Bahagian 27

13.9K 623 6
                                    


Dari ruang tamu rumah mama, sudah kelihatan betapa meriah dan cerianya cahaya lampu hiasan yang ada pada sepanjang pagar bahagian hadapan rumah sebelah.Itu belum lagi dengan hingar-bingar dengan suara tetamu yang hadir.

Terasa kemas genggaman tangan Eimad pada jari-jemariku. Pandanganku beralih ke arah susuk tubuh Eimad di sebelah. Lama aku belek wajahnya. Terbit rasa lega, lega kerana Eimad dah terima aku dan ikatan pernikahan kami ini.

Menapak sahaja ke arah pintu pagar ke ruang sebelah yang ada berdekatan halaman rumah mama, Eimad perlahankan langkah. Dia berpaling tubuh mengadap aku.

Kami saling berpandangan tetapi Eimad langsung tak bersuara apa. Nampak yang dia seolah-olahnya gagal untuk mengatur kata-kata.

"Kenapa? Sekejap lagi majlis dah nak mula," bisikku.

"Fir." Eimad hela nafas. Diraih tangan kanan aku yang setia memegang bungkusan hadiah tadi.

"Ada apa?" Aku dekatkan jarak kepada Eimad.

"Abang minta maaf."

Hah? Eimad cakap apa ni? Tadi, bukan main ceria dia. Kenapa sekarang Eimad nampak lain. Sangat lain riak wajahnya. Kalaulah aku ada kelebihan dapat baca air muka orang. Eimad tak perlu luah apa, aku akan tahu sendiri nanti.

"Fir mesti tak ada idea sebab sebenar abang bawa Fir ke rumah mama. Kenapa abang sengaja nak bermalam di sini, kenapa kita kena pergi majlis Nazim walaupun Fir tak nak."

"Abang nak jelaskan apa? Kenapa abang minta maaf tadi?"

"Abang sayangkan Fir." Eimad tak jawab soalan aku, terus ditarik tubuhku ke dalam dakapannya.

Kejap pelukan Eimad. Mujurlah kawasan pagar yang kami berada sekarang ni terlindung daripada penglihatan orang ramai.

Dalam suram cahaya lampu. Dakapan kemas Eimad. Aku jadi keliru seketika.

"Dah, lupakan apa yang abang sebut tadi. Abangpun tak tahu kenapa abang cakap macam tu. Kita ke sana, jom!" Eimad tarik lenganku, memaksa aku melangkah walaupun ayat dan cara dia tadi meninggalkan kesan terhadap aku.

Aku biarkan kaki melangkah mengikut jejak Eimad. Kedengaran ceria dia menyapa tetamu yang dilihatnya terlebih dahulu.

Atau, aku yang terlalu banyak berfikir?

"Fir, abang nak jumpa seseorang. Fir bolehkan masuk sendiri dahulu?" Eimad menyapa seketika ke arah lelaki berkaca mata di ruang halaman berdekatan kolam air pancuran.

Aku mengeyakan soalan Eimad sebelum mula menapak ke pintu yang sedia terbuka luas itu.

Perlahan-lahan aku mengatur langkah. Sempat aku mencari kelibat Nazim. Rasanya aku lebih selesa dan lega kalau hadiah yang ada ni diberi kepadanya dengan segera.

Lagi lama aku tunggu, lagi tak tenang hati yang sedia berdebar ini.

"Fir!" suara mama!

Aku menjongket-jongket kaki. Tercari-cari di dalam keramaian tetamu yang ada di ruang tamu ini. Lambaian tangan yang muncul dari ruang laluan sebelah kiri menyedarkan aku dengan kelibat mama di situ.

"Fir sediakan hadiah untuk Nazim?" soal mama selepas aku hampir dengannya.

"Hadiah bersama Abang Eimad," balasku.

Mama senyum sebelum diminta aku mengekorinya di ruang belakang. Mama masuk ke ruang dapur. Kotak hadiah yang aku masih bawa, mama ambil sebelum dihukur dulang berisi pelbagai jenis potongan kecil kek ke arahku.

"Mama dah anggap Nazim macam anak mama sendiri. Dia dengan Eimad dah macam adik abang. Jadi, tak salah kalau mama nak Fir rasa yang kita ni satu keluarga juga," jelas mama.

"Fir boleh tolong hidangkan. Di dalam ke luar?"

"Bahagian luar. Mama tak ingat nak letak dulang ni tadi." Mama masih senyum.

Apabila aku perhati sekeliling ruang dapur, hanya mama dan aku sahaja berada di situ. Jadi, benarlah ura-ura yang aku dengar sebelum ni tentang kedua ibu bapa Nazim dah lama berpisah.

Dulang tadi aku tatang dengan berhati-hati. Ruang tamu di hadapan mulai penuh dengan kehadiran kenalan Nazim. Mana tidaknya jika semua wajah yang menyapa pandanganku adalah golongan anak muda. Jadi, tak salah lagi.

Meja panjang yang beralas kain putih berdekatan beberapa orang tetamu yang sedang berkumpul aku tuju. Sedang elok meletak dulang di ruang yang ada, bahuku ditepuk berkali-kali.

Kerana tidak pasti siapa gerangannya, aku menoleh serta-merta.

"Hai Fir," lunak suara yang sudah lama tenggelam dari ingatan mengembalikan aku ke memori lepas.

Apatah lagi tuan empunya badan memang muncul betul-betul di depan mata aku sekarang.

Eimad kata, Kak Izara dah balik semula ke Malaysia. Dan sekarang dia dahpun berdiri di hadapanku. Dengan senyuman yang menutup beribu maksud.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now