Bahagian 21

14.9K 664 30
                                    


Eimad tak bawapun aku makan di restoran yang dia kata. Selepas kami meronda-ronda sekeliling bandar Kuantan ni, Eimad terus bawa aku ke rumah mama.

Katanya, mama ada tinggalkan pesanan mesej supaya kami makan tengah hari bersama. Tapi, apa yang aku tengok pada gaya Eimad. Macam bukan sekadar makan tengah hari saja.

Keluar dari badan kereta, mataku disapa dengan kelibat jiran sebelah rumah mama ni. Dalam pada masa yang sama, aku cuba untuk elak sebaik mungkin. Dan selama inipun, memang aku akan ambil jalan tidak ambil peduli apabila wajah lelaki itu menyapa pandangan.

"Eimad?" suara mama kedengaran dari muka pintu.

Terus aku bawa tumpuan ke arah mama yang berjalan mendekati pintu pagar di mana kami berada.

"Mama ingat tak jadi nak datang tengah hari ni." Mama paut tangan aku, bawa tubuhku dekat dengannya pula.

"Fir sihat?"

Berkerut dahi dengar soalan pendek mama. Aku sihat. Aik, kenapa rasa ada sesuatu je nak jadi nanti?

Sekadar senyuman dan anggukan aku beri kepada mama. Eimad tak terus melangkah masuk, dia bergerak ke bahagian but kereta pula.

"Kita masuk ke dalam rumah dulu." Mama masih paut lenganku kemas.

"Sekejap ye mama," perlahan-lahan aku leraikan pegangan tangan mama pada lenganku.

Mama sekadar mengeyakan. Kaki melangkah laju mendekati Eimad yang belum lagi berganjak dari belakang kereta.

"Awak buat apa?"

"Baju kita." Eimad tutup but sambil diangkat beg kertas yang ada di tangan kirinya.

Sekejap. Baju? Bila masa Eimad bawa keluar dari bilik? Kenapa siap bekalkan baju pula ni? Bukan Eimad kata pergi rumah mama untuk makan tengah hari je ke?

"Tak payahlah fikir apa, abang saja nak bagi kejutan untuk Fir. Baju ni baju baru abang beli. Khas untuk Fir. Pakai malam ni. Biar sepadan dengan abang." Eimad melangkah ke pintu rumah, ditinggalkan aku dengan persoalan yang semakin bertambah.

Cepat-cepat aku samakan langkahan dengan Eimad.

"Jangan kata malam ni..."

"Ya, jamuan Nazim."

"Tak payahlah," bersungguh-sungguh aku cuba capai beg kertas yang berisi pakaian itu. Tapi, tangan Eimad lagi cepat bertindak.

Gagal. Ish, ni yang rasa nak lari balik rumah semula!

"Eimad!" suara tak asing lagi menegur.

Cepat-cepat aku melangkah masuk. Tak sempat nak menapak lebih jauh lagi dah terasa tangan Eimad memaut lenganku. Terdorong aku ke belakang semula.

"Eh, aku tak perasanpun kau tadi!" Eimad paksa aku menempel di sebelah dia pula.

Dengan bersusah-payah juga aku cuba leraikan pegangan kemas Eimad pada lengan kanan aku. Tapi, menyedari pandangan Nazim macam ada benda tak kena aku berpura-pura seperti biasa.

"Itulah, aku nak tegur dah kau tadi tapi nampak kau sibuk semacam je. Ni... Fir tak ada kuliah ke?" Nazim pandang aku pula.

"Hari Ahad ni kot, mana pula ada kuliah," balas Eimad. Masalahnya semakin kuat pula dia cengkam lengan aku.

Aku bukan nak laripun!

"Oh... itulah, aku ni selalu lupa hari." Nazim ketawa.

Eimad sekadar menyengih, lain macam pula aku tengok cara dia sengih tu.

"Tapi tak pernah lupa tentang Fir, kan?"

Soalan Eimad buat aku kelu. Nazim pun dah macam tak boleh berlama dengan kami.

Perlahan-lahan aku bersuara.

"Saya nak masuk dulu." Aku tarik lengan. Nampak Eimad tak nak lepas lagi.

"Sekejaplah, kita berborak lama sikit."

Terkebil-kebil aku pandang Eimad. Entahlah, aku tak boleh nak agak maksud ayat dia sekarang ni.

"Erm, Eimad. Kau bawa Fir masuk ke dalam rumah dululah. Malam ni kita boleh borak lama. Panas kat luar ni." Nizam tak tunggu lama. Dia mula beransur masuk ke halaman rumahnya semula. Kemudian, menghilang dari pandangan.

"Apa awak ni?" terus aku tarik lengan sekuat hati.

Eimad pandang aku. Tapi bukan pandangan yang biasa dia tunjuk kepada aku.

Tanpa suara apa, dia campak beg kertas tadi ke arah aku. Terkial-kial aku capai sebelum Eimad melangkah masuk.

Masalah apa lagi sekarang ni?

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now