Bahagian 37 (TAMAT)

21.3K 721 95
                                    


Selesai makan malam. Aku tercari-cari kelibat Eimad. Rasanya dia tak naik ke atas. Tak ada pula di ruang tamu.

Aku mengintai di anjung belakang rumah. Tempat yang jarang aku jejaki. Selalunya Eimad tak pernah habiskan masa di situ, tapi malam ni aku nampak yang dia duduk di tangga anjung yang berhadapan halaman belakang.

Aku menapak berhati-hati dari celah pintu gelangsar yang separuh terbuka. Baru perasan Eimad sedang menjawab panggilan.

"Siapa telefon?" dugaku sambil melabuhkan duduk di sampingnya apabila panggilan tadi ditamatkan.

Eimad tak jawab soalan aku, dia ralit memerhati gelagat aku yang sedang membetulkan ikatan rambut pula.

"Siapa ye?" soal Eimad semula. Kali ini jarinya singgah menyisir rambut pada belakang telingaku.

"Abang..." malas nak berteka-teki dengan dia dah.

Eimad senyum. Skrin telefon dibeleknya semula.

"Ayah telefon." Eimad masih menunduk memerhati skrin.

"Abang dengan ayah ni kan, macam ada komplot je. Apa-apa hal mesti ayah beritahu abang dahulu. Kenapa eh? Saya rasa ada sesuatu je ni..." sengaja aku menyoal Eimad sebegitu.

"Abang kan pernah jadi anak emas ayah, lainlah Fir. Selalu peningkan kepala ayah waktu kecil-kecil dulu."

Ish, terasa ni! Terasa. Sampai hati Eimad...

"Oh, ye ke? Saya tak tahu pula." Aku dah berura-ura nak tinggalkan Eimad. Mujur dia cepat bertindak. Diragut lenganku kemas, memaksa aku duduk kembali.

"Abang rapat dengan ayahpun nak cemburu."

"Eh? Oh...inilah orang kata cemburu tu eh? Rasanya bukan cemburu buta ni. Cemburu celik!"

Eimad pandang aku tapi tak lama lepas dia menahan tawa.

Tak kelakar kot. Orang serius, dia main-main pula!

"Ayah beritahu mak ngah dah setuju nak langsungkan pernikahan Zara dan Nizam hujung bulan ni."

"Ya Allah, alhamdulillah! Serius ke ni?"

Eimad angguk-angguk.

"Tapi, abang rasa macam tak syok pula kalau kita naik pelamin nanti berdua je..."

Eh, lain macam pula Eimad pandang aku!

"Dah pelamin tu untuk Nazim dan Kak Izara, kita berempatlah bergambar nanti. Mana ada berdua je?" Aku pandang Eimad tak puas hati.

"Abang rasa lebih afdal kalau kita cepatkan malam sambutan merdeka tu kan? Erm...malam ni sejuklah pula. Fir tak rasa ke sejuk semacam ni. Kita naik atas jom, panaskan badan."

Ya Allah, kenapalah lain macam pula nada Eimad ni!

Bingkas aku bangun sebelum tinggalkan Eimad di anak tangga. Masuk sahaja ke dalam tak perasan Eimad turut menapak sama.

Belum sampai kaki nak jejak ke tangga untuk naik ke atas, dah rasa badan melayang. Cuma kali ini betul-betul mendarat di dalam dukungan Eimad.

"Jom, sambut malam merdeka!"

Ya Allah, rasa nak cubit-cubit je bibir Eimad sekarang!

Kuat aku paut tangan pada leher Eimad. Melihat senyuman pada wajah Eimad saat ini, aku baru sedar yang aku sebenarnya dah lama bertemu dengan seseorang yang mudah buat aku jatuh cinta sekarang.

Walaupun pada awalnya aku banyak menafikan perasaan sendiri. Dan selalu mengatakan pernikahan ini kerana bukan aku semata-mata. Takdir, dah mula sedarkan aku tentang qada dan qadar.

Kerana setiap manusia itu Allah sudah tetapkan pasangan masing-masing. Dan, aku berharap jodoh aku dan Eimad berterusan hingga ke akhir hayat.

TAMAT


**Tamat sudah...harap pembaca puas hati dengan kisah pendek Eimad dan Firzah ni. Beribu-ribu ucapan penghargaan dan terima kasih buat pembaca yang sudi follow dari awal. Yang sudi vote. Yang sudi tinggalkan komen.
Diharap agar terus menyokong saya di dalam bidang penulisan ini.

Berakhirnya kisah EimadFirzah, maka bermulalah tugas untuk menyiapkan mss yang ada.

Mana tahu tahun hadapan boleh ada baby baru. 😉

Terima kasih! Arigatou! Khamsahamnida! Xie xie! Graciasss...😘

😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now