Bahagian 23

13.5K 668 17
                                    

Aku diam. Mama pun diam. Hanya Eimad yang ralit menjamah nasi dengan lauk kari daging. Kami sama-sama perhatikan Eimad. Ternyata, memang dia tak banyak bersuara lepas turun ke meja makan tadi.

"Eh, Fir. Tambahlah lagi. Kari ni resepi rahsia turun-temurun keluarga mama. Lauk kegemaran Eimad ni. Nanti mama ajar Fir masak ye?"

Aku tahu mama cuba nak redakan rasa janggal kami sekarang. Lagipun, Eimad buat-buat tak peduli dengan sesi perbualan yang baru mama mulakan ini.

"Boleh, apa salahnya. Nanti Fir masak sendiri lauk ni kalau Abang Eimad nak makan."

Dan, dan pula Eimad tolak pinggan hampir dengan mangkuk nasi. Dia tambah beberapa senduk nasi ke atas pinggan.

Perbualan tadi terbantut apabila dia minta mama tambahkan kuah kari, padahal mangkuk kari tu elok je ada di depan pinggan aku.

"Oh ye, mama nak minta Pak Wahab hantarkan mama ke bandar sekejap.  Nak beli barang sikit, Fir nak temankan mama?" Mama pandang aku.

Aku larikan pandangan ke arah Eimad sekejap. Tak ada respons apapun lepas dengar mama tanya macam tu.

"Eh, tak usahlah! Mama baru teringat. Tadi mama kukus kek coklat. Tapi lupa nak tambah hiasan lain atas kek tu. Malam ni mama nak bawa ke rumah sebelah. Dah alang-alang Fir ada ni, nanti Fir dengan Eimad tolong siapkan ye?"

Aku tak kisah apa. Tapi, Eimad nilah. Bisu je dari tadi.

"Okey, boleh." Aku balas perlahan. Jag air kosong di hujung meja aku capai. Dan kebetulan pula gelas Eimad dah tinggal suku.

Aku isikan gelas aku terlebih dahulu sebelum capai gelas Eimad. Lepas aku isi gelas Eimad, baru nak letak ke sebelah pinggannya aku perasan yang Eimad sedang teguk air dari gelas.

Eh, sekejap! Gelas aku?

Mama dah sembunyi gelak. Aku pandang Eimad. Dia sekadar jongket kening balas pandangan apabila aku cuma mengetap bibir.

Ni sengaja nak tersalah minum ke, memang betul-betul salah gelas?

"Apa yang kelakar?" soal Eimad dengan wajah selamba.

Wajah mama dah merah menahan ketawa. Aku juih bibir ke arah gelas Eimad. Ya, dia dah habiskan sisa air aku tadi. Tak akan tak perasan jarak gelas aku dengan gelasnya sendiri?

"Bukan dosa apa," gumam Eimad perlahan. Tapi, boleh dengar jelas apa yang dia sebut.

Okey, memanglah tak dosa apa. Kongsi bekas makanan bersama. Sekurang-kurangnya dia adalah bersuara daripada jadi Mr.Bean tadi. Dan mama pun tak adalah susah hati fikirkan rajuk Eimad.

Yang penting, selera makan aku dah kembali. Boleh rasa kari daging masakan mama dengan puas.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now