Bahagian 10

15.5K 748 12
                                    

Roti bakar tinggal suku. Aku kepal dengan bibir sambil tangan ligat menyusun beberapa helaian baju di dalam almari. Memang kerja gila kalau nak tarik keluar almari baju ni. Siapa yang memandai nak tidur asing dahulu? Padan muka sendiri!

Sedang kalut susun semua pakaian yang berselerak di atas kepala katil, mataku mencuri pandang ke arah pintu yang terbuka luas. Mana tahu tiba-tiba Eimad balik dari office dia. Kenapa dia tak beritahu aku awal-awal, kalau tak memang dari semalam aku bersih dan kemaskan bilik ni.

Argh.... semua salah Eimad!

Okey! Tenang. Tenang. Relak Firzah. Jangan kalut.

Buku yang bersusun di atas meja kerja aku kendong dengan kedua belah tangan lalu menuju ke bilik Eimad di sebelah hadapan.
Semua barang yang aku angkut dari bilik sana aku campak di atas katilnya. Biarkan berselerak, janji bilik sana kemas dan bersih.

Bunyi pintu di bawah diketuk berkali-kali. diselangi salam. Pasti Ayah Jin dah sampai. Serentak itu telefon di atas timbunan buku berbunyi juga. Bukan nombor Ayah Jin tetapi nombor Eimad.

Aku capai telefon dan melangkah ke tangga. Butang hijau aku tolak. Telefon dikepil pada kepala sambil aku memulas tombol pintu. Wajah ceria Ayah Jin mencuri pandanganku.

“Ayah jemput masuk dahulu, Fir nak jawab telefon sekejap.”

Kak Laila turut menapak masuk sambil menjinjing beg pakaian Ayah Jin.

Aku hulur senyuman sebelum membawa diri ke dapur. Lebih jauh daripada ruang hadapan, lagipun aku tak mahu Ayah Jin mendengar perbualan telefon ini.

“Kenapa tak beritahu saya?”

Eimad diam di hujung talian. Mana tidaknya kalau aku terus tebak dengan soalan sebegitu walaupun dia belum menyapa sepatah kata lagi.

“Beritahu apa?”

“Ayah Jin nak datang.”

Aku berdiri di singki dapur pula. Geram dengan nada suara Eimad seolah-olah dia tidak tahu apa-apa.

“Oh... aku lupa. Sorry okey.”

Sorry. Sorry. Nak tercabut nyawa ni, tahu?”

“Okey apa ayah nak datang, lain kali jangan memandai nak naikkan angin aku. Kalau Bai tu tak ada tadi, aku rasa tak jadi semua ni.”

Aku getap bibir. "Awak ni suka mengungkit. Bai dah tak ada apa-apa kaitan dengan masalah kita sekarang ni.” Aku turunkan nada. Tidak mahu Ayah Jin dengar.

“Bai ada kaitan ke, tak ada ke, aku tetap rasa dia salah satu masalah untuk kita.”

“Malaslah nak gaduh mulut dengan awak. Dahlah, saya nak pergi layan Ayah Jin.”

“Fir.”

Tak jadi nak tutup talian.

“Apa?”

“Marah ke?”

“Eh, layak ke saya nak marah-marah. Lagipun siapalah saya ni kan nak marah awak?”

Aku terus tutup panggilan. Hela nafas berkali-kali. Cari semula mood teruja nak bertemu Ayah Jin. Daripada layan Eimad yang suka naik angin dan tiba-tiba berubah watak, ada baik aku buatkan air minuman untuk Ayah Jin. Baru ada faedah.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now