helai kemeja yang elok tersusun atas katil.

"Aku kenalah nampak segak. Kalau sebelum ni,aku pergi majlis dia tak berteman. Malam ni dah ada teman istimewa." Eimad pandang aku pula.

"Saya tak katapun nak pergi," perlahan aku bersuara.

Entahlah, rasa dah hilang pula rasa teruja nak hadir ke majlis Nazim. Tapi, kenapa Eimad nampak terlebih bersemangat pula?

"Awak dah tahu ke yang saya pernah..."

"Aku tahu."

Tak jadi nak sambung kata-kata.

"Jadi, awak tak rasa apa-apa ke?"

Eimad tolak kemeja yang dia belek-belek tadi ke sebelah penjuru katil. Dilabuhkan duduk sebelum tangannya penepuk ruang kosong di tepi.

Aku duduk perlahan. Lama Eimad diam, sampai aku tak berani nak berkata apa.

"Fir percaya tak yang hati kita ni mudah berubah-rubah, berbolak-balik, tak tetap pada satu-satu perkara tu?"

Aku angguk.

"Hati Fir tak akan masih sama lagi lepas jadi isteri abang?"

Dan, dan mata aku berkelip tak berhenti. Eimad sebut apa tadi? Dia panggil diri dia sebagai apa?

"Abang minta maaf kalau abang banyak berkasar dengan Fir sebelum ni. Ya, abang mengaku abang buat semua tu sebab abang tak tahu situasi sebenar Fir. Abang terlalu percayakan Izara sampai abang buta nak lihat siapa yang jadi mangsa dalam situasi kita sekarang."

Tak sempat Eimad nak capai tangan aku, melompat aku terjun dari katil.

"Eh, er...terlupa nak jemur baju semalam. Saya turun dulu." Cepat-cepat aku menerpa ke pintu.

Tutup sahaja pintu bilik. Terus aku tarik nafas panjang sambil kipas-kipas wajah. Oh hati! Kenapa? Kenapa berdebar-debar ni?

Janganlah teruja sangat! Jangan!

Sebab rasanya aku tak mampu nak tahan apa yang sedang membuak-buak di dalam hati, terus aku berlari ke ruang bawah.

Tarik nafas Fir! Tarik nafas!

Mimpi ke betul ni?

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now