Bahagian 05

18.1K 769 28
                                    

Awal pagi lagi aku sudah menelaah subjek Dr. Leena. Subjek paling killer semester ini. Food Production and Safety. Berselirat otak ini apabila terpaksa ingat semua aliran proses.

Pintu diketuk. Aku kerutkan dahi, selalunya dia tak akan ganggu aku awal pagi. Selalunya aku yang ganggu dia supaya turun makan sarapan. Tapi, bukan awal lagi ke nak sarapan? Jam pun baru pukul tujuh pagi.

Perlahan-lahan aku tarik tombol. Wajah Eimad menyapa mataku. Melorot pandanganku jatuh pada baju sukan yang bersarung pada tubuhnya.

“Nak apa?” soalku bersahaja.

“Nak ajak keluar, asyik terperap dalam bilik je. Tak bosan ke?”

Pelik. Belum pernah dia tunjuk yang dia ambil berat tentang aku selama ini. Ini kali pertama dalam sejarah. Lebih-lebih lagi apabila aku duduk di rumah untuk ulangkaji pelajaran. Macam ada sesuatu tak kena.

“Mana ada bosan. Kalau awak nak pergi joging, pergilah.”

Tangannya menahan pintu yang aku mahu tutup semula. Menyedari dia masih tidak berganjak daripada muka pintu, aku tolak lagi sehingga pintu dapat ditutup.

“Ikut sekali, jangan degil.”

Aku sedar yang kudrat aku tidaklah sekuat mana. Memang dia menang. Pintu tadi pun mana dapat aku tolak, hanya sejengkal je bergerak. Dah dia tahan dengan kedua belah tangan.

“Saya tak ada baju sukan.”

“Pakai baju tu pun tak apa.”

Aku pandang blaus lengan panjang dengan seluar kembang yang membalut tubuhku.

“Mana sesuai,” bidasku.

“Dah tu, pakailah apa yang sesuai. Tak akan nak berkemban pula?”

Aik, aku cakap serius dia boleh main-main pula. Ingat kelakar?

“Dalam almari tu dah tak ada baju lain ke? Sebelum pindah sini bukan ada dua bagasi besar ke kau angkut. Barang dalam bagasi tu mana? Dah hilang?”

Aku hela nafas. Nak ajak berjoging pun macam nak ajak berperang. Siapa yang tak naik angin.

“Bagi saya lima belas minit.”

“Lima belas minit. Minit. Bukan jam.” Pintu bilik ditutup kemas.

Aku mencemik. Dah lah muka macam nak ajak gaduh. Nada suara pun macam orang nak mengamuk. Salah ke aku kata baju yang aku pakai ni tak sesuai, bukan aku sengaja beri alasan. Memang aku tak ada baju yang sesuai untuk bersukan. Pakai kebaya nanti baru tahu.

Aku sarung seluar slak yang satu-satunya ada di dalam almari buat masa sekarang ini. Mata berlari ke arah bagasi yang ada di sebelah meja belajar, di dalam bagasi itu memang ada banyak kemeja dan seluar. Aku je malas hendak selongkar.

Baru sarung tudung di kepala, pintu bilik diketuk lagi. Aku jeling jam. Belum cukup lima belas minit, baru sepuluh minit. Aku buat tidak endah dengan ketukannya. Kalau dilayan, aku juga yang lambat bersiap nanti.

“Lima minit, tak turun dalam masa lima minit. Siap nanti!”

Aku merengus lagi. Bunyi tapak kaki yang berlalu dari muka pintu buatkan aku gelabah pula. Tak suka bersabar ke? Bukannya aku pakai make-up sampai kena ugut macam itu sekali.

Kasut sukan yang aku simpan di dalam kotak akhirnya selamat aku keluarkan. Ingat tak akan pakai lagi kasut ini. Dari sekolah menengah lagi aku pakai. Mujurlah kasutnya tahan lasak.

Pintu bilik aku tutup kemas. Sempat jeling jam di atas meja belajar. Belum sampai lima minit lagi. Jalan lenggang kangkung jelah, dia bukan boleh marah. Mesti kena jaga imej, nanti jiran sebelah dengan belakang rumah tahu.

Turun sahaja ke bawah, Eimad sudah menunggu di muka pintu sambil mencekak pinggang.

Aku menonong mendekatinya sebelum kasut sukan aku pakai. Terbongkok-bongkok aku membetulkan tali kasut.

“Dah tahu tangan tu kontot, nak juga pakai sambil berdiri. Cuba duduk cangkung dulu ke, baring ke, meniarap, susah betul ada orang kontot dalam rumah ni.”

Berkerut dahi. Lebih berkerut wajahku apabila Eimad tiba-tiba duduk bertinggung dan membetulkan ikatan kasutku.

Aku tidak suruh, dia yang tawarkan diri. Eimad bangkit semula. Dipandang wajahku seketika sebelum dia juihkan bibir ke arah kabinet kasut.

“Botol air tu jangan lupa.”

Aku jeling ke atas kabinet. Ada satu botol 1.5 liter. Aku capai botol dan mengekori langkahan Eimad. Pintu rumah aku kunci kemas sebelum menapak ke arah keretanya.

Dia siap bernyanyi kecil sambil menuju ke pintu pemandu. Amboi, gembira sangat nampaknya!

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now