Bahagian 22

14.2K 643 16
                                    

Maaf ye kalau bahagian ni pendek. 😅

Kunci kereta pun dia campak ke atas sofa mini ruang tamu. Masalahnya bukan aku seorang je yang saksi gaya dia tu, mama pun sekali. Cumanya, mama macam tak terkejut mana. Mungkin dah biasa.

"Eimad, turun nanti makan ye!" sempat mama seru Eimad yang dah hilang entah ke mana lepas naik anak tangga tadi.

Sekarang, tinggal aku dengan mama yang elok menatang mangkuk berisi nasi.

"Biar Fir tolong mama," cepat aku matikan langkahan mama selepas letak beg kertas tadi di sebelah sofa. Kunci yang Eimad campak, aku sekadar tengok sahaja.

"Tak apa. Tak apa. Bukan selalu Eimad bawa Fir ke rumah mama ni. Lagipun, mama nampak yang angin Eimad tu tak berapa elok."

Mama perasan rupanya. Sedang elok mangkuk tadi diletak ke atas meja, mama pimpin aku ke ruang tamu semula. Minta aku duduk terlebih dahulu.

"Mama bukan tak tahu apa yang sedang berperang di dalam hati Eimad. Anak mama sendiri, mustahil naluri seorang ibu tu salah."

Mama nampak tenang. Ya, sama tenang dengan situasi kami di awal perkenalan dahulu. Mama raih tangan kanan aku, digenggam kemas jari-jemari pula.

"Semuanya sebab Izara, kan?"

Soalan mama buat aku jadi tak keruan pula. Tapi, apa kaitan Izara dalam masalah yang timbul lepas Nazim muncul tadi?

"Walaupun Fir tak pernah cerita apa tentang Izara, tapi mama tahu. Cukup tahu dengan keluarga mak ngah kamu. Ayah Jin dah jelaskan semuanya. Kenapa kamu sanggup buat semua ni. Sebab kamu tak nak jadi bebanan kepada keluarga mak ngah lagi kan?"

Lama aku pandang mama. Tak terluah apa saat aku nampak mata mama berkaca-kaca sekarang.

"Fir, mama tak minta lebih. Mama cuma nak Fir pertahankan apa yang dah jadi hak Fir sekarang. Fir dah tak boleh jadi lemah. Dah tak boleh ikut telunjuk sesiapa yang langsung tak fikirkan perasaan Fir. Mama percaya, Eimad dan Fir masih dalam proses mengenali satu sama lain lagi. Mama sentiasa doakan yang terbaik."

Mama kedengaran cukup ikhlas. Sangat telus dalam setiap tutur katanya.

"Fir dah tak tahu nak kata apa..."

"Tak. Tak perlu kata apa. Cukuplah kalau Fir berjaya pujuk Eimad turun makan. Dan lewat ni, nanti sejuk pula lauk yang mama dah masak tadi." Mama senyum.

Boleh ke aku nak pujuk Eimad. Kalau dulu memang dia yang baik sendiri dari rajuknya.

Mama bangun dari duduk. Dan pandanganku mula beralih ke arah anak tangga. Nak tak nak, kenalah aku pergi mengadap Eimad juga.

Tiba di depan pintu bilik. Sehabis baik aku tarik nafas. Gara-gara tak tahu nak mulakan perbualan macam mana. Beg kertas turut aku bawa bersama.

Ketukan perlahan singgah pada daun pintu. Aku pulas tombol. Berhati-hati menapak masuk.

Eimad tiada di mana-mana. Kosong. Tapi, apabila aku dah dekat dengan katil barulah kelibat dia muncul dari sebelah kanan. Eimad keluar dari bilik mandi.

"Saya. Awak. Erm... Sebenarnya. Awak."

Sedar dengan renungan yang Eimad beri. Aku jadi bisu serta-merta. Ayat tadipun dah tunggang-langgang pada dasarnya. Mungkin sebab tu Eimad talakan renungan sebegitu.

Dia rebahkan duduk di penjuru katil. Dibetulkan butang pada kolar kemeja. Namun, masih tiada tanda dia akan turun ke bawah semula.

"Mama minta saya."

Tak habis ayat aku, Eimad dah berdiri. Dan muka pintu didekati. Tiada satu perkataan yang terzahir dari bibirnya.

Terpinga-pinga aku sendiri. Okey, jadi memang beginilah gayanya kalau Eimad marah. Jadi, aku nak buat apa lagi? Manalah aku pandai nak pujuk kalau dah dia pandang macam nak telan aku!

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now